Wednesday, September 30, 2009

pagi yang sungguh hectic.

pagi ni. aku terlewat. lewat sangat-sangat. tak ingat la pulak ada test pagi ni. orang lain semua dah siap-siap. menggunakan ilmu ikhtiar hidup yang ada. sekejap saja dah siap. kami berjalan tanpa perasaan kalut. tak naklah tiba-tiba menjadi blank depan kertas test nanti. ye tak?

test tersebut dijalankan di dewan kuliah 1. luas. masa kami sampai tu. tak ramai lagi yang sampai. geng-geng cilat pon tak sampai lagi. kami bersegera mencari tempat yang strategik untuk menjawab test. (jangan buat tak faham ok?)

orang makin ramai. lepas tu. baru aku perasan. aku tertinggal kalkulator. oh tak mahu la jadi macam dulu. bersegera aku balik. bila sampai bilik. baru aku perasan. banyak yang aku tinggalkan di bilik secara tidak sengaja. kalkulator. kertas A4. dan beberapa lagi perkakasan. memang kalut la. masa tu baru nak cari. jarak dari dewan kuliah 1 ke bilik di v5. bukanlah dekat. maka bertambah kalutlah aku. duwe dah telefon. katanya test dah nak mula. aku yang memang kalut cuma mampu suruh dia jaga tempat aku. jangan bagi orang lain duduk.

kemudian. aku dah tak boleh tahan. terus berlari. ke dewan kuliah 1. kalau aku buat macam ni tiap-tiap hari. memang akan kurus la. haha.

ditakdirkan Allah. aku sempat sampai ke dewan kuliah 1 pada masa yang sesuai. syukur alhamdulillah. aku tengok kulit kertas soalan test tersebut. sambil menghilangkan pancit. aku cuba membuka kertas soalan berkenaan.

**

"oi bangun. subuh." rumetku berkata.

aa? mimpi ka. adoi. ingat dah betul. rumet ni pon satu. nak kejut pon. tunggu la aku dah tengok soalan apa yang nak naik. zz.

Saturday, September 26, 2009

harta terbaru. yang aku baru sedar.

buat kawan-kawan kat utp. benda ni. aku punya. siap ada tulis nama aku lagi. haha.



Thursday, September 24, 2009

pengalaman membeli tiket bas pada saat-saat akhir.

pagi tadi. aku baru tau. aku tiada pengangkutan untuk balik ke utp selepas cuti raya. pemberitahuan pada saat-saat hampir akhir ini sangat mengejutkan. dan. hampir membuat aku hilang punca.

oleh itu. pada tengahari tadi. aku bergerak ke stesen bas larkin. dengan harapan. masih ada tiket yang dijual. pada mulanya. aku nak tiket hari sabtu malam. sebab ingat nak balik penang. jumpa dinda. tapi bila beli tiket pada hari macam ni. memang tak dapat la. yang ada. hanya pada hari isnin. selamat utp bagi cuti raya lebih 2 hari daripada orang lain.

tapi nak buat macam mana. tak dapat jugak jumpa dinda. huu.

lepas beli tiket. aku bergerak ke tempat letak motosikal. elok-elok aku hidupkan moto. mesej masuk. dari mak. mak suruh beli bihun soto. kat kedai depan kaunter bayar parkir. masa tu. aku memang dah malas nak beli. yela. moto dah hidup. takkan nak turun balik. nak kunci semua-semua tu?

aku berniat nak tipu mak. cakap 'dapat mesej masa dalam perjalanan'. dan terus memulakan perjalanan.

tapi Allah maha besar.

aku tersesat dalam perjalanan pulang. asyik berpusing di jejantas yang sama. (orang jb tau) kalau ikut. senang ja. tapi aku kena pusing dekat 2-3 kali la jugak.

lepas tu. baru aku teringat. niat nak menipu tadi. terasa insaf la gak. Allah nak tunjuk tu. sat ja. lepas tu. baru jumpa jalan balik.

bila sampai rumah. terus bagitau benda sebenar kat mak. dan minta maaf. huu.

syurga di bawah tapak kaki ibu oi!

Wednesday, September 23, 2009

rancangan jangkamasa panjang.

dalam masa setengah tahun lagi (6 bulan). adakah masih banyak blog yang aktif? adakah orang ramai masih mengambil kisah? adakah blog masih belum diharamkan kerajaan? haha.

apakah masih ada orang yang baca blog aku? sama-sama kita tengok.

Tuesday, September 22, 2009

terlambat. tapi masih ok.

hm. minggu lepas. memang sangat sukar. sekurang-kurangnya bagi budak-budak kelas aku. memang sibuk gila. nak tengok nur kasih pon tak sempat. tak berbaloi pulak tu kesibukan tersebut. zz benar la.

dan. malam tadi. baru aku berkesempatan menonton tv secara rilek.

dan iklan ni mengejutkan aku.


ya. aku bukan seorang pehisap. tak pernah pun. tapi takut la jugak. bila aku tengok iklan tu. terus teringat kat cerita ni.



cuak lol. oleh itu. katakan tak mau pada rokok. haha. pesanan masyarakat ini dibawakan khas oleh azwan bakhtiar. sekian. selamat hari raya aidilfitri ketiga.

Sunday, September 20, 2009

ucapan raya.

malam tadi. banyak sms yang aku dapat. semuanya mengucapkan selamat. berhari raya. seronok jugak. aku ingat. zaman ni. dah tak ada ucapan sms. ingatkan semua orang hanya tau hantar kad raya guna facebook saja. haha.

ramai juga. orang. yang dah lama tak hubungi aku. tiba-tiba menghantar sms tersebut. membuatkan aku sedikit terharu. haha.

tapi. ada ja yang hantar sms. tapi bila aku baca. tak naik pun nama dia. ada nombor saja. aku yang tak berapa hafal nombor orang ni. mula tertanya-tanya. dan. akhirnya. aku tak balas sms tu guna ayat-ayat tipikal. macam. "selamat hari raya gak! maaf zahir batin ek." tapi ni yang aku tulis:

"sapa neh?"

ada 3 kemungkinan berlakunya benda ni:

1. kawan aku tu dulu guna maxis. lepas tu guna upax. tapi tak bagitau aku.
2. kawan aku tu dulu guna celcom. lepas tu guna hotlink youth club. tak bagitau aku gak.
3. kawan aku tu guna maxis dan celcom. lepas tu tiba-tiba pakai digi campus zone. ni pon tak bagitau aku.

oleh itu. jangan la buat marah-marah kat aku pulak pada hari yang berbahagia neh. haha.

tapi mungkin gak. telefon aku yang buat bengong. saja tukar phonebook aku tu. tiba-tiba. nama lain. nombor lain. entahlah.

tapi apa-apa pun. masih tak terlambat nak ucapkan.

selamat hari raya aidilfitri! maaf zahir ek. zahir sudah. haha.

Friday, September 11, 2009

di penghujung jalan.

akhirnya. selepas hampir dua tahun berlawan. menentang berhabis-habisan. tewas juga akhirnya. ternyata. Allah lebih menyayangi beliau.

namun begitu. semangat juangnya. dan segala memori bersama. tidak akan terpadam. dari sanubari kami semua.

al-Fatihah buat cikgu Norizan. cikgu kimia kami. semoga cikgu berbahagia hendaknya di sana.



***

jenazah cikgu norizan akan disembahyangi di masjid padang menora. dekat-dekat bukit mertajam gak. area-area rumah chaknga. jenazah beliau akan dikebumikan pada malam ini. 1030 malam.

***

‘Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya melainkan tiga perkara; sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak yang soleh dan berdoa untuknya’.

Wednesday, September 9, 2009

pengembaraan memonteng makmal signals and systems

hari itu. aku ada test. computational methods. numerical methods. CM. numet. commec. wah nampak macam banyak. tapi sama ja semua tu. pertama kali aku jumpa subjek yang ada banyak sangat nama panggilan.

senang cakap. aku ada test math semalam.

cuti 3 hari baru ni tu memang dah digunakan untuk study demi test tersebut. tapi cuak tak terkata la. subjek ni merupakan subjek yang perlu skor. sebab aku macam dah nampak masa depan analogue electronics dengan signals and systems.

oh kena ada subjek yang mampu cover masa depan aku tu. haha.

pagi tu. aku datang kelas pagi. kelas signal. walaupun tak faham apa. tapi tetap gagahkan jua. sebenarnya. aku macam dah bertekad. nak ponteng sesi makmal signal. yang bermula sejurus selepas kelas tu. kakak-kakak demo makmal dari iran (mungkin) tu tak ada la hot sangat. demo apa kat depan tu pun aku tak tau. haha.

yeah hari ini hari untuk aku buat jahat sikit. sekali sekala la kan.

oleh itu. selepas kelas. segera aku balik ke bilik. dengan harapan memonteng makmal untuk mencuri sedikit masa untuk mengulangkaji pada saat-saat akhir. laju ja aku jalan. tak pernah rasa laju macam tu. sejak mula ramadhan.

cuak. mungkin.

aku balik bilik. duduk sekejap. saja gatal nak buka elearning. aku tengok-tengok pengumuman baru yang patut aku tau. kan aku ni pelajar contoh. aku tengok satu pengumuman kat forum subjek signal.


hm. mungkin aku tak ditakdirkan untuk ponteng kelas dalam hidup ni kot.

Sunday, September 6, 2009

ubat kurus.

aku telah menemukan sejenis ubat yang boleh membuatkan aku kurus. mudah. murah. berkesan. entahlah. tapi aku tengok kat iklan. memang sangat efektif la. ni la benda tu.



sebab apa la aku tak terfikir nak guna benda ni sejak kertas kimia spm 2006 tu dulu ek.

Saturday, September 5, 2009

terkedu di kassim mustafa.

malam itu. aku bermalam di rumah pusaka. disebabkan takut diganggu makhluk halus seorang diri. aku mengajak syahizad menemani aku. dia yang kecewa sebab tak boleh masuk kawad hari kebangsaan terus bersetuju.

malam itu. kami tak tau nak buat apa. tengok surat khabar. ada perlawanan liga perdana inggeris malam itu. disebabkan takut diganggu makhluk halus bersama-sama disebabkan balik lambat. kami memilih untuk menonton perlawanan yang paling awal.

manchester city vs portsmouth.

perlawanan dijadualkan pada pukul 830 malam. biarlah kami menunaikan solat isyak dan tarawikh di rumah sahaja. kami menunggang motosikal masing-masing. menuju ke restoran mamak. kassim mustafa kat bayan baru.

seperti yang disangka. hari ini tak ramai orang. sebab bukan manchester united. liverpool. chelsea. mahupun arsenal yang bertarung.

dan. seperti yang tak disangka. servis kat kedai mamak memang terbaik. berada jauh dari penang membuatkan aku terlupa akan kepantasan mamak-mamak ni membuat kerja. no wonder la kedai-kedai sedemikian sentiasa penuh. pada setiap masa. kedai makanan melayu tak boleh jadi produktif macam tu ka? dah la selalu marah-marah kalau kita bagi duit besar. dem la kamu semua.

disebabkan kurangnya pelanggan ketika itu. ada pekerja yang saja datang buat ramah. bersembang-sembang dengan pelanggan yang ada. kami la 'pelanggan-pelanggan' tersebut.

***

mamak : malam ni tak ramai orang datang tengok bola.

aku : tu la pasal. ni team yang tak famous. tak kuat. sapa nak tengok.

mamak : mana ada. orang semua pigi masjid. semayang tarawikh.

aku : ..

mamak : lagipon. malam ni merdeka. nanti lepas pukul 12 ramai la orang datang.

***

mamak tu buat aku terkedu.

1. rilek ja fire kami sebab tak buat tarawikh. macam dia tau-tau ja tu malam pertama aku nak burn tarawikh.

2. aku terlupa. malam tu. malam menyambut kemerdekaan. sedangkan. aku yang bersemangat nak balik penang sebab cuti merdeka tu. huhu.

disebabkan perasaan malu yang agak menebal. cepat-cepat kami habiskan makanan. dan bergerak ke masjid bayan baru. yang hanya mengambil masa 3 minit untuk sampai dengan menunggang motosikal.

aku ingat. kami akan rugi sikit. sebab dapat tengok 1 gol ja. alang-alang dah tengok bola. biarlah sampai habis. rupa-rupanya. memang 1 gol tu saja sepanjang perlawanan. kalau kami tak gerak ke masjid. lagi rugi. tengok perlawanan yang tak ada gol. sampai habis perlawanan.

Allah masih sayangkan kami. dan Dia hantarkan peringatan melalui mamak tu.

ya. solat isyak berjemaah memang sangat-sangat dituntut. syukur Alhamdulillah.

Friday, September 4, 2009

ramadhan itu.

cuti yang singkat. dan cuti yang membuatkan hampir semua kawan saya pulang ke rumah. telah membuatkan saya terdesak. tak ingin sendiri. lalu. mengambil keputusan untuk berjumpa dengan nenek yang tersayang. kat sungai petani. oleh itu. pada pagi sabtu itu. saya bergerak ke sana. dengan kelajuan 120 km sejam sahaja.

dan saya meredah hujan yang sangat lebat masa sampai kat juru. oh masa tu baru saya tau. kelengkapan jarak jauh saya masih belum lengkap. saya perlu mencari seluar yang sesuai. tebal dan kalis air.

*oh penulisan terganggu sedikit. rumet saya mengigau.*

ok sambung semula. selepas melepaskan rindu terhadap nenek saya. keesokan harinya saya bergerak ke penang tercinta! yeah. akhirnya sampai jugak.

saya tiba di bayan lepas. masih macam dulu. banyak benda yang tak berubah.

1. kedai moosa tetap buka pada bulan ramadhan macam selalu. dan penuh orang macam selalu. masa tengah-tengah hari. semua beli bungkus untuk anak dan isteri. walaupun muka bukan macam dah kahwin semua tu.

2. orang gila bayan lepas. ah hock. masih sihat sampai sekarang. tetap buat kerja-kerja ringan. ya. walaupun dia tak betul. dia lagi rajin jika nak banding dengan anak-anak muda kat sini. dan dia pun dah tua dah. kesian pun ada bila tengok dia.

3. rumah pusaka tercinta masih macam dulu. gagah berdiri. oh.

4. jalan paling sibuk dalam pulau pinang. jalan bayan lepas. tetap sibuk seperti biasa. gayanya. tak lama lagi. kedai awang dan kedai gemok akan diruntuhkan.

5. kedai nasi kandar pelita tetap seronok untuk dikunjungi ketika bersahur. hehe.

selepas bermalam di bayan lepas. saya bergerak pulang ke utp. kali ni bertiga. tiga motor. lama tak beramai-ramai. kami selamat sampai ke utp pada tengah hari. selepas bergembira melayan lap di jalan kuala kangsar --> parit --> seri iskandar. sangat layan.

penat tak perlu cakap la. rehat 4 hari. baru boleh tulis blog. haha. tak sabar nak balik penang lagi!

yah. lock moto aku hilang. jatuh atas lebuh raya. uwaa.

selamat meneruskan perjuangan ramadhan anda!