Wednesday, September 30, 2009

pagi yang sungguh hectic.

pagi ni. aku terlewat. lewat sangat-sangat. tak ingat la pulak ada test pagi ni. orang lain semua dah siap-siap. menggunakan ilmu ikhtiar hidup yang ada. sekejap saja dah siap. kami berjalan tanpa perasaan kalut. tak naklah tiba-tiba menjadi blank depan kertas test nanti. ye tak?

test tersebut dijalankan di dewan kuliah 1. luas. masa kami sampai tu. tak ramai lagi yang sampai. geng-geng cilat pon tak sampai lagi. kami bersegera mencari tempat yang strategik untuk menjawab test. (jangan buat tak faham ok?)

orang makin ramai. lepas tu. baru aku perasan. aku tertinggal kalkulator. oh tak mahu la jadi macam dulu. bersegera aku balik. bila sampai bilik. baru aku perasan. banyak yang aku tinggalkan di bilik secara tidak sengaja. kalkulator. kertas A4. dan beberapa lagi perkakasan. memang kalut la. masa tu baru nak cari. jarak dari dewan kuliah 1 ke bilik di v5. bukanlah dekat. maka bertambah kalutlah aku. duwe dah telefon. katanya test dah nak mula. aku yang memang kalut cuma mampu suruh dia jaga tempat aku. jangan bagi orang lain duduk.

kemudian. aku dah tak boleh tahan. terus berlari. ke dewan kuliah 1. kalau aku buat macam ni tiap-tiap hari. memang akan kurus la. haha.

ditakdirkan Allah. aku sempat sampai ke dewan kuliah 1 pada masa yang sesuai. syukur alhamdulillah. aku tengok kulit kertas soalan test tersebut. sambil menghilangkan pancit. aku cuba membuka kertas soalan berkenaan.

**

"oi bangun. subuh." rumetku berkata.

aa? mimpi ka. adoi. ingat dah betul. rumet ni pon satu. nak kejut pon. tunggu la aku dah tengok soalan apa yang nak naik. zz.

1 comment:

aishah said...

hahaha..wt mcm dia tau wan tgh mimpi..
lain la kalau kuar awan2 cm dlm komik tu..
haha..