Thursday, September 24, 2009

pengalaman membeli tiket bas pada saat-saat akhir.

pagi tadi. aku baru tau. aku tiada pengangkutan untuk balik ke utp selepas cuti raya. pemberitahuan pada saat-saat hampir akhir ini sangat mengejutkan. dan. hampir membuat aku hilang punca.

oleh itu. pada tengahari tadi. aku bergerak ke stesen bas larkin. dengan harapan. masih ada tiket yang dijual. pada mulanya. aku nak tiket hari sabtu malam. sebab ingat nak balik penang. jumpa dinda. tapi bila beli tiket pada hari macam ni. memang tak dapat la. yang ada. hanya pada hari isnin. selamat utp bagi cuti raya lebih 2 hari daripada orang lain.

tapi nak buat macam mana. tak dapat jugak jumpa dinda. huu.

lepas beli tiket. aku bergerak ke tempat letak motosikal. elok-elok aku hidupkan moto. mesej masuk. dari mak. mak suruh beli bihun soto. kat kedai depan kaunter bayar parkir. masa tu. aku memang dah malas nak beli. yela. moto dah hidup. takkan nak turun balik. nak kunci semua-semua tu?

aku berniat nak tipu mak. cakap 'dapat mesej masa dalam perjalanan'. dan terus memulakan perjalanan.

tapi Allah maha besar.

aku tersesat dalam perjalanan pulang. asyik berpusing di jejantas yang sama. (orang jb tau) kalau ikut. senang ja. tapi aku kena pusing dekat 2-3 kali la jugak.

lepas tu. baru aku teringat. niat nak menipu tadi. terasa insaf la gak. Allah nak tunjuk tu. sat ja. lepas tu. baru jumpa jalan balik.

bila sampai rumah. terus bagitau benda sebenar kat mak. dan minta maaf. huu.

syurga di bawah tapak kaki ibu oi!

5 comments:

hamidi said...

saya tersenum dan menitiskan air mata. (tipu).
ohhhh this is sooo inspiring.. sob2.......

ra|nbOw said...

wawawawa. tuhan bayar cash wooo. on time.

Niviey16 said...

Pengajarannya; Jangan tipu Mak. okla..aku pun kadang2 buat gak.

cth:

Mum: did u study today?
Me: yes, mum.(padahal main game)

so anak tak baik kan.
Saya insaf.

aishah said...

wat lg kt mak cmtu..
kn dh kena..
huhu..

ayd said...

sian mak ko...msti die sedih x dpt mi soto