Wednesday, September 9, 2009

pengembaraan memonteng makmal signals and systems

hari itu. aku ada test. computational methods. numerical methods. CM. numet. commec. wah nampak macam banyak. tapi sama ja semua tu. pertama kali aku jumpa subjek yang ada banyak sangat nama panggilan.

senang cakap. aku ada test math semalam.

cuti 3 hari baru ni tu memang dah digunakan untuk study demi test tersebut. tapi cuak tak terkata la. subjek ni merupakan subjek yang perlu skor. sebab aku macam dah nampak masa depan analogue electronics dengan signals and systems.

oh kena ada subjek yang mampu cover masa depan aku tu. haha.

pagi tu. aku datang kelas pagi. kelas signal. walaupun tak faham apa. tapi tetap gagahkan jua. sebenarnya. aku macam dah bertekad. nak ponteng sesi makmal signal. yang bermula sejurus selepas kelas tu. kakak-kakak demo makmal dari iran (mungkin) tu tak ada la hot sangat. demo apa kat depan tu pun aku tak tau. haha.

yeah hari ini hari untuk aku buat jahat sikit. sekali sekala la kan.

oleh itu. selepas kelas. segera aku balik ke bilik. dengan harapan memonteng makmal untuk mencuri sedikit masa untuk mengulangkaji pada saat-saat akhir. laju ja aku jalan. tak pernah rasa laju macam tu. sejak mula ramadhan.

cuak. mungkin.

aku balik bilik. duduk sekejap. saja gatal nak buka elearning. aku tengok-tengok pengumuman baru yang patut aku tau. kan aku ni pelajar contoh. aku tengok satu pengumuman kat forum subjek signal.


hm. mungkin aku tak ditakdirkan untuk ponteng kelas dalam hidup ni kot.

2 comments:

aishah said...

hahaha..
best gla..tiba2 ja cancel..
nama pn pelajar "contoh" ..
mana buleh ponteng klas..

sue-mai.al-musadda said...

haha..tuhan syg ko la tu..