Friday, September 4, 2009

ramadhan itu.

cuti yang singkat. dan cuti yang membuatkan hampir semua kawan saya pulang ke rumah. telah membuatkan saya terdesak. tak ingin sendiri. lalu. mengambil keputusan untuk berjumpa dengan nenek yang tersayang. kat sungai petani. oleh itu. pada pagi sabtu itu. saya bergerak ke sana. dengan kelajuan 120 km sejam sahaja.

dan saya meredah hujan yang sangat lebat masa sampai kat juru. oh masa tu baru saya tau. kelengkapan jarak jauh saya masih belum lengkap. saya perlu mencari seluar yang sesuai. tebal dan kalis air.

*oh penulisan terganggu sedikit. rumet saya mengigau.*

ok sambung semula. selepas melepaskan rindu terhadap nenek saya. keesokan harinya saya bergerak ke penang tercinta! yeah. akhirnya sampai jugak.

saya tiba di bayan lepas. masih macam dulu. banyak benda yang tak berubah.

1. kedai moosa tetap buka pada bulan ramadhan macam selalu. dan penuh orang macam selalu. masa tengah-tengah hari. semua beli bungkus untuk anak dan isteri. walaupun muka bukan macam dah kahwin semua tu.

2. orang gila bayan lepas. ah hock. masih sihat sampai sekarang. tetap buat kerja-kerja ringan. ya. walaupun dia tak betul. dia lagi rajin jika nak banding dengan anak-anak muda kat sini. dan dia pun dah tua dah. kesian pun ada bila tengok dia.

3. rumah pusaka tercinta masih macam dulu. gagah berdiri. oh.

4. jalan paling sibuk dalam pulau pinang. jalan bayan lepas. tetap sibuk seperti biasa. gayanya. tak lama lagi. kedai awang dan kedai gemok akan diruntuhkan.

5. kedai nasi kandar pelita tetap seronok untuk dikunjungi ketika bersahur. hehe.

selepas bermalam di bayan lepas. saya bergerak pulang ke utp. kali ni bertiga. tiga motor. lama tak beramai-ramai. kami selamat sampai ke utp pada tengah hari. selepas bergembira melayan lap di jalan kuala kangsar --> parit --> seri iskandar. sangat layan.

penat tak perlu cakap la. rehat 4 hari. baru boleh tulis blog. haha. tak sabar nak balik penang lagi!

yah. lock moto aku hilang. jatuh atas lebuh raya. uwaa.

selamat meneruskan perjuangan ramadhan anda!

5 comments:

Niviey16 said...

ada hikmah diminta beli baru.

.Nora Kacak. said...

no 2. wahh ada ag ka beliau? wahh kagummm sat. XD

ra|nbOw said...

ahahahah. i like. 3rd. =P
erm. rajinnye bwk motor lame2. huuu~

aishah said...

perjalanan cuti yg best!

-azwanbakhtiar- said...

-oli
beli pa?

-nora
yeah dia ada lagi. aku tengok dia dok angkat kotak. rajin btoi dia tu.

-ra|nbOw
tu bakal jadi rumah aku. kena la jaga elok-elok. ala. utp-penang tak jauh. utp-jb tu rasa la jugak sakit. haha

-aishah
sedih balik sorang-sorang. ada orang tu tak boleh ikut sekali.