Saturday, September 5, 2009

terkedu di kassim mustafa.

malam itu. aku bermalam di rumah pusaka. disebabkan takut diganggu makhluk halus seorang diri. aku mengajak syahizad menemani aku. dia yang kecewa sebab tak boleh masuk kawad hari kebangsaan terus bersetuju.

malam itu. kami tak tau nak buat apa. tengok surat khabar. ada perlawanan liga perdana inggeris malam itu. disebabkan takut diganggu makhluk halus bersama-sama disebabkan balik lambat. kami memilih untuk menonton perlawanan yang paling awal.

manchester city vs portsmouth.

perlawanan dijadualkan pada pukul 830 malam. biarlah kami menunaikan solat isyak dan tarawikh di rumah sahaja. kami menunggang motosikal masing-masing. menuju ke restoran mamak. kassim mustafa kat bayan baru.

seperti yang disangka. hari ini tak ramai orang. sebab bukan manchester united. liverpool. chelsea. mahupun arsenal yang bertarung.

dan. seperti yang tak disangka. servis kat kedai mamak memang terbaik. berada jauh dari penang membuatkan aku terlupa akan kepantasan mamak-mamak ni membuat kerja. no wonder la kedai-kedai sedemikian sentiasa penuh. pada setiap masa. kedai makanan melayu tak boleh jadi produktif macam tu ka? dah la selalu marah-marah kalau kita bagi duit besar. dem la kamu semua.

disebabkan kurangnya pelanggan ketika itu. ada pekerja yang saja datang buat ramah. bersembang-sembang dengan pelanggan yang ada. kami la 'pelanggan-pelanggan' tersebut.

***

mamak : malam ni tak ramai orang datang tengok bola.

aku : tu la pasal. ni team yang tak famous. tak kuat. sapa nak tengok.

mamak : mana ada. orang semua pigi masjid. semayang tarawikh.

aku : ..

mamak : lagipon. malam ni merdeka. nanti lepas pukul 12 ramai la orang datang.

***

mamak tu buat aku terkedu.

1. rilek ja fire kami sebab tak buat tarawikh. macam dia tau-tau ja tu malam pertama aku nak burn tarawikh.

2. aku terlupa. malam tu. malam menyambut kemerdekaan. sedangkan. aku yang bersemangat nak balik penang sebab cuti merdeka tu. huhu.

disebabkan perasaan malu yang agak menebal. cepat-cepat kami habiskan makanan. dan bergerak ke masjid bayan baru. yang hanya mengambil masa 3 minit untuk sampai dengan menunggang motosikal.

aku ingat. kami akan rugi sikit. sebab dapat tengok 1 gol ja. alang-alang dah tengok bola. biarlah sampai habis. rupa-rupanya. memang 1 gol tu saja sepanjang perlawanan. kalau kami tak gerak ke masjid. lagi rugi. tengok perlawanan yang tak ada gol. sampai habis perlawanan.

Allah masih sayangkan kami. dan Dia hantarkan peringatan melalui mamak tu.

ya. solat isyak berjemaah memang sangat-sangat dituntut. syukur Alhamdulillah.

9 comments:

aishah said...

caya la mamak!
ish3..tau la trawih tu sunat..
tp yg wajib tu kena wt dulu..
awat x tny blk kt mamak..
napa mamak x p?

-azwanbakhtiar- said...

-aishah
dia kerja. dah ada rukhsah. kalau ikut. sekuriti boleh burn solat jumaat. kalau kena kerja waktu tu.

.Nora Kacak. said...

ermm gud3. mamak yg prihatin, Hee XD

Mrs Camillo said...

pergh

sue-mai.al-musadda said...

haha..klu aku, mesti trus tobat xnk g dah mapley tuh..

-azwanbakhtiar- said...

-nora
nice kan?

-mrs camillo
memang terkedu

-sue-mai
kedai macam ni la yang bagus. tak buat orang leka

Sopek said...

ak x puas ati..apsl arsenal ko taip yg plg last skali?
shil la lu..
buat gua angin je...

-azwanbakhtiar- said...

ok la dpd tak taip langsung. macam hull city. bolton. blackburn. aston villa. birmingham. newcastle.

ayd said...

haha...mamak stylo...padan muka hang