Thursday, October 29, 2009

toyol.



dalam ni. penuh dengan kod-kod untuk memprogram MATLAB. perisian untuk memudahkan pengiraan. aku (baca: kami semua) perlu mengkhatam semuanya. untuk ujian yang berlangsung minggu ni.

esok giliran aku pula. banyak mana dah yang aku baca?



gambar pada skala 1:8.
kamu rasa. banyak mana?

Thursday, October 22, 2009

kemalangan: bahagian 3.




moto ni jatuh dari sisi kiri. disebabkan kepala lampu yang besar. yang tu yang kena dulu. mengakibatkan geseran berlaku. di bahagian penutup lampu. dan penutup meter.



pelanggaran tersebut juga mengakibatkan besi yang menyokong lampu utama bengkok.



seterusnya mematahkan pemegang penutup meter.



hasilnya. ini pandangan dari hadapan.



oh tidak dilupakan. pemijak gear. (aku tak tau apa nama saintifik dia) juga terkepak. dan hampir patah.

sekarang. aku mahu cari bahagian-bahagian ini. dengan segera. dan pada kos yang rendah. sesiapa yang ada link atau kabel. sila kongsi bersama ek. terima kasih.

Tuesday, October 20, 2009

perkembangan.

proses pemulihan berjalan lancar. luka sudah mula kering. tak boleh buat apa. nanah ada la jugak sikit-sikit. terima kasih kepada semua yang menolong. yang menghabiskan kredit untuk memberi tunjuk ajar. yela. tak pernah kemalangan sebelum ni. banyak ilmu baru yang diperolehi dalam 3-4 hari ni.

sekarang. azwanbakhtiar berjalan sebijik macam house yang tak pakai tongkat. bezanya. dia berlakon ja. azwanbakhtiar memang sakit betul. huhu. sekarang tunggu luka betul-betul kering. baru nak mulakan rawatan kaki yang terseliuh. hari tu bengkak kaw-kaw. sebelah kaki dah besar semacam.

ah. memang tragedi oktober la.

Saturday, October 17, 2009

bercuti.

azwanbakhtiar telah ditimpa kemalangan jalan raya ketika berkonvoi beramai-ramai ke lata kinjang. disebabkan beliau memakai beberapa peralatan keselamatan. beliau tidak mengalami sebarang komplikasi. namun. disebabkan beliau tidak memakai boot beliau. maka. kecederaan menimpa kaki beliau. aw aw. sakit betul membaca entri kali ni.

sekarang. beliau dalam proses pemulihan. dan akan bercuti dari menulis buat seketika.

gambar moto beliau tidak dapat dimasukkan. tak sanggup nak letak. huhu. semoga azwanbakhtiar segera sembuh. amin.



Thursday, October 15, 2009

projek HSE.

HSE = health, safety, and environment. subjek ni. perlu kami ambil. memang wajib untuk semua penuntut di utp.

dan. seperti biasa. kami perlu membuat assignment. yang memang boleh membawa kesakitan kepada kami. dalam proses menyiapkannya. haha.

cuma. kali ni lain sikit. kami perlu buat video. yang ada kaitan dengan apa yang kami dah belajar. dan hasilnya. ni yang kami siapkan. haha.


harap-harap. kami dapat markah yang tinggi la. haha.

Wednesday, October 14, 2009

kintergarden.

aku buka komputer. rutin harian. on gtalk. tengok gambar-gambar yang mereka guna. dan juga. status mereka. kreatif. kreatif.

bila aku tengok gambar zahid. aku tersenyum. sorang-sorang.



Kiri Atas - Kanan Atas :

1. Dancing Doll Dash 05
2. Neo Burning Sun Dash 02
3. Cannon Ball Dash 04
4. Great Emperor Dash 001
5. Super Emperor Dash 01

Kiri Bawah - Kanan Bawah :
1. Emperor Dash 01
2. Burning Sun Dash 02
3. Shooting Star Dash 03
4. Horizon Dash 00

dulu. punya la semangat. sampai sanggup buat-buat demam. sebab nak tengok cerita ni. haha. sanggup kumpul duit banyak-banyak. sebab nak beli kereta dash ni. bila dah beli. tak reti pasang. adoi.

zaman suka lumba kereta kat dalam longkang. sebab tak ada duit nak bli trek dia.

zaman mula kenal apa tu bateri yang boleh cas semula.

wah seronok betul masa tu. kalau boleh main lagi benda ni kan seronok. boleh pasang pon dah ok dah. haha. ada jual lagi tak kereta-kereta ni? kalau ada. aku nak beli kereta ni.


broken gigant.

cannon ball.

apa kereta kegemaran kamu semua pula?

Thursday, October 8, 2009

transformasi: 02

kamu kenal dia ni?




sekarang. dah nampak belum?




kalau tak kenal susan boyle lagi. tolong la cari kat google.

transformasi dalam hidup. yang berlaku dalam masa yang sangat singat. sangat menarik perhatian. dari hidup yang memang serba kurang. tiba-tiba menjadi antara makhluk yang paling dikenali di atas muka bumi ni.

jangan hiraukan apa yang orang nak cakap. tu cuma akan buat kau tak dapat kejar cita-cita kau. kalau kau dah kejar tapi tak dapat. tu memang bukan rezeki kau la. huhu.

agak-agak bila malaysia nak ada rancangan macam ni ek. malaysia's got talent. dan. agak-agak la. talent apa yang bakal muncul? nanti kita tengok.

Sunday, October 4, 2009

akibat.

aku balik penang hari jumaat lepas. sebab nak jumpa dinda. *uhuk-uhuk*. nak hantar hamidi fly ke imperial college. peh bangga gila. dulu dok dalam kelas dok buat style depan perempuan. sekarang dah kat imperial.

apa-apa pun semoga kau selamat dan tenteram di sana.

malam tu. aku teman atuk. tidur di bayan lepas. syok wo. boleh dengar bunyi ayam berkokok. terasa janggal benar. dah lama tak dengar live kot. oh rindunya aku kat penang.

sebelum tidur. tok tanya. "hang nak tak selimut neh?" aku dengan penuh perasaan rilek. menolak pelawaan tok. "panas la tok. tak mau la.".

"ok fine." kata tok.

memang malam tu panas pun. sedap ja tidur sebelah kipas. sampai pukul 4 pagi. hujan turun lebat kaw-kaw. disebabkan dah lama tak tidur kat rumah kampung. air yang menimpa atap zink memang membuatkan aku terjaga dengan penuh kejutan.

masa tu. baru nak rasa sejuk. selimut pun tak ada. aku hanya mampu memadamkan kipas. dan cuba meneruskan tidur.

akibatnya. pagi tu. tekak dah kembang. oh nak selesema neh. dah la aku nak balik utp pagi tu. macam mana neh.

berbekalkan semangat yang tinggi. dan doa dari atuk. dan dinda. *uhuk-uhuk*. aku telah selamat sampai.

lepas ni aku mesti pakai selimut. tak kisah la panas ka sejuk. insyaAllah.