Sunday, October 4, 2009

akibat.

aku balik penang hari jumaat lepas. sebab nak jumpa dinda. *uhuk-uhuk*. nak hantar hamidi fly ke imperial college. peh bangga gila. dulu dok dalam kelas dok buat style depan perempuan. sekarang dah kat imperial.

apa-apa pun semoga kau selamat dan tenteram di sana.

malam tu. aku teman atuk. tidur di bayan lepas. syok wo. boleh dengar bunyi ayam berkokok. terasa janggal benar. dah lama tak dengar live kot. oh rindunya aku kat penang.

sebelum tidur. tok tanya. "hang nak tak selimut neh?" aku dengan penuh perasaan rilek. menolak pelawaan tok. "panas la tok. tak mau la.".

"ok fine." kata tok.

memang malam tu panas pun. sedap ja tidur sebelah kipas. sampai pukul 4 pagi. hujan turun lebat kaw-kaw. disebabkan dah lama tak tidur kat rumah kampung. air yang menimpa atap zink memang membuatkan aku terjaga dengan penuh kejutan.

masa tu. baru nak rasa sejuk. selimut pun tak ada. aku hanya mampu memadamkan kipas. dan cuba meneruskan tidur.

akibatnya. pagi tu. tekak dah kembang. oh nak selesema neh. dah la aku nak balik utp pagi tu. macam mana neh.

berbekalkan semangat yang tinggi. dan doa dari atuk. dan dinda. *uhuk-uhuk*. aku telah selamat sampai.

lepas ni aku mesti pakai selimut. tak kisah la panas ka sejuk. insyaAllah.

3 comments:

aishah said...

tu la..
wt terer lg..
sediakan selimut sbelum hujan!
yeah!
awat dok uhuk2 tu?
batuk ek..haha..

-azwanbakhtiar- said...

-aishah
tak batuk pun. haha

ra|nbOw said...

amboi berlagak aaa. haha. aku pun rnduuuu nak dgr ayam berkokok live. skeee. btw. name blk kmpg. mmg mlm panas. tp kene prepare selimut awal2. kul 3-4am, dtg la aircond semulajd dunia. wahahahha. XD