Wednesday, November 18, 2009

pengembaraan ickle dan lardee.

baru-baru ni. aku dan dinda. berpakat. untuk membeli koleksi kenang-kenangan. sebagai tanda sokongan. terhadap mymilktoof. apa yang kami beli?




kepada yang masih belum mendapatkan benda ni. sila buat pesanan di laman mymilktoof. ok?

Monday, November 16, 2009

modifikasi.

kamu tahu. aku telah mengalami kemalangan pada deepavali yang lalu. alat-alat ganti yang ditempah khas telah pun sampai. tunggu habis periksa baru aku pergi pasang. oleh itu. sepanjang masa tersebut. moto aku tu tak jalan la.

sambil-sambil mencari tempat untuk membaikpulih moto aku dahulu. terjumpa beberapa modifikasi yang telah dijalankan. terhadap moto-moto yang sama model dengan aku. kebanyakannya menukar bentuk lampu. kerana bagi mereka. lampu stok tidak menarik.







yang macam ni. ekstrim sikit. fusion antara 135LC dengan FZ150.



ada orang tak puas hati. suruh aku tambah lagi gambar. hehe.





tapi. semua ni kurang menarik minat aku. buat masa ni. aku berkenan dengan moto ni.



naza blade 250R. (bro KIVA suruh tukar gambar. hehe. terima kasih bro).

semua gambar ni diambil kat forum-forum moto. sesungguhnya forum-forum macam ni sangat la membantu dalam kehidupan seharian. haha.

untuk mencapai cita-cita murni ini. mari kita mula menabung. dan. kalau terlebih menabung. boleh beli yang ni.



yamaha yzf R1.

oh impian tinggi melangit. study signal tu oi. esok ada paper. tak mau repeat. ya Allah. semoga azwan bakhtiar dan kawan-kawan beliau menjawab perperiksaan signal and systems dengan penuh kejayaan. amin.

Saturday, November 14, 2009

nama saya dalam wiki-apa-dia.

cakap banyak tak mau. tengok sendiri.



diambil dari sini. kepada yang berkenaan. soksek tu nama gelaran ja. kalau formal. SMSTSSS. tolong la betulkan. huhu.

sudah. mahu mula belajar. HENSHIN!



mari belajar. nanti. bila dah lepas periksa. kita ronda 1 malaysia. ok?



ok ni bukan moto aku. curi gambar dari forum fz150i. hehe

Thursday, November 12, 2009

ok fine.

bila semua orang yang jumpa aku cakap macam ni:

"oh baru bangun ek."

sedangkan aku dah lama bangun. siap mandi 2 kali dah. ini hanya membawa kepada satu maksud yang terang lagi nyata:

PERGI GUNTING RAMBUT.

oh maaf la wahai peminat. sibuk sangat dengan final ni. lepas kertas bahasa perancis. aku terus ke kedai gunting rambut. ok?

hm. nak gunting gaya apa pulak kali ni?

Saturday, November 7, 2009

menonton perlawanan bola malaysia.

malam ni. kami berkumpul. di bilik hadi 'gulagula itu manes'. menonton perlawanan akhir piala malaysia. kelantan. lawan negeri sembilan.

kami semua bajet. kelantan menang. sebab semangat mereka. akhirnya. sampai final. sejak 1970. mesti nak menang. tambahan pula. 3/4 daripada kapasiti stadium dipenuhi penyokong kelantan. feel dia lain wo. kalau kau penyokong negeri sembilan. mesti rasa kerdil ja. dah la negeri pun kecik. macam capix kecik. rumet hadi 'gulagula itu manes'. memang maskot negeri sembilan. hehe.

sekali. negeri sembilan bermain dengan lebih cantik. gol-gol mereka semua cantik. pada minit ke-60. skor telahpun 3-0.

masa ni. penyokong kelantan bertambah emo. sudahlah dari mula asyik bermain mercun. baling merata-rata. main suluh-suluh laser. bakar kerusi.

come on la. ada 20 minit lagi (sekurang-kurangnya). takkan tak boleh terima kot? macam liverpool masa 2005 dulu. dari 0-3. kejar balik. sampai 3-3. dan akhirnya. menang penalti.

ah malas nak cakap pasal sejarah.

bila orang tolong padamkan api kat kerusi penonton yang terbakar tu. boleh lak dia dibaling botol. kesian betul.

ini semua perbuatan manusia bermentaliti kelas ketiga.

macam mana nak maju. kalau tak boleh terima kegagalan. tak boleh terima kejatuhan. kalau asyik nak menang ja. susah la macam ni.

pemain-pemain pun. macam tak ada semangat nak main bola ja. macam royal rumble pon ada. daudsu tu patut kena kad merah awal-awal lagi. pengadil tak bagi. sebab tak mau kereta kena bakar kot. bak kata tok batin.

kelantan. sebagai pasukan yang baru meningkat naik. perlu bersikap lebih profesional. para penyokong juga begitu. kalah pun kalah la. biar bermaruah. beradab sekurang-kurangnya.

kalau FAM tak kenakan tindakan kat depa ni semua. aku tak tau la apa nak cakap.

yang seronok. ketika menonton pasukan kelantan bermain. cuma. gol sepakan percuma kelantan pada minit terakhir tu. sangat cantik. top corner kot.

sangat berbeza kalau nak banding dengan pasukan kat england sana. team belasahan pun. ramai ja yang nak sokong. setia. sehingga ke penghujung. macam ni yang kita mau.

haih. bila la bolasepak malaysia nak maju ni.

Friday, November 6, 2009

promosi

sempena hari jumaat yang penuh barakah ini. saya. selaku ahli jawatankuasa khemah ibadah 2009. ingin mempromosikan program sempena cuti sekolah ini. program ini ditujukan khas buat adik-adik. atau anak-anak kita. yang berusia. 10. hingga 17 tahun. insyaAllah. banyak input yang akan mereka dapat dengan menyertai program ini.

program ini bakal berlangsung di universiti teknologi PETRONAS dari 8 hingga 12 disember. sepanjang khemah ibadah ini. para peserta akan diterapkan dengan pelbagai ilmu yang berkaitan ibadah. peserta juga akan diperkenalkan kepada dunia teknologi di utp.

pendaftaran masih lagi dibuka. kepada yang berminat. sila hubungi nombor yang tertera pada gambar di bawah ini.



(klik untuk paparan yang lebih jelas)

akhir kata. khemah ibadah memang best. insyaAllah.

Wednesday, November 4, 2009

gigi susu.

malam ni. aku terjumpa link blog yang sangat best. suka sangat. mari kita layan sama-sama.




ada banyak lagi kat sini. kredit kepada burhan yang laju. sebab bagi link ni.

hakcipta terpelihara (c) http://mymilktoof.blogspot.com