Saturday, November 7, 2009

menonton perlawanan bola malaysia.

malam ni. kami berkumpul. di bilik hadi 'gulagula itu manes'. menonton perlawanan akhir piala malaysia. kelantan. lawan negeri sembilan.

kami semua bajet. kelantan menang. sebab semangat mereka. akhirnya. sampai final. sejak 1970. mesti nak menang. tambahan pula. 3/4 daripada kapasiti stadium dipenuhi penyokong kelantan. feel dia lain wo. kalau kau penyokong negeri sembilan. mesti rasa kerdil ja. dah la negeri pun kecik. macam capix kecik. rumet hadi 'gulagula itu manes'. memang maskot negeri sembilan. hehe.

sekali. negeri sembilan bermain dengan lebih cantik. gol-gol mereka semua cantik. pada minit ke-60. skor telahpun 3-0.

masa ni. penyokong kelantan bertambah emo. sudahlah dari mula asyik bermain mercun. baling merata-rata. main suluh-suluh laser. bakar kerusi.

come on la. ada 20 minit lagi (sekurang-kurangnya). takkan tak boleh terima kot? macam liverpool masa 2005 dulu. dari 0-3. kejar balik. sampai 3-3. dan akhirnya. menang penalti.

ah malas nak cakap pasal sejarah.

bila orang tolong padamkan api kat kerusi penonton yang terbakar tu. boleh lak dia dibaling botol. kesian betul.

ini semua perbuatan manusia bermentaliti kelas ketiga.

macam mana nak maju. kalau tak boleh terima kegagalan. tak boleh terima kejatuhan. kalau asyik nak menang ja. susah la macam ni.

pemain-pemain pun. macam tak ada semangat nak main bola ja. macam royal rumble pon ada. daudsu tu patut kena kad merah awal-awal lagi. pengadil tak bagi. sebab tak mau kereta kena bakar kot. bak kata tok batin.

kelantan. sebagai pasukan yang baru meningkat naik. perlu bersikap lebih profesional. para penyokong juga begitu. kalah pun kalah la. biar bermaruah. beradab sekurang-kurangnya.

kalau FAM tak kenakan tindakan kat depa ni semua. aku tak tau la apa nak cakap.

yang seronok. ketika menonton pasukan kelantan bermain. cuma. gol sepakan percuma kelantan pada minit terakhir tu. sangat cantik. top corner kot.

sangat berbeza kalau nak banding dengan pasukan kat england sana. team belasahan pun. ramai ja yang nak sokong. setia. sehingga ke penghujung. macam ni yang kita mau.

haih. bila la bolasepak malaysia nak maju ni.

5 comments:

gula-gula said...

memalukan negeri sendiri..tercemar final piala malaysia..zaman semi-pro dlu ak xpnah dgr jadi camni..

walaopn ak bkn org kelantan, tp aku malu. mcm main bola wakil felda plak..haihh~

ra|nbOw said...

aih~ mmg memalukan kot. tp. tu bukti 1 bnde jgk. majority penonton lelaki kan. bukti jgk lelaki ni kalau hilang rasinal, pon emo x bertmpt. haih~

Suka Bebel said...

eh, apa pasal entri kita sama ni?hehe

Ahmad Zulfadhli said...

Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

Ahmad Zulfadhli said...

buat malu jer pasukan dan penokong kelantan nie.. x bermaruah langsung.. kerabat diraja yang duk kat pentas utama tengok jer perlakuan mereka yang menjelekkan nie.. memang patutla integriti bola sepak negara kita dipertikai orang luar..