Saturday, December 26, 2009

perhimpunan motosikal terbesar johor 2009

johor merupakan sebuah negeri yang terkenal dengan aktiviti motosikal berkuasa besarnya. ini dapat dilihat dengan sokongan Tengku Mahkota Johor yang suka buat konvoi besar-besaran mengelilingi johor setiap tahun.


tengku mahkota dengan moto dia. search kat gugel ja neh.

hari ni. disebabkan kebosanan melampau. aku saja mengajak abah berjalan-jalan di pekan jb. niat di hati cuma nak jalan-jalan. tiba-tiba. aku nampak bunting. ada perhimpunan moto terbesar kat dataran jb. wow. kena p tengok ni. haha.

ah rugi tak bawak kamera. semua gambar ni guna kamera telefon ja. huhu.


ni kat tempat perhimpunan tu.


bahagian vespa





geng-geng chopper. kebanyakannya harley davidson la.



ni jenis custom made. buat sendiri. nice.

hehe. aku dan abah pun nak gak rasa naik moto-moto besar ni. dan akibatnya.


tengok tayar belakang moto ni. besar gila!

bantai moto kedai. selamat tokey tak marah. haha. kawasaki vulcan pa tah. lupa.

yamaha YZF R1! RM 93,500.
ish kacau la wave neh. huhu.

guess what? tengku mahkota berkenan untuk letak moto dia. yang dia selalu naik time konvoi tu kat perhimpunan ni. woo. bukan calang-calang la perhimpunan ni. tiba-tiba rasa bertuah duduk kat jb. haha.



memang tiptop la. tapi tak boleh pegang. boleh tengok dan tangkap gambar saja. jadi la tu.

sebelum balik. snap lagi moto-moto yang menarik perhatian aku.


kawasaki zx-10r. RM 82,888.00.


kawasaki GTR 1400. RM 106,888.00


chopper yang handle dia tinggi-tinggi.
gila betoi nak bergayut kalau buat perjalanan jauh. haha.

sebelum entri ni jadi entri menjual motosikal berkuasa tinggi. eloklah aku berhenti dulu. pendek kata. moto-moto ni memang tiptop. dan hanya mampu muncul dalam mimpi kebanyakan kita. semoga kita boleh berusaha untuk mencapai cita-cita kita sempena tahun baru ni. amin.

Wednesday, December 23, 2009

fasa pembelian.

apabila kau membeli sesuatu. yang amat mahal bagi kau. dengan menggunakan duit sendiri. sebagai contoh. telefon bimbit nokia e71. akan berlaku beberapa perubahan dalam hidup kau. perubahan-perubahan dalam masa yang singkat ini boleh dibahagikan kepada 3 fasa.

teori ini dipersetujui secara bersama dengan hamidi yusoff. ketika kami sama-sama beli telefon bimbit yang sama pada tahun 2007 dulu. oh kedengaran gay. tapi kami bukan begitu. ok?

kembali ke sari berita utama.

FASA PERTAMA
fasa ini berlaku dalam tempoh seminggu dua selepas pembelian berjaya. kau berasa sangat bangga sebab berjaya membeli barang yang mahal gila. menggunakan duit sendiri. kau ada benda untuk diriakkan. peh bukan senang untuk orang macam kau dapat benda ni. bukan macam kau mintak duit kat mak abah kau. ni duit sendiri. kau memang berhak untuk berasa riak walau sedikit. (oh kedengaran seperti aku menyeru kepada syirik kecil. aku berlindung kepada Allah)

FASA KEDUA
fasa ini berlaku sejurus selepas fasa pertama berlangsung. selepas puas berasa riak. kau akan mula berasa menyesal. ish sebab apa la aku beli benda ni. bukan perlu sangat pun. kalau beli yang murah sikit pon tak salah rasanya. kau mula berfikiran seperti orang zaman mesolitik. mula mementingkan praktikaliti daripada nilai estatika. kau rasa macam dah buang duit tahap dewata raya. ketika ini. kau berasa macam nak jual saja benda yang kau beli tu. dengan harapan duit yang akan diterima tu cukup untuk mengubat hati. walaupun kau tahu nilainya memang tak mungkin sama dengan masa kau beli benda tu. akhirnya apa pon tak jual.

FASA KETIGA
akhirnya. setelah puas membelek-belek harta yang kau beli guna duit yang banyak sangat-sangat tu. kau mula berfikiran seperti manusia moden. ah. alang-alang dah beli. guna sajalah. bila lagi kau nak beli benda-benda mahal ni. lepas ni. tak payah beli dah. guna elok-elok. jangan bagi rosak. ketika ini. kau memang dah redha dengan ketentuan Ilahi. kau sudah yakin. bahawa Tuhan Semesta Alam dah merencanakan qada' dan qadar kau dengan sepenuh teliti. mengharapkan kau memahami hikmah pembelian tersebut. memang kau akan jaga benda yang kau beli tu secara bersungguh-sungguh. susah nak cari pengganti. walaupun rosak. kau usahakan usaha membaik pulih benda tu. lagipun. kau dah tau. kalau nak jual balik pon dah tak ada harga. baik guna saja sampai bila-bila yang diizinkan Allah.

insyaAllah. kamu semua dah faham teori ni kan? pendek kata. tak kira la benda tu mahal ka murah. kalau beli guna duit sendiri. memang sangat bernilai. kan?

Monday, December 21, 2009

rintihan hati kecil ini.

Aku seorang lelaki yang sangat sayangkan moto. Sejajar dengan itu. Aku tak pernah merelakan moto aku dinodai dengan minyak RON95. aku sangat yakin dan percaya. bahawa dakwaan bahawa minyak itu lebih baik daripada RON97 tu. hanyalah propaganda pihak-pihak tertentu. untuk mengelakkan kemarahan rakyat sejagat. akibat kenaikan harga minyak yang mereka selalu guna sejak zaman-berzaman.

sejak zaman berzaman.

Aku juga yakin. walaupun RON95 dijual di hampir kesemua stesen minyak. RON97 tetap akan dijual di stesen minyak di lebuh raya. rasionalnya. kereta-kereta gred tinggi. perlu menggunakan minyak yang mahal ni. kalau kat lebuh raya tak jual. takkan la kereta tu nak mati tengah jalan?

aku memegang prinsip tu masa balik dari penang ke jb tempoh hari.

Semua stesen yang aku jumpa tak jual RON97. What the?

Agak masalah di situ. Memang gps sangat-sangat membantu hamba Allah yang lemah ini. Selamat jugak sampai rumah.

Sesungguhnya. Aku amat tak puas hati dengan keadaan ni. Ok. Minyak tu lagi mahal. tak ramai yang nak beli. Tapi bukan bermakna tak ada langsung. Kurang-kurang ada 1 pam pon jadi la.

Bukan kami tak ada duit. kenapa perlu susahkan kami?

Ni yang buat aku makin bersemangat untuk buka stesen minyak di atas lebuh raya neh. Jual RON97 ja. Hehe.

Semoga pengusaha stesen minyak membaca entri ni ek. Huhu

Monday, December 14, 2009

REVIEW: malaysia menentang laos.

ok. malaysia main cantik malam ni. kalau dari dulu main macam ni kan seronok. malaysia boleh menang. asalkan buat hantaran yang biasa. hantaran rendah. leret. kamu faham maksud aku kan? hantaran biasa yang sempurna berjuta kali lebih baik daripada hantaran penuh gaya tapi akhirnya dapat kat pasukan lawan.

apa-apa pun. penjaga gawang malaysia memang tiptop. cuma rugi sikit bolos gak satu. haha.

semoga pasukan bola sepak malaysia berjaya ketika bermain di pusingan akhir nanti. amin.

Sunday, December 13, 2009

pengalaman menjadi ahli jawatankuasa khemah ibadah 2009.

masa temuduga. aku tulis dalam borang. aku nak unit pendaftaran dan keselamatan (RaS). kalau boleh. dah tak mau unit majlis dan protokol (CnP) ni. asyik CnP ja dari dulu lagi. nak jugak beralih angin. lagipun. memang dah pakat dengan chaknga. nak bagi dapat unit RaS sama-sama.

tapi mungkin aku memang ditakdirkan jadi orang unit CnP kot.

dalam unit aku. ada 4 orang. kemudian ditambah lagi 2. jadi 6 orang. dalam unit tu. cuma aku dah ketua ja laki. yang lain semua perempuan. dan. kami 2 ni la yang paling tua. tak kisah la benda tu. layan ja.

unit CnP merupakan unit yang bertanggungjawab menguruskan (baca: segala) majlis. kena siapkan urutan perjalanan majlis (flow of event). jemput vip. sediakan pengacara majlis. sediakan pengiring. hadiah. unit CnP juga perlu berhubung rapat dengan unit PnP (promotion and publication) yang buat montaj dan slaid. dan buku program. unit FnB (food and beverage) untuk makanan vip. dan macam-macam unit lagi.

fuh memang banyak kerja nak kena buat.

kerja sudah mula dibuat sebelum musim perperiksaan yang lalu. dah mula jemput vip. mula siapkan flow. buat draf ucapan. macam-macam.

menjelang TOT (training of trainers). minggu sebelum khemah ibadah. persiapan untuk pembukaan semakin rancak dilakukan. semua orang kalut buat kerja. sampailah aku dapat tau 1 berita.

"esok. ana dgn ____. _____. dan _____. ada program lain. so mula esok. sampai 11hb. unit kita ada 2 orang jela." head aku cakap.

LOL.

ini pengalaman pertama aku buat kerja yang besar. dan ada 2 orang ja dalam unit tu. memang celaru benar. dah la ajk tak cukup. bukan CnP ja. unit-unit lain pon sama gak. tapi CnP memang sakit la. sebab kena bersedia untuk majlis pembukaan. aiseh.

tak apa. aku buat jugak kerja. susun flow elok-elok. perasmian akan dijalankan di dewan besar. selepas solat asar. pengacara pun dah dapat. qari pun sudah. tinggal nak mula majlis ja.

tapi Allah memang nak uji aku.

masa tengah solat asar. tiba-tiba. hujan lebat turun. lebat gila-gila. menyebabkan hicom nak buat majlis kat masjid saja. aku. yang memang selalu mengikut pelan. agak terkejut. dan gabra. oh memang memerlukan skil pemikiran kritikal yang hebat ketika itu.

kalau buat kat dewan besar. nanti adik-adik kena hujan. demam. kem tak mula pun lagi. takkanlah nak kena hantar balik dah kot.

kalau buat kat masjid pulak. nanti nak cakap apa dengan geng-geng yang uruskan bahagian teknikal di dewan besar? mesti mengamuk punya. penat-penat setup. tiba-tiba kena kemas balik. pasang kat tempat lain.

akhirnya. aku cakap. buat majlis kat masjid sudah la. elok-elok geng teknikal siap kemas. hujan berhenti pulak. siap terang-benderang lagi. ah sudah. sekarang ni nak buat majlis kat mana ni?

kami teruskan kat masjid. selamat tak ada masalah. lancar ja majlis.

lepas majlis perasmian. kami kalut buat kerja untuk majlis kuliah. mencari pengacara. setup tempat. yang tu kira ok la kot. lancar jugak la perjalanan.

semuanya lancar. sampai la. sorang lagi ahli unit aku tu. terpaksa balik rumah. ada urusan keluarga. secara rasmi. tinggal aku sorang ja dalam unit tu. dan kena buat kerja yang patutnya dibuat bersama-sama seramai 6 orang. wow.

pening benar uruskan semua benda tu. nasib baiklah mendapat sokongan dari unit-unit lain. terima kasih banyak-banyak. mm. masa ketua unit balik utp. patutnya aku tolong dia buat kerja majlis penutup. tapi. masa tu memang dah blank maaf ya bos.

kepada ajk khemah ibadah 2009. di sini, maaf dipinta. kalau flow dia tak berapa lancar. selalu ja gaduh dengan geng-geng PnP sebab tu. maaf ek. haha.

terima kasih kepada ahli-ahli unit lain yang tolong semasa saat genting tempoh hari. pertolongan anda semua sangatlah tak boleh nak balas. walaupun kerja unit sendiri dah banyak. tapi tetap nak tolong jugak unit CnP. terima kasih banyak-banyak.

betul la kata abang hakim. masuk event macam ni bukan sebab nak kejar sijil. tapi nak dapatkan pengalaman. dan pengalaman ni. walaupun agak sakit. tapi manis. wow. apa aku merepek ni.





ok la. cukup takat ni dulu. nanti aku letak entri pasal pengalaman jadi fasilitator lak ek. sekian.

Tuesday, December 8, 2009

sibuk.

kamu semua tahu. aku sibuk dengan khemah ibadah 2009. tapi tak sangka. sibuk sampai macam ni. sampai tak tau hari. sampai tak perasan. dinda dah nak balik malaysia. tidur 2 jam saja sehari. oh aku dah faham perasaan NK (N Kecik).

dan lebih menyibukkan. tiba-tiba saja. ketua department aku. yazid. dan 3 orang lagi. mempunyai komitmen lain. dan aku hanya tau benda tu. sehari sebelum komitmen itu berlaku. maka. tinggallah 2 daripada 6 anggota asal. sementara menunggu mereka pulang. memang sangat terseksa. jiwa dan raga.

ceh sekarang baru nak kalut.

esok. eh. dalam masa 10 jam lagi. sesi pendaftaran khemah ibadah 2009 akan bermula. chaknga memang dah sibuk sampai tak boleh balik bilik. uruskan pendaftaran dan keselamatan peserta. sopek pulak. kelas tajwid beliau. yang sepatutnya membuatkan kami demam terkejut. disebabkan kehebatan tersembunyi beliau. telah menjadi sebaliknya. sopek demam. tiada suara. hari ni. baru ada suara sikit. tu pun. dok perasan suara macam jamal abdillah. LOL.

department sopek. unit Modul, Aktiviti, dan Disiplin (ManD) memang sangat bersemangat. mungkin. akibat terlalu bersemangat. semua ahli muslimin department tersebut. demam. oi kalau komandan kem demam. apa nak jadi ha?

pendek kata. semua orang sibuk. tersangat-sangat sibuk. apa-apapun. semua perjalanan program ni dirahmati Allah. dan berjalan lancar hendaknya. semoga adik-adik yang bakal menyertai program 5 hari ini akan berubah menjadi lebih baik daripada sebelumnya. semoga pengalaman yang bakal diperolehi membawa erti yang sangat besar dalam hidup kami semua.

"kita bukan nak kejar sijil. semua ni. adalah proses. untuk membuatkan kita semua ni. menjadi manusia. itu yang penting."

Tuesday, December 1, 2009

kehilangan.

1. saya dalam perjalanan pulang ke utp. atas urusan khemah ibadah 2009. dan juga lawatan malaysianbikers ke SIRIM di shah alam.

2. menaiki bas ekspres yang selalu dinaiki. memang dah biasa dengan bas ni. oleh itu. setia sajalah.

3. berbalas mesej dengan dinda dan juga ketua CNP khemah ibadah sebelum terlelap seketika. ketika hampir lelap. saya memasukkan telefon bimbit saya ke dalam poket. tak pasti lak poket sweater ataupun poket seluar.

4. bila tersedar. bas berhenti rehat di yong peng. turun ke tandas. kemudian ke surau. mengambil wuduk dan menunaikan solat sunat musafir.

5. ketika memberi salam pertama. terdetik dalam hati. "kalau la aku setkan telefon supaya autolock selepas 4 minit macam dulu-dulu. mesti selamat kalau hilang." kemudian barulah saya terperasan akan kehilangan telefon bimbit saya.

6. merata-rata saya mencarinya. di tempat duduk. di tandas. di surau. namun. tiada hasil yang produktif. melainkan penat.

7. 5 jam seterusnya. perjalanan ke utp diisi dengan monolog dalaman. memikirkan sebab dan akibat kejadian tersebut. hati kecil menyeru saya membatalkan rancangan ke SIRIM. ya. hal ini lebih penting daripada melihat bagaimana SIRIM menjalankan ujian terhadap topi keledar sebelum dibenarkan untuk dijual.

8. pukul 6 petang. saya sampai di utp. disebabkan bas berhenti rehat hanya seketika. saya hanya sempat pergi ke tandas dan bersolat. tidak sempat untuk mencari telefon awam. mesti mak saya risau. 8 jam tanpa sebarang berita. lantas. segera saya mengumpul duit syiling. dan bergegas mencari telefon bimbit.

9. di setiap blok akademik utp. terdapat 2 telefon awam. mengambil kira 14 blok akademik. 2 poket. dan dewan chanselor. seharusnya saya mempunyai telefon awam yang sangat mencukupi. ironinya. 1 pun tak boleh digunakan. alangkah kecewanya saya ketika itu.

10. lantas. segera saya keluar dari utp. dengan harapan mendapat telefon awam yang boleh digunakan di luar. alhamdulillah. dapat gak. kat kedai ameeth. kawan-kawan kat utp boleh bajet la jauh mana pengembaraan saya untuk mencari telefon awam. kalah ickle dan lardee.

11. rancangan asal telah berubah. SIRIM perlu dilupakan buat masa ni. terima kasih kepada bro-bro malaysianbikers yang memahami. perjalanan menyelesaikan masalah ni akan bermula hari ni. dan diharapkan. dapat selesai sebelum bermulanya TOT khemah ibadah.

12. kepada semua. buat masa ni. nombor maxis aku (0124700xxx) tak dapat digunakan. nombor sementara akan diumumkan kelak. kepada ketua CNP. aku pun akan balik lewat sehari. 3hb juga. mana bleh head saja yang enjoy. kepada kawan-kawan di penang. nanti tolong PM saya nombor telefon kamu semua ok? memang tak hafal. maaf ek.

13. tak ada apa pun nak tulis kat sini. tapi nak tulis gak. sebab ni nombor kegemaran saya. haha. tak ada kaitan. semoga kita semua bergembira pada musim cuti yang lama ni.

sekian.