Wednesday, December 23, 2009

fasa pembelian.

apabila kau membeli sesuatu. yang amat mahal bagi kau. dengan menggunakan duit sendiri. sebagai contoh. telefon bimbit nokia e71. akan berlaku beberapa perubahan dalam hidup kau. perubahan-perubahan dalam masa yang singkat ini boleh dibahagikan kepada 3 fasa.

teori ini dipersetujui secara bersama dengan hamidi yusoff. ketika kami sama-sama beli telefon bimbit yang sama pada tahun 2007 dulu. oh kedengaran gay. tapi kami bukan begitu. ok?

kembali ke sari berita utama.

FASA PERTAMA
fasa ini berlaku dalam tempoh seminggu dua selepas pembelian berjaya. kau berasa sangat bangga sebab berjaya membeli barang yang mahal gila. menggunakan duit sendiri. kau ada benda untuk diriakkan. peh bukan senang untuk orang macam kau dapat benda ni. bukan macam kau mintak duit kat mak abah kau. ni duit sendiri. kau memang berhak untuk berasa riak walau sedikit. (oh kedengaran seperti aku menyeru kepada syirik kecil. aku berlindung kepada Allah)

FASA KEDUA
fasa ini berlaku sejurus selepas fasa pertama berlangsung. selepas puas berasa riak. kau akan mula berasa menyesal. ish sebab apa la aku beli benda ni. bukan perlu sangat pun. kalau beli yang murah sikit pon tak salah rasanya. kau mula berfikiran seperti orang zaman mesolitik. mula mementingkan praktikaliti daripada nilai estatika. kau rasa macam dah buang duit tahap dewata raya. ketika ini. kau berasa macam nak jual saja benda yang kau beli tu. dengan harapan duit yang akan diterima tu cukup untuk mengubat hati. walaupun kau tahu nilainya memang tak mungkin sama dengan masa kau beli benda tu. akhirnya apa pon tak jual.

FASA KETIGA
akhirnya. setelah puas membelek-belek harta yang kau beli guna duit yang banyak sangat-sangat tu. kau mula berfikiran seperti manusia moden. ah. alang-alang dah beli. guna sajalah. bila lagi kau nak beli benda-benda mahal ni. lepas ni. tak payah beli dah. guna elok-elok. jangan bagi rosak. ketika ini. kau memang dah redha dengan ketentuan Ilahi. kau sudah yakin. bahawa Tuhan Semesta Alam dah merencanakan qada' dan qadar kau dengan sepenuh teliti. mengharapkan kau memahami hikmah pembelian tersebut. memang kau akan jaga benda yang kau beli tu secara bersungguh-sungguh. susah nak cari pengganti. walaupun rosak. kau usahakan usaha membaik pulih benda tu. lagipun. kau dah tau. kalau nak jual balik pon dah tak ada harga. baik guna saja sampai bila-bila yang diizinkan Allah.

insyaAllah. kamu semua dah faham teori ni kan? pendek kata. tak kira la benda tu mahal ka murah. kalau beli guna duit sendiri. memang sangat bernilai. kan?

1 comment:

ra|nbOw said...

well. mmg setuju. ahah. ke3 - 3 fasa setuju! haha. btol. aku gune duit sdiri, bnde yg rm10 pun syg gleee. gune duit org lain pun syg, tp duit sdiri extra syg.