Tuesday, December 1, 2009

kehilangan.

1. saya dalam perjalanan pulang ke utp. atas urusan khemah ibadah 2009. dan juga lawatan malaysianbikers ke SIRIM di shah alam.

2. menaiki bas ekspres yang selalu dinaiki. memang dah biasa dengan bas ni. oleh itu. setia sajalah.

3. berbalas mesej dengan dinda dan juga ketua CNP khemah ibadah sebelum terlelap seketika. ketika hampir lelap. saya memasukkan telefon bimbit saya ke dalam poket. tak pasti lak poket sweater ataupun poket seluar.

4. bila tersedar. bas berhenti rehat di yong peng. turun ke tandas. kemudian ke surau. mengambil wuduk dan menunaikan solat sunat musafir.

5. ketika memberi salam pertama. terdetik dalam hati. "kalau la aku setkan telefon supaya autolock selepas 4 minit macam dulu-dulu. mesti selamat kalau hilang." kemudian barulah saya terperasan akan kehilangan telefon bimbit saya.

6. merata-rata saya mencarinya. di tempat duduk. di tandas. di surau. namun. tiada hasil yang produktif. melainkan penat.

7. 5 jam seterusnya. perjalanan ke utp diisi dengan monolog dalaman. memikirkan sebab dan akibat kejadian tersebut. hati kecil menyeru saya membatalkan rancangan ke SIRIM. ya. hal ini lebih penting daripada melihat bagaimana SIRIM menjalankan ujian terhadap topi keledar sebelum dibenarkan untuk dijual.

8. pukul 6 petang. saya sampai di utp. disebabkan bas berhenti rehat hanya seketika. saya hanya sempat pergi ke tandas dan bersolat. tidak sempat untuk mencari telefon awam. mesti mak saya risau. 8 jam tanpa sebarang berita. lantas. segera saya mengumpul duit syiling. dan bergegas mencari telefon bimbit.

9. di setiap blok akademik utp. terdapat 2 telefon awam. mengambil kira 14 blok akademik. 2 poket. dan dewan chanselor. seharusnya saya mempunyai telefon awam yang sangat mencukupi. ironinya. 1 pun tak boleh digunakan. alangkah kecewanya saya ketika itu.

10. lantas. segera saya keluar dari utp. dengan harapan mendapat telefon awam yang boleh digunakan di luar. alhamdulillah. dapat gak. kat kedai ameeth. kawan-kawan kat utp boleh bajet la jauh mana pengembaraan saya untuk mencari telefon awam. kalah ickle dan lardee.

11. rancangan asal telah berubah. SIRIM perlu dilupakan buat masa ni. terima kasih kepada bro-bro malaysianbikers yang memahami. perjalanan menyelesaikan masalah ni akan bermula hari ni. dan diharapkan. dapat selesai sebelum bermulanya TOT khemah ibadah.

12. kepada semua. buat masa ni. nombor maxis aku (0124700xxx) tak dapat digunakan. nombor sementara akan diumumkan kelak. kepada ketua CNP. aku pun akan balik lewat sehari. 3hb juga. mana bleh head saja yang enjoy. kepada kawan-kawan di penang. nanti tolong PM saya nombor telefon kamu semua ok? memang tak hafal. maaf ek.

13. tak ada apa pun nak tulis kat sini. tapi nak tulis gak. sebab ni nombor kegemaran saya. haha. tak ada kaitan. semoga kita semua bergembira pada musim cuti yang lama ni.

sekian.

3 comments:

NuRuL~ said...

ouh... gitu cite nyer~.. harap bersabar k~

Fatul Akrul Ramli said...

boleh je guna nombor lama balik.. pergi je kat service center dia..

ra|nbOw said...

kalah ickle dan lardee.

tu yg tak tahan tu. huhu.
ape pun. lain kali. berhati - hati lebeyh skit taw. ahah. slmt bercuti~