Sunday, December 13, 2009

pengalaman menjadi ahli jawatankuasa khemah ibadah 2009.

masa temuduga. aku tulis dalam borang. aku nak unit pendaftaran dan keselamatan (RaS). kalau boleh. dah tak mau unit majlis dan protokol (CnP) ni. asyik CnP ja dari dulu lagi. nak jugak beralih angin. lagipun. memang dah pakat dengan chaknga. nak bagi dapat unit RaS sama-sama.

tapi mungkin aku memang ditakdirkan jadi orang unit CnP kot.

dalam unit aku. ada 4 orang. kemudian ditambah lagi 2. jadi 6 orang. dalam unit tu. cuma aku dah ketua ja laki. yang lain semua perempuan. dan. kami 2 ni la yang paling tua. tak kisah la benda tu. layan ja.

unit CnP merupakan unit yang bertanggungjawab menguruskan (baca: segala) majlis. kena siapkan urutan perjalanan majlis (flow of event). jemput vip. sediakan pengacara majlis. sediakan pengiring. hadiah. unit CnP juga perlu berhubung rapat dengan unit PnP (promotion and publication) yang buat montaj dan slaid. dan buku program. unit FnB (food and beverage) untuk makanan vip. dan macam-macam unit lagi.

fuh memang banyak kerja nak kena buat.

kerja sudah mula dibuat sebelum musim perperiksaan yang lalu. dah mula jemput vip. mula siapkan flow. buat draf ucapan. macam-macam.

menjelang TOT (training of trainers). minggu sebelum khemah ibadah. persiapan untuk pembukaan semakin rancak dilakukan. semua orang kalut buat kerja. sampailah aku dapat tau 1 berita.

"esok. ana dgn ____. _____. dan _____. ada program lain. so mula esok. sampai 11hb. unit kita ada 2 orang jela." head aku cakap.

LOL.

ini pengalaman pertama aku buat kerja yang besar. dan ada 2 orang ja dalam unit tu. memang celaru benar. dah la ajk tak cukup. bukan CnP ja. unit-unit lain pon sama gak. tapi CnP memang sakit la. sebab kena bersedia untuk majlis pembukaan. aiseh.

tak apa. aku buat jugak kerja. susun flow elok-elok. perasmian akan dijalankan di dewan besar. selepas solat asar. pengacara pun dah dapat. qari pun sudah. tinggal nak mula majlis ja.

tapi Allah memang nak uji aku.

masa tengah solat asar. tiba-tiba. hujan lebat turun. lebat gila-gila. menyebabkan hicom nak buat majlis kat masjid saja. aku. yang memang selalu mengikut pelan. agak terkejut. dan gabra. oh memang memerlukan skil pemikiran kritikal yang hebat ketika itu.

kalau buat kat dewan besar. nanti adik-adik kena hujan. demam. kem tak mula pun lagi. takkanlah nak kena hantar balik dah kot.

kalau buat kat masjid pulak. nanti nak cakap apa dengan geng-geng yang uruskan bahagian teknikal di dewan besar? mesti mengamuk punya. penat-penat setup. tiba-tiba kena kemas balik. pasang kat tempat lain.

akhirnya. aku cakap. buat majlis kat masjid sudah la. elok-elok geng teknikal siap kemas. hujan berhenti pulak. siap terang-benderang lagi. ah sudah. sekarang ni nak buat majlis kat mana ni?

kami teruskan kat masjid. selamat tak ada masalah. lancar ja majlis.

lepas majlis perasmian. kami kalut buat kerja untuk majlis kuliah. mencari pengacara. setup tempat. yang tu kira ok la kot. lancar jugak la perjalanan.

semuanya lancar. sampai la. sorang lagi ahli unit aku tu. terpaksa balik rumah. ada urusan keluarga. secara rasmi. tinggal aku sorang ja dalam unit tu. dan kena buat kerja yang patutnya dibuat bersama-sama seramai 6 orang. wow.

pening benar uruskan semua benda tu. nasib baiklah mendapat sokongan dari unit-unit lain. terima kasih banyak-banyak. mm. masa ketua unit balik utp. patutnya aku tolong dia buat kerja majlis penutup. tapi. masa tu memang dah blank maaf ya bos.

kepada ajk khemah ibadah 2009. di sini, maaf dipinta. kalau flow dia tak berapa lancar. selalu ja gaduh dengan geng-geng PnP sebab tu. maaf ek. haha.

terima kasih kepada ahli-ahli unit lain yang tolong semasa saat genting tempoh hari. pertolongan anda semua sangatlah tak boleh nak balas. walaupun kerja unit sendiri dah banyak. tapi tetap nak tolong jugak unit CnP. terima kasih banyak-banyak.

betul la kata abang hakim. masuk event macam ni bukan sebab nak kejar sijil. tapi nak dapatkan pengalaman. dan pengalaman ni. walaupun agak sakit. tapi manis. wow. apa aku merepek ni.





ok la. cukup takat ni dulu. nanti aku letak entri pasal pengalaman jadi fasilitator lak ek. sekian.

7 comments:

papoki said...

lawa slide di atas.
sapo yang buat tu...??

dinpaiman said...

waa

hang mmg hebat walaupun sorang tp leh wat kerja 6 orang, tak pernah ak jumper komiti cam hang~!!

tahn iah wan.

Niviey16 said...

wahh..bakal MPP ek?? Tahniah!!

-azwanbakhtiar- said...

-papoki
yela yela. cantik slide tu. terima kasih sebab buat bagi nampak cantik. =p

-saudara din
kamu lagi semangat.

-oli
mana ada.

Lek RM said...

salam protokol..

hg memang pemangku terbaek..

caiyok2

Anonymous said...

salam.. wan,
hari hang jadi penyelia VIP,

esok2 insyaAllah
hang plak yang jadi VIP.

abg.chik.

.Nora Kacak. said...

weyh hapee johor plak. hg PENANG la! Woooooooooo