Monday, December 21, 2009

rintihan hati kecil ini.

Aku seorang lelaki yang sangat sayangkan moto. Sejajar dengan itu. Aku tak pernah merelakan moto aku dinodai dengan minyak RON95. aku sangat yakin dan percaya. bahawa dakwaan bahawa minyak itu lebih baik daripada RON97 tu. hanyalah propaganda pihak-pihak tertentu. untuk mengelakkan kemarahan rakyat sejagat. akibat kenaikan harga minyak yang mereka selalu guna sejak zaman-berzaman.

sejak zaman berzaman.

Aku juga yakin. walaupun RON95 dijual di hampir kesemua stesen minyak. RON97 tetap akan dijual di stesen minyak di lebuh raya. rasionalnya. kereta-kereta gred tinggi. perlu menggunakan minyak yang mahal ni. kalau kat lebuh raya tak jual. takkan la kereta tu nak mati tengah jalan?

aku memegang prinsip tu masa balik dari penang ke jb tempoh hari.

Semua stesen yang aku jumpa tak jual RON97. What the?

Agak masalah di situ. Memang gps sangat-sangat membantu hamba Allah yang lemah ini. Selamat jugak sampai rumah.

Sesungguhnya. Aku amat tak puas hati dengan keadaan ni. Ok. Minyak tu lagi mahal. tak ramai yang nak beli. Tapi bukan bermakna tak ada langsung. Kurang-kurang ada 1 pam pon jadi la.

Bukan kami tak ada duit. kenapa perlu susahkan kami?

Ni yang buat aku makin bersemangat untuk buka stesen minyak di atas lebuh raya neh. Jual RON97 ja. Hehe.

Semoga pengusaha stesen minyak membaca entri ni ek. Huhu

2 comments:

enyheartsdiamond said...

hahaha..semoga berjaya ;)

fatynlicious said...

eww. kejam betul. aku penah guna ron95 sekali ja.
pastu aku stay ron97.
tak sanggop nak tukaq.