Monday, November 29, 2010

kiriman dari uk.

abdullah zubair merupakan bekas kapten saya. kapten sekolah. kapten pasukan bola keranjang. dan lain-lain kapten yang ada di sekolah.

sekarang ni dia belajar kat uk.

sejak pertengahan tahun ni. dia asyik mempromosi barangan dari uk, kepada kami yang kat malaysia ni. katanya murah. lalu saya dan rakan-rakan pun membuat tinjauan. boleh tahan jugaklah murahnya. mahal kat kos penghantaran ja. tapi kira masih murah kalau nak banding dengan beli kat malaysia.

lalu saya telah bersetuju untuk membeli sesuatu daripada abdullah zubair. dikepilkan sekali gambar-gambar yang berkenaan:


bungkusan yang diterima. royal mail wei!

t-shirt marvel yang didiskaun 70%

seluar jeans lee cooper. diskaun 70% jugak. haha

£3 x MYR5.00 = MYR 15 ja.

ni la tujuan utama aku pesan barang kat abdullah zubair. berkenan aku tengok kasut ni. hehe dapat kasut baru. yeay!


ok. kalau kamu rasa nak pesan barang kat bekas kapten saya tu. sila ke laman ini untuk melihat katalog. kalau rasa nak pesan barang dari uk yang lain, sila hubungi beliau melalui laman tersebut ek.

sementara tu. aku nak bergembira dengan sepersalinan baru aku tu dulu. calo!

Tuesday, November 23, 2010

iwan si budak band.

8 tahun dahulu, kat sebuah sekolah, ada 2 orang sahabat. seorang bernama iwan, seorang lagi bernama azwan. mereka ni baru saja berkenalan, freshie di sekolah itu, tapi sangat rapat. ini mungkin berkaitan dengan minat mereka yang sama: jambu batu, dan westlife. kebetulan, mereka berdua juga sekelas, dan juga sebilik. maka memang akrablah mereka berdua ini.

semasa minggu orientasi, semua freshie diarahkan agar memilih kelab, dan pasukan beruniform masing-masing. disebabkan mereka ni masih baru, memang mereka ni tak tahu nak pilih apa untuk pasukan beruniform ni. pilihan yang ada adalah pasukan kadet bersatu, kadet bomba, pengakap, bulan sabit, pancaragam, kadet remaja, puteri islam, dan juga pandu puteri. sudah tentulah pandu puteri dan puteri islam ditolak awal-awal. kadet polis pula masih belum diwujudkan lagi ketika itu.

dengar khabar, kadet bersatu asyik dikerah saja. kadet bomba mandom sangat. kadet remaja jalan lain daripada orang lain. pancaragam pulak bajetnya tinggi sangat. bulan sabit ja nampak macam ok, bajet tak tinggi sangat, lepas tu nampak ilmu macam boleh berguna ja lepas ni.

maka iwan dan azwan memilih untuk masuk bulan sabit.

sepanjang minggu tu, orang ramai sentiasa mempertikaikan keputusan mereka berdua itu. kata mereka bulan sabit mandom, sama macam kadet bomba. kalau rasa nak aktif, selalu keluar sekolah beraktiviti. senang dapat kakak angkat, masuklah pancaragam.

wow. semua tu sangat menarik perhatian azwan. mulalah dia bersemangat nak menukar keahliannya. namun begitu. dia tak mau menukar keahlian seorang diri. maka bertemulah dia dengan iwan. untuk menyatakan hasrat hatinya itu. sangkaannya, iwan akan bersetuju sahaja dengan cadangan itu. yalah, mereka kan kawan baik.

namun sangkaan itu tinggal sangkaan. meleset sama sekali.

sambil mengunyah jambu batu dan mendengar lagu westlife, iwan menolak cadangan azwan mentah-mentah. katanya, 'ish tak mau la aku masuk band. kita dah daftar dah dengan bulan sabit. tak payah susah-susah keluar sekolah la. kita masuk sekolah ni sebab nak belajar. bukan nak main alat muzik.'

'ala, jom la masuk band. seronok wei, ramai kakak suka. lagipun, kalau pandai main alat musik, otak kita nanti bertindak tangkas tau.' azwan bagi hujah dia pulak.

pada hari mesyuarat agung pasukan beruniform, mereka berdua terjumpa abang awi, seorang senior pancaragam, di dewan makan. mereka bersembang dengan abang awi, meminta pendapatnya.

'orang semua cakap band ni tak seronok. macam la depa tu masuk band. cuba la masuk band dulu, baru hgpa tau rasa macam mana.'

azwan tersenyum. kali ni. mesti iwan nak masuk pancaragam punya. percayalah!

akhirnya iwan berlembut hati. dia bersetuju untuk menyertai azwan menukar keahlian. pada petang itu, waktu prep. mesyuarat agung dijalankan. mereka berdua berjalan menuju ke kawasan kelas.

ditakdirkan Allah, bilik pancaragam terletak di kawasan yang paling hujung. makanya, mereka sampai di situ dahulu. pintu bilik pancaragam terbuka luas. kelihatan kakak-kakak menanti dari dalam.

'iwan, hg masuk dulu. biaq aku p jumpa cikgu bulan sabit. cakap kat dia yang kita nak keluar. kita masuk band. ok? hg tunggu aku tau!' azwan cakap, sambil meninggalkan iwan di dalam bilik pancaragam.

maka bersegeralah azwan bergerak ke tempat mesyuarat untuk bulan sabit. tak macam pancaragam. tak ramai pun kat tempat bulan sabit. uih tak ada sambutan ka ni?

maka cikgu bulan sabit pun masuklah ke dalam kelas itu. azwan menunggu sampai mesyuarat bermula, barulah dia nak bagitau kat cikgu tu.

mesyuarat dimulakan dengan kata-kata aluan dari cikgu bulan sabit. nampaknya, tahun ni, bulan sabit bertukar cikgu. eh ni cikgu pengakap. kiranya dia pegang 2 pasukan beruniform la ni. memang cikgu ni bersemangat. dalam visinya, dia mahu bulan sabit bergerak seiring dengan pengakap, agar menjadi pasukan beruniform yang paling aktif di sekolah itu.

'kita bulan sabit kena semangat. kalau kita aktif, macam-macam sijil kita boleh dapat. penting tau sijil tu. bukan takat nak guna masuk universiti saja tau. sijil tu laku sampai kita mati tau!'

'ingat kita tak boleh kawad macam kadet-kadet tu ka? ingat kita lembik macam pancaragam ka? dah la lembik. kena angkat instrument yang berat-berat tu masa kawad. apa kes?'

mendengar cakap cikgu bulan sabit tu, azwan jadi cuak. takkan la dia nak p cakap kat cikgu bulan sabit, yang dia dan iwan nak keluar bulan sabit, sebab nak masuk pancaragam? nak kena maki?

akibatnya, azwan diam saja sepanjang mesyuarat tu. iwan tertunggu-tunggu dalam bilik band. menanti azwan yang tak kunjung tiba. namun iwan masih setia menanti, tetapi hampa.

iwan berjumpa azwan selepas di bilik. azwan menceritakan perkara sebenar, dan memohon maaf atas segala yang terjadi.

'abeh tu takkan la aku nak masuk band sorang-sorang ha?'

sejak itu, hubungan azwan dan iwan mula renggang. mereka tidak lagi makan jambu batu, atau mendengar lagu westlife bersama-sama. pada satu ketika, mereka berdua siap bergaduh besar lagi. sampai tak mau tengok muka, walaupun mereka sekelas dan sebilik. oh sungguh teruk hubungan mereka.

namun jodoh mereka panjang. mereka sebilik dan sekelas sampai tingkatan 5 wo. meningkat matang, kedua-dua mereka akhirnya berdamai juga. selepas spm, masing-masing membawa haluan. walaupun berasal dari kelas sains tulen, azwan pergi ke utp, mengambil jurusan kejuruteraan elektrik dan elektronik. dan iwan ke uitm shah alam, meneruskan pengajian dalam bidang muzik.

sejak itu, iwan semakin berkembang maju. selalu buat persembahan. merata dah dia pergi. wow hebat sungguh. azwan masih begitu, belajar tak habis-habis. nak kata cemerlang, tak cemerlang sangat pon. sungguh, azwan berasa cemburu dengan iwan.

'cis kalau aku tak suruh dia masuk band, mesti dia pon dok gila nak buat assignment macam aku ni. haha'

2 hari sudah, mereka berdua kembali berhubung. khabarnya, disember ini, iwan akan terlibat dalam siri persembahan di 3 bandar, di mana kemuncaknya di dewan filharmonik petronas. selepas itu, dia akan terlibat dengan persembahan bersama datuk siti nurhaliza.

kalau azwan berani sikit masa mesyuarat agung 8 tahun dulu, mungkin dia pun boleh buat persembahan dengan siti.

tapi tak apa, kalau kawan sendiri berjaya, azwan pun rasa dah cukup puas hati. semoga iwan terus berjaya, dan tak lupa kat kawan yang suka makan jambu batu, dan dengar lagu westlife tu. :D

lampiran:

hikayat pengetuk batu: 02

maka lomu sang pengetuk batu telah menjadi seorang gabenor. setiap hari lomu akan pergi meronda-ronda, mengutip hasil cukai dan ufti, dari masyarakat setempat. sumber pendapatannya yang paling tinggi adalah daripada golongan petani. maka bersukalah lomu pergi ke kawasan mereka saban hari.

kekayaan lomu semakin melimpah-ruah. lomu semakin gembira.

namun begitu. para petani semakin geram. kehidupan mereka semakin sempit. sesungguhnya gabenor baru ini lebih durjana berbanding gabenor lama. mengutip cukai tak ingat dunia sungguh!

perkara ini tak boleh dibiarkan begitu sahaja. sesuatu perlu dilakukan.

ketua persatuan petani, hadie telah membuat satu mesyuarat. mereka bersepakat untuk menentang rejim yang telah dibawa lomu. kesemua mereka menanti kedatangan lomu pada esok hari.

lomu yang tidak mengetahui apa-apa pergi melawat kawasan petani pada keesokkannya. hajat di hati, ingin mendapatkan sedikit beras pulut, untuk dibuat pulut kuning.

namun kehadiran lomu bukanlah disambut dengan beras pulut, tetapi dengan parang, sabit, dan cangkul. kesemua petani mengejar lomu.

'tak guna punya gabenor, keja nak pow kami ja. ingat golongan petani ni tak kuat ek? kami la yang paling kuat hg tau!?'

maka berkejaranlah lomu berlari menyelamatkan diri. oh ini bukan perkara main-main. boleh mati dibuatnya.

akhirnya lomu berjaya menyembunyikan diri di sebuah gudang terbiar. sambil tercungap-cungap, lomu berkata:

'oh ini tak boleh jadi ni, gabenor tak cukup kuat, jadi petani la kuat!'

tiba-tiba, pari-pari muncul sekali lagi, seraya bertanya. 'apakah benar aku terdengar hajatmu yang ingin menjadi petani?'

'ya sungguh! gabenor tak kuat. petani lebih kuat. berikan aku kuasa!'

'sungguh kau tak akan menyesal?'

'ya! lebih baik menjadi petani yang kuat daripada menjadi gabenor yang bakal dibunuh.'

pari-pari itu pun terkumat-kamit membaca jampi. dan setelah habis sahaja berjampi serapah, lomu bertukar sekali lagi. kali ini, berpakaian buruk, dan memegang sabit.

lomu mengangkat sabitnya ke langit, dan menjerit. 'ya dengan sabit inilah aku akan menggoncang dunia!'

bersambung...

Wednesday, November 17, 2010

bragging rights?

speedtest merupakan satu laman web yang kita boleh guna untuk uji kepantasan kita menaip. aku mula dikenalkan dengan benda ni oleh fatin nadia. masa tu. aku tengok. banyak betul dia boleh taip. hebat sungguh. terasa tercabar. aku taip la jugak.

paling tinggi aku pernah taip. 59 perkataan melayu seminit.


lepas tu tak pernah dapat dah.

sampai la hari ni. bila suhaili salhadi dok tulis kat wall dia. (hoi tak ada kerja nak buat raya-raya ni ek). cakap pasal speedtest ni.

oleh itu. sekali lagi. aku terasa macam nak menunjuk-nunjuk. dan akibatnya. aku buat la speedtest tu sekali lagi. yeah aku berjaya memotong rekod sendiri. maka semakin berlagak la lepas ni. haha


tapi masih jauh gila daripada matlamat yang aku letak dulu-dulu. 100 perkataan seminit. macam tak mungkin jadi. tapi siapa tahu? haha. buat masa ni. aku letak yang 61 perkataan ni dulu la ek. hahahaha

Wednesday, November 3, 2010

pasca setahun.

oh. sudah setahun, lepas aku kemalangan. masa dalam perjalanan ke lata kinjang.


setahun sebelum.


dah setahun ada parut. huhu

oh aku mendapat khabar bahawa salah seorang coursemate aku, asyraf sulaiman, ditimpa kemalangan jalan raya masa kat rumah. dengarnya tak ada kecederaan serius. semoga beliau segera sembuh menjelang minggu peperiksaan yang memang tak lama lagi dah.

Tuesday, November 2, 2010

hikayat pengetuk batu: 01

pada suatu masa dahulu, ada seorang pengetuk batu, yang bernama lomu. kerjanya, adalah mengetuk batu-batan, yang ada di bukit-bukit, untuk kegunaan masyarakat setempat.

setiap hari, lomu bersama rakan-rakan sekerjanya yang lain, pergi memanjat bukit-bukau yang dipenuhi batu, untuk menjalankan tugas harian mereka. sepertimana yang kita boleh agak, kerja mengetuk batu sehingga pecah ini sangatlah memenatkan. ketika itu tidak wujud lagi sebarang alatan yang diberi nama gerudi. yang ada hanyalah tukul besi.

maka mereka semua pun bertungkus-lumuslah bekerja sehari-harian, untuk mencari sesuap nasi.

kehidupan pengetuk batu tidaklah mewah, hanya cukup-cukup makan sahaja. kerana itulah sehingga kini lomu masih belum berkahwin. lomu hanya mampu menyimpan angan-angan untuk beristeri.

kehidupan pengetuk batu menjadi semakin berubah apabila datang seorang gabenor, yang baru dilantik, untuk menjaga kawasan tempat tinggalnya. seperti biasa, gabenor ini, selalu membuat pungutan cukai. pengetuk batu yang melihat keadaan itu terfikir.

'alangkah senangnya hidup aku, kalau aku berkuasa seperti gabenor itu. tak perlu bekerja keras, tapi senang-senang saja boleh kutip duit dari rakyat.'

suara hatinya itu telah dapat didengari oleh seekor pari-pari yang meronda-ronda di sekitar kawasan itu. lalu pari-pari itupun menjelmakan dirinya di hadapan lomu.

'aku mendapat berita bahawa kau inginkan kuasa, adakah itu benar?'

lomu berasa amat terkejut dengan kemunculan pari-pari itu, seraya menjawab,

'ya, sudah tentu. aku ingin berkuasa. aku tak mahu menjadi orang yang lemah lagi. berikan aku kuasa!'

pari-pari itu berfikir sejenak. dan kemudiannya berkata.

'kau pasti kau mahukan kuasa? tidakkah kau berpuas hati dengan kehidupanmu sekarang ini?'

'oh tidak sama sekali wahai pari-pari. hidupku susah, sentiasa ditindas pula. berikanlah aku kekuatan untuk menjadi orang yang berkuasa!'

'kau pasti kau tak akan menyesal?'

'apa yang perlu dikesalkan? aku rasa aku akan menyesal kalau aku terus hidup begini, mengetuk batu, dan terus mengetuk batu.'

'baiklah. kalau itu yang kau mahukan.'

pari-pari membaca jampi. dan menghembus-hembus ke muka pengetuk batu. tiba-tiba, pandangan pengetuk batu menjadi silau. dalam sekelip mata, pengetuk batu tidak lagi berada di rumah buruknya, tetapi, di rumah agam yang sangat besar. pakaiannya juga bukan pakaian biasa, tetapi pakaian yang sangat tinggi mutunya.

'hah pengetuk batu, hajat kau telahpun kumakbulkan. kau telah jadi orang yang berkuasa. kaulah gabenor di kawasan ini!' pari-pari berkata demikian kepada pengetuk batu yang masih terpinga-pinga.

'semoga kau gembira menjadi gabenor!' pari-pari menghilangkan diri.

pengetuk batu tersenyum lebar. kini, dia bukan lagi orang susah. dia telah menjadi orang kaya baru! selepas ini, dia akan menjadi semakin kaya!

masa untuk memungut cukai!!

bersambung...

Wednesday, October 27, 2010

selalu balik bayan lepas. tapi tak pernah perasan. haha


kepada taro. redrizal. nora kacak. fatynadia. fizi. dan lain-lain. mesti tau kan kedai ni kat mana. haha

Tuesday, October 26, 2010

kapitalisme.

klik gambar untuk imej yang lebih besar.

diambil dari wikipedia. berdasarkan sumber. gambar ini dilukis pada tahun 1911. dan aku rasa gambar ni masih relevan sampai sekarang. hm hm

Sunday, October 17, 2010

raja segala penipu: 10 - The Grand Finale

dua purnama telah berlalu. syahbandar telah selesa tinggal di kota seri iskandar. terpana dengan keindahan duniawi di sana, syahbandar terlupa sudah akan bomoh yang bersusah-payah membawanya ke zaman itu. ya, bomoh OKU yang teruk dibelasah menggunakan kayu yang bernama raket tenis. ah, apa perlu dikenang semua itu. bomoh itu tiada. tiada sesiapa yang mengenali peribadi sebenarnya di sini. maka bolehlah dia berkuasa di sini.

oh hidupnya sungguh senang-lenang di kota seri iskandar itu.

walaupun dirinya sudahpun dilupakan. namun bomoh tersebut sentiasa menyimpan dendam kesumat yang membara di dalam jiwanya. patah habis tulang-temulangnya. dua purnama telah digunakan untuk penyembuhan, dan juga untuk mengkaji strategi, untuk membalas dendam terhadap syahbandar.

kini semuanya telah dirancang rapi. masa untuk menyerang!

namun demikian, ada sesuatu yang perlu dilakukan dahulu. dengan menggunakan kuasa minda, bomoh itu dapat berhubung dengan sultan, dan memberitahu segala-galanya. segala persoalan telah terungkai. maka sultan telah menjadi teramat murka. lalu dihantarnya sepasukan tentera, untuk membantu bomoh itu membawa pulang pengkhianat, pembawa musibat itu.

kesemua mereka berhimpun di hadapan pintu gua. bomoh itu tersenyum.

setelah jampi dibaca, mereka semua dibawa pergi, merentas masa. menuju ke kota seri iskandar. untuk mencari, syahbandar durjana itu.

***

syahbandar berasa tidak senang pada hari itu. terasa seperti ada bala bencana yang akan mendatang. namun dibiarkan sahaja. kalau hendak bermain perasaan, sampai bila nak maju? lalu berterusanlah syahbandar itu bersuka ria.

tiba-tiba, awan mendung datang berarak. kilat sabung-menyabung. keadaan itu pasti akan menggetarkan jiwa sesiapa yang berada di situ. syahbandar tidak terkecuali. terpaku dia di situ, melihat keadaan itu secara langsung.

perasaan itu berubah dengan tiba-tiba, apabila syahbandar terperasan akan sesuatu. gaya cuaca itu sangat dikenalinya. ya, itulah keadaannya ketika beliau mula sampai ke kota seri iskandar, suatu ketika dahulu. namun demikian, ketika beliau sampai dahulu, tidaklah mendung sebegini rupa. syahbandar mula berasa takut. apakah yang akan berlaku ni?

dari gugusan awan tersebut, kelihatan kelibat puluhan manusia, semuanya tampak gagah perkasa. dan mereka semakin dekat. syahbandar berasa semakin takut. sudah pasti bomoh itu datang untuk membalas dendam.

maka bersegeralah syahbandar mendapatkan kenderaannya, sebuah lembaga yang diberi nama lagenda hijau, untuk melarikan diri. sayup menghilang.

namun semua itu telah diramal bomoh sejak awal-awal lagi.

menggunakan kuasa ajaibnya, bomoh telah dapat mengetahui kedudukan tempat tinggal syahbandar. lalu mereka bersegera ke sana. kelihatan pelbagai barangan yang ada di dalam rumah itu. kebanyakannya objek dari zaman itu. blackberry, HTC, DSLR sony, dan pelbagai lagi. oleh kerana geram, mereka merampas semua itu, dan bersembunyi di celah-celah semak samun, menanti syahbandar pulang.

3 jam kemudian, barulah syahbandar pulang. dengan keadaan tergesa-gesa, beliau segera masuk ke dalam rumah, untuk mengemas barang-barangnya. alangkah terkejutnya syahbandar, apabila mendapati barangannya semua telah hilang. baru sahaja hendak berpaling ke luar, syahbandar tersedar, rumahnya telah dikepung. maka syahbandar tidak dapat lagi melarikan diri.

apa lagi, semua hulubalang telah membantai syahbandar. setelah lunyai dikerjakan, mereka membawanya pulang ke kota asalnya, untuk dibawa menghadap sultan.

sultan yang memang murka, telah menjatuhkan hukuman buang negeri ke atas syahbandar. maka syahbandar pun membawa diri keluar daripada kota itu. sepanjang perjalanan keluar, semua rakyat yang pernah ditipunya telah berkumpul di tepi jalan, dan memaki syahbandar.

"hoi tak guna, pergi matilah!"

maka berakhirlah kedurjanaan syahbandar selama ini. semoga syahbandar dapat memulakan hidup baru, dan memanfaatkan kepercayaan yang bakal diberi kepadanya, jika ada.

sekian. terima kasih kepada semua yang mengikuti siri ini sejak dari awal lagi. maaf dipinta jika ada kesilapan dari segi tatabahasa dan konteks isi, penulis hanyalah insan biasa, yang tiada kuasa hebat, apatah lagi kebolehan menipu (mohon dijauhkan dari sifat ini). semoga anda semua terhibur, dan mendapat pengajaran daripada siri ini. nantikan siri baru yang akan dilancarkan nanti. terima kasih semua. oh, ada video kat bawah ni. silalah tonton. :)








pautan untuk episod-episod lalu:

teaser
episod 1
episod 2
episod 3
episod 4
episod 5
episod 6
episod 7
episod 8
episod 9

Sunday, October 10, 2010

kau cakap kami penipu. tapi kau pun sama saja.

merujuk kepada artikel yang keluar dalam utusan hari ni.

heh bukan nak kata. bukan susah sangat nak tengok kredibiliti gambar yang dihantar tu. google laa. kalau ada. nanti terus keluar nama universiti tu.

tak pun. buat satu syarat baru. kalau nak hantar gambar kat ruangan tu. sila tangkap gambar kat depan papan tanda universiti. tak pun. tangkap gambar bersama rektor universiti tu. hah nak sangat kejujuran!

malas nak komen banyak. boleh baca bro obefiend punya komen.

oh ya. ni gambar yang aku print screen masa hari raya hari tu. sapa yang tak pernah tengok gambar ni sebelum hari raya?




why so serious? let's put a smile on that face.

Saturday, October 9, 2010

satu hari di kedai makan.

kau rasa lapar. kau pergi beli makanan. kau rasa lapar gila-gila. kau ambil lebih. lepas tu. kau kena cas lebih. sebab ambil makanan lebih.

baiklah. fair enough.

tapi. kalau kau ambil kurang. adakah dia akan cas kurang? oh berniaga memang membolehkan kau kaya dengan cepat.

Tuesday, October 5, 2010

abang pulun kembali lagi.

khamis ni pilihan raya kampus. pilihan raya kampus kat utp ni sangatlah tak meriah. aku tak tau pun ada pilihan raya minggu ni.

dan seperti tahun-tahun lalu. abang pulun bertanding lagi tahun ni.



kita doakan kejayaan beliau. kegagalan bukan penamat segala-galanya. yeah!

Saturday, September 25, 2010

membina masjid. dan isu-isu berkaitan dengan persiapan material.

sepanjang minggu yang penuh dengan test ni. aku sempat jugak la bukak facebook sekali-sekala. antara benda yang paling mendapat perhatian adalah benda ni.



(klik untuk pembesaran imej)

kat sini. kita boleh nampak. yang perempuan (berdasarkan gambar profil) semua inginkan perkahwinan macam ni. fairy tale. suruh bakal laki dia buat satu majlis perkahwinan yang gilang-gemilang macam ni jugak. mungkin ada yang nak lagi besar dari ni. besar macam mana? Allah saja yang tau. yang laki pulak. kebanyakannya diam ja. nak letak video ni kat wall sendiri pun tak mau.

sebab apa?

ninanuziana ada meriwayatkan kat blog dia. menyatakan sebab-sebab kenapa lelaki cenderung untuk kahwin lambat. walaupun keinginan batin lalaki tu sangat memanggil-manggil. tak mau tulis banyak sangat sebab tu. baca sendiri ek.

disebabkan aku seorang lelaki yang sangat teringin nak kahwin cepat. dari dulu lagi aku dah buat perkiraan belanja kahwin. draf perbelanjaan dibuat berdasarkan kadar belanja yang telah dikeluarkan kenalan-kenalan yang baru mendirikan rumah tangga.

secara kasarnya la.

sekurang-kurangnya. kena ada 35k MYR baru boleh ada satu majlis. minimum 10k untuk hantaran. 15k untuk majlis kenduri. dan selebihnya untuk belanja-belanja lain. pakaian pengantin. fotografi (yang memang betul-betul pro, bukan wannabes tau). andaman. dan macam-macam lagi hidden costs. oh lupa pulak. cincin kahwin. tu pun bakal menambahkan perbelanjaan tu.

itu baru perkahwinan yang biasa. ada la band kampung buat show sikit. kompang sikit.

dan seperti biasa. kos tu akan ditanggung pihak lelaki. selalunya pihak perempuan akan cakap: "dah hg nak kawin dengan aku. hg kena la pulun semua. aku tau kawin ja."

mendengar pengalaman orang yang dah kahwin buat aku risau. sampai kena berhutang seumur hidup sebab nak bayar balik kos majlis kahwin. oh dahsyatnya.

lepas tu. tiba-tiba. aku dengar. kawan baik aku nak kahwin. huih banyaknya duit dia. lalu aku tanyakan pengalaman dia pulak. dia cakap. setahun ja dia kumpul duit. hantaran pun tak tinggi sangat. kira ok la untuk isteri yang belajar medic di luar negara. majlisnya ringkas ja. cukup sekadar untuk orang kampung dan sahabat-sahabat tahu. yang dpa ni dah kahwin.

eh boleh rupanya kahwin walaupun kos tak tinggi sangat. meriah jugak.

aku terfikir. berbaloikah untuk orang macam kita ni. nak belanja sampai 40-50 ribu ringgit. untuk satu majlis. di mana. orang datang makan. tangkap-tangkap gambar. sembang-sembang. dan balik terus. tidur.

bagi aku. asalkan cukup syarat kahwin. itu dah cukup. mungkin kadang-kadang orang terlebih seronok nak hebohkan berita gembira. sampai tak perasan berapa banyak yang akan dibelanjakan. dan kesannya lepas tu. dan akhirnya. diri sendiri jugak yang terseksa. para jemputan yang kononnya 'meriah' tu memang dah tak akan ambil tahu keadaan pasangan tersebut selepas kahwin. yang nampak. hanyalah 'kemeriahan' ketika majlis tersebut.

isu kahwin memang buat ramai orang rasa tertekan.

masyarakat perlu berubah. semua orang marah bila ada kes buang anak haram. ok la. mungkin perempuan tu bodoh bagi semuanya kat laki tu. tapi pernah terfikir tak. kos untuk kahwin yang tinggi sangat boleh menyebabkan mereka ambil jalan singkat? 'ala, nanti dah kawin pon romen macam ni jugak.' semoga kita terpelihara daripada semua benda ni. amin.

Islam agama yang mudah. sebab apa perlu kita susahkan?



rujukan:

Thursday, September 23, 2010

Review House MD musim ketujuh.

pagi tadi. aku telah berjaya memuat turun episod pertama House MD musim ketujuh. dengan perasaan rindu yang melampau untuk tengok. aku gagahkan jua tengok walaupun tengah demam. haha.

aku tonton rancangan dari mula sampai habis.

perasaan tak puas hati menyelubungi diri ini. untuk kali pertama aku rasa tak teruja langsung tengok season premiere house.

kali ni. house tak buat differential macam selalu. boleh dikatakan setengah dari episod tu berkisar pasal house dok romen dengan cuddy. kalau orang muda yang dok romen. macam chase dengan cameron dulu tu. boleh la tahan. ni orang tua. LOLZ.

lagipun kes yang diselesaikan pasukan dia kali ni sangatlah mudah. differential yang sangat sekejap. eh dah habis dah cari punca?

argh.

keadaan ni buat aku makin percaya yang House MD akan ditamatkan lepas musim ketujuh ni (sumber di sini). kalau berterusan macam ni. baik tamatkan saja. hahaha

semoga kepercayaan aku ni dimusnahkan menjelang minggu depan.

Wednesday, September 15, 2010

pembakar semangat.

ahad hari tu. azri silmi. dan tunang dia. dah selamat diijabkabulkan.



ah. ini tak boleh jadi!

perbuatan tersebut telah menyebabkan semangat aku untuk kahwin semakin berkobar-kobar. tak sabar nak menghalalkan yang haram. rasa macam nak kumpul duit sesungguh hati saja!

kepada pengantin baru. ingatlah. kahwin ni bukan untuk lepas nafsu ja tau. dah kena pegang tanggungjawab besar dah lepas ni.

apa-apapun. selamat pengantin baru. semoga berkekalan sehingga bila-bila. di dunia. dan di akhirat jua.

=)

Wednesday, September 8, 2010

malam terakhir ramadhan.

malam ni malam terakhir ramadhan. masa ni. mak-mak tengah kalut buat kuih raya. kakak-kakak tengah kalut hias rumah. adik-adik kalut main mercun. abah-abah semua kalut buat tarawikh dan pulun moreh terakhir tahun ni.

aku? duduk saja depan pc. main pes. hadoi.

terasa sedikit kecewa dengan cuti kali ni. sebab tak dapat hadir majlis perkahwinan sahabat baik aku. azri silmi. atau lebih dikenali dalam blog ni sebagai profesor gori. dah la lama gila tak jumpa dia. aku duduk jb. dia duduk czech. woi baru berapa tahun tak jumpa. tiba-tiba nak kawin dah!

3 hari lepas tu pulak. budak-budak batch aku. soksek0206 nak buat mega gathering. buat bbq kat astaka soksek. aku teringin nak p. tapi. masa tu. aku masih dalam perjalanan dari jb ke utp. tak sempat wei nak sampai. awat la hgpa tak bagitau aku awal-awal wei!

akibatnya. cuti pertengahan semester ni. dihabiskan begitu saja. tanpa sebarang aktiviti yang signifikan. tak apa. rehat cukup-cukup. T.T

apa-apa pun. selamat pengantin baru diucapkan kepada muhammad azri silmi bin azami dan bakal isteri. insyaAllah kenduri belah hg nanti aku sampai. semoga berbahagia sampai bila-bila ok?

oh. kepada yang lain. insyaAllah kalau tak ada aral melintang. majlis aku pulak akan diadakan sebelum 2016. amin~

dan oh ya. selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir dan batin. terima kasih kepada semua kerana masih baca blog aku ni sampai sekarang.

:)

Wednesday, August 18, 2010

evolusi pelekat kenderaan utp ii

ok. yang dinanti-nantikan telahpun tiba. inilah dia pelekat kenderaan baru utp yang digunapakai bermula semester ini.



kalau nak tengok gambar pelekat-pelekat kenderaan utp sejak 2007. sila klik sini.

pagi itu.

pagi itu. aku menaip. menceritakan dugaan yang dialami. ketika memohon untuk internship placement. selepas menaip. aku berkeputusan untuk tidur pagi sekejap. pagi itu. kelas bermula pada pukul 11.

apa salahnya aku lelap-lelap sebentar?

maka aku mengunci jam agar berfungsi pada pukul 915. ketika hampir melelapkan mata. hati kecilku tergerak. 'mungkin pada pukul 9 nanti syarikat yang telefon aku semalam tu telefon lagi.' terus aku terlena.

lena-lena macam tu saja. tak serius punya lena.

pada pukul 9. telefon berdering. 'eh sapa lak ni?' terjaga aku dari tidur. argh. ada 15 minit lagi sebelum masuknya waktu bangun. aku cukup tak suka orang kacau tidur aku. maka. terasa seperti ingin memutuskan sahaja panggilan itu. namun bila melihatkan nombor yang tertulis di skrin.

'eh ini nombor pejabat semalam la.'

maka aku pon bangun dengan penuh bingkasnya. berdehem-dehem sikit. menyelaraskan suara. menyikat rambut (apakah?). dan mengambil posisi menarik. aku menjawab panggilan tersebut.

'elo. u muhamad azwan kan? u ada mintak internship dekat ********** kan? u ada dapat offer lain tak?'

'elo. er. yup saya apply situ. dan. tak. baru mula apply semalam. kenapa ek?'

'kami berminat nak ambil u. 8 bulan kan internship?'

'ya. ya 8 bulan. jobscope dia macam mana?'

'nanti u datang ofis. kita bincang. kalau u ok. kita pon ok. bila u free?'

'free? jumaat la kot. 230pm ok?'

'ok. see u there.'

'okeh. thanks a lot.'

oleh yang demikian. aku kena la p penang jumaat ni. selamat aku tak ada kelas hari jumaat. kalau tak susah la jugak. nak kena ponteng kelas.

harapnya semua berjalan lancar. esok kena pergi servis moto neh. dah sebulan tak jalan jauh-jauh. terima kasih kepada |[Effarini lurv you]| , pESAwah, fatynadia dan semua yang terlibat atas bantuan kamu semua.

Tuesday, August 17, 2010

dugaan di kala mencari tempat untuk internship

setelah diberi taklimat mengenai latihan industri pada awal bulan dulu. aku dengan penuh semangat yang berkobar-kobar. telah berusaha sehabis baik. untuk mendapat penempatan di syarikat yang bagus.

kena pulun lebih sikit. sebab cgpa aku teruk.

maka. mengikut nasihat ramai orang. aku buat macam-macam. guna jobstreet. guna kabel (aku ingat dah tak guna dah benda ni. bukan semua orang dok cari wireless ka?). dan menghubungi syarikat-syarikat sasaran secara terus.

akibatnya. buat masa ni. ada la dalam 7-8 syarikat yang aku mintak.

memikirkan kos sara hidup yang tinggi di kota-kota besar. aku memilih untuk memilih kawasan utara sebagai sasaran. bukan saja kos hidup lebih rendah. boleh balik kampung selalu. yeah yeah!

pagi semalam. aku apply satu syarikat ni. syarikat elektronik. kat bayan lepas (hehe). tengahari tu. ada orang dari ofis dia telefon aku. tapi masalahnya. masa tu aku dalam kelas. maka tak dapat la panggilan tu.

sebab apa la buat struktur kelas yang tak ada line telefon boleh masuk ha?

tapi tak apa. lepas kelas. aku telefon la balik nombor tu. tapi hampa. dapat terus kat receptionist. aku lupa lak. memang macam tu kan. tapi aku dah hilang punca. jadi blur terus. akibatnya. aku jadi tak tau nak cakap dengan siapa. dan panggilan tersebut tamat begitu saja.

oh sangat zz.

untuk pengetahuan. sem ni. jadual aku sangat-sangat penuh. dalam sehari. paling kurang. 4 jam berterusan. kira kalau aku nak keluar pergi kelas. memang terus shut down laptop aku. tak perlu bazirkan elektrik selama 4 jam atau lebih.

kalau sepanjang masa aku kat kelas. habis tu bila baru dpa tu boleh telefon aku?

tak apa. nanti kita usahakan lagi ek. yeah!

Sunday, August 15, 2010

bola sepak. dan ketiadakaitannya dengan hidup aku. bahagian 1

setiap kali aku cakap aku tak reti main bola (sepak). semua orang akan buat muka tak percaya. semua buat muka slack.

'mana ada laki tak reti main bola (sepak)'.

tambahan pula. semangat fanatik aku terhadap pasukan kebangsaan jerman. dan juga liverpool. sehingga tahu hampir semua berita tentang pasukan-pasukan tersebut. sangatlah tidak relavan dengan apa yang aku dakwa.

tu belum kira penglibatan dalam blog FCvandetta dan FCgalacticos satu masa dulu.

mari kita menyusuri sejarah. sejak bila aku main bola. dan sejak bila aku tak main bola.

***

seingat aku. aku mula bermain bola (botol mineral) masa darjah tiga. main kat busut besar di penjuru padang sekolah. agak menakutkan bermain di situ. di belakang busut tersebut merupakan sebuah balai polis yang telah ditinggalkan. orang cakap. balai tu masa zaman jepun kat tanah malaya. kiranya. berhantu jepun la tempat tu.

sekarang ni. semua tu dah tak ada. buat blok baru.

kembali kepada permainan bola botol tersebut. memang seronok. kami selalu main sebelum bermulanya sesi persekolahan pada hari tu. dalam pukul 1230 tengahari. dan juga masa rehat. aku tak pasti masa tu Taro dgn RedRizal ada sekali atau tak. main saja. semua yang bermain memiliki satu tujuan:

sepak botol bagi masuk gol yang dibuat guna selipar (kat mana dapat selipar tu pon aku tak tau). disebabkan kekurangan ruang. kami ada 1 gawang saja. maka semua orang asyik nak tendang botol tu. kiranya. penjaga gol tersebut. adalah pemain yang neutral. tidak memihak kepada mana-mana pasukan. kerja dia. jaga gol tu saja. tiada rasuah.

masa naik darjah empat. kami dah tak main bola botol. ada 2 faktor yang memangkinkan kejadian ini:

  1. waktu PJK cikgu bagi main bola sepak guna bola sepak sebenar.
  2. busut kami dah diruntuhkan. untuk memberi laluan kepada pembinaan blok baru yang aku cakap tadi tu.
maka kami bermain la dengan bersungguh-sungguh. masa tu. dah mula buat pemilihan untuk jadi wakil sekolah. disebabkan SK Bayan Lepas ni boleh dikatakan hebat dalam daerah Barat Daya. pemilihan yang dijalankan boleh dikatakan agak ketat.

dan disebabkan itu jugak la. ramai budak beli but. bukanlah but nike mercurial atau adidas adiPure III. cukuplah setakat but kain.

dan disebabkan itu jugak la (lagi). semua orang yang memiliki but kain tersebut. mula bermain ganas. suka-suka saja pijak kaki lawan.

dan disebabkan itu jugak la (lagi-lagi). maka ramai la yang cedera. tak ingat pulak kalau ada yang patah kaki atau apa.

ok. itu dah cukup untuk buat aku takut nak main bola.

dengan prospek sebagai pelajar cemerlang upsr sk bayan lepas. aku mengambil keputusan untuk berhenti bermain bola sepak. sekurang-kurangnya sampai semua orang main secara fair play.

tapi keadaan tu macam tak berlaku ja. aku terlupa yang bola sepak merupakan sukan fizikal. kalau tak boleh tahan cedera. baik tak payah main.

zz.

bersambung..

Saturday, August 14, 2010

gambar resume (percubaan pertama)


hoi sebab apa aku rasa macam tengah buat muka jambu ha?


Friday, August 13, 2010

1 sesi sahur 3 tahun dahulu.

masa tu. kami baru masuk utp. foundation. masa tu jugak la. aku duduk dengan chaknga. dalam bilik paling hujung di tingkat paling atas. wow macam tinggi gila. tapi bangunan tu ada 2 tingkat saja. haha.

pagi tu. kami nak bersahur. tapi terlajak tidur. kami bangun dengan keadaan terkejut. 'uih dah subuh belum ni?' keadaan di luar sangat gelap.

kami bersegera melanggah air masak di dalam botol besar itu. masing-masing minum setengah botol.

fuh, nasib baik sempat!

aku kemudiannya tercari-cari telefon bimbit aku tu. mungkin ada sms yang dinda hantar tanpa sempat aku baca. masa nak unlock telefon tu. aku tengok jam.

630AM.

'er. chaknga. sekarang dah pukul 630 la. sah ka tak puasa kita ha?'

'sah-sah. kita tak tau pun pukul berapa masa kita minum tadi. tengok gelap ja kat luar. zaman nabi dulu mana ada jam yang tepat macam ni. semua ikut matahari ja'

maka kami pun meneruskan puasa kami. dan kemudiannya menyertai ifthar di masjid utp.

Sunday, August 8, 2010

cara nak jadi kaya tanpa MLM.

kau tak ada duit. kesempitan. nak masuk MLM? bukan saja risiko terlalu tinggi. haram pulak tu. lagipun kau tak ada modal yang cukup untuk masuk. maka kau hanya mampu tengok orang bergambar dengan duit pinjam yang sangat banyak.

maka. kau berfikir akan kelebihan yang ada. pada diri kau. memandangkan kau tak ada langsung kemahiran lembut (baca: soft skills) kau bertekad untuk kerja sambilan di McDonalds untuk gaji sebanyak 3.50MYR sejam. kalau rajin. sehari boleh dapat 35.00MYR.

kau tak terfikir pulak. kalau kau jual air kat pasar malam. kau boleh untung berganda-ganda. modal untuk sebungkus minuman tidak sampai 0.50MYR. dan kau jual pada harga 1.00MYR. untung 50 sen.

kalau kau jual minuman dekat 10 orang dalam masa 10 minit (purata). untung kau dah lebih daripada orang yang kerja sejam kat McDonalds. tu baru 10 minit. kalau 60 minit? kalau 3-4 jam?

oleh itu. kalau rasa macam nak kaya. tapi tak perlu susah sangat. kau jual saja minuman di pasar malam. bukan saja mudah. pulangan juga tinggi. asalkan kau pandai buat air (aku rasa tak susah mana) insyaAllah hidup kau akan lebih senang berbanding orang yang bekerja sambilan di McDonalds.

oh ya. jangan guna air paip pulak. ok?

Saturday, August 7, 2010

raja segala penipu: 09. cepat ke depan (fast forward)

kembali kita ke siri ini setelah lama tertangguh. maafkan saya.

***

apabila syahbandar semakin dibenci oleh para penduduk kota, beliau menjadi semakin risau. sudah tiada orang untuk ditipunya. namun, beliau tidak mahu berpindah keluar dari kota tersebut. terlalu banyak sumber pencarian yang boleh digunakan di kota ini. ya. kota ini terlalu makmur untuk ditinggalkan begitu sahaja.

tambahan pula. orang di kota lain juga sudah lama mencarinya.

pilihan yang tinggal hanyalah terus kekal di kota tersebut. maka, di dalam fikiran syahbandar, beliau ingin mendapatkan bantuan bomoh yang tinggal di dalam gua terkecil di atas gunung tertinggi.

ya, memang susah untuk dicari. namun digagahkan jua keringat dan kudrat si syahbandar. syahbandar ni memang seorang yang bersungguh-sungguh kalau hendak membuat sesuatu onar.

dipendekkan cerita, akhirnya syahbandar tiba di tempat yang dituju. kelihatan seorang tua, duduk bertapa di hujung gua. "wah sungguh hebat sekali orang tua ini."

maka dengan bersusah payah, syahbandar berusaha juga untuk memasuki gua tersebut.walaupun badannya besar dan gemuk gedempol, beliau tetap gigih berusaha. akhirnya beliau sampai juga kepada tok bomoh tersebut, dalam keadaan tercungap-cungap.

tok bomoh: hamba tahu apa tujuan kedatangan tuan hamba.

syahbandar: baguslah begitu. bilakah tuan hamba akan memberikan minyak pengasih, atau susuk, kepada hamba?

tok bomoh: apa kata tuan hamba jika hamba berikan sesuatu yang lebih baik dari itu?

syahbandar: ??

tok bomoh: hamba memiliki ilmu yang boleh membawa sesiapa sahaja, ke mana-mana sahaja. pada bila-bila masa yang diinginkan. jika tuan hamba mahu, hamba boleh hantarkan tuan hamba ke masa hadapan.

syahbandar: apakah gunakan hamba ke masa hadapan?

tok bomoh: barulah tuan hamba dapat mengambil ilmu dari masa hadapan. kemudian bolehlah tuan hamba menunjuk-nunjukkan pengetahuan tuan hamba itu kepada rakyat kota. hamba teringat madah seorang pujangga. "knowledge is power". jadi. tuan hamba mahu atau tidak?

syahbandar: mm. baiklah. bagus juga cadangan itu. bolehlah hamba menjadi orang yang paling bijak nanti.

tok bomoh: bagus! mari sini. duduk di sebelah hamba. hamba telahpun lumpuh. tidak dapat bergerak jauh.


maka syahbandar pun pergilah duduk di sebelah tok bomoh tersebut. maka, dengan beberapa bacaan jampi. mereka telah bergerak ke masa hadapan.


***

27 januari 2010

mereka tiba di pekan kecil yang bernama seri iskandar. syahbandar berasa sungguh takjub dan terpegun melihat kemajuan pada zaman tersebut. beliau telah diberikan masa selama satu jam untuk mengambil sesuatu untuk dibawa pulang.

tok bomoh: tuan hamba perlu ingat. tuan hamba hanya ada sejam untuk mengambil apa-apa barangan dari zaman ini!

maka pergilah syahbandar berjalan-jalan mencari sesuatu yang hebat. setelah diperhatikan. terlalu banyak benda yang menarik perhatiannya.

masakan mahu bawa pulang semuanya?

sejam telahpun cukup. syahbandar kembali. tok bomoh memang sedia menanti di bawah pokok tersebut.

tok bomoh: masa sudah cukup. mari kita pulang. bolehkan tuan hamba menunjukkan apa yang telah tuan hamba dapat?

syahbandar: ini dia, sebatang kayu yang diberi nama raket tenis.

tok bomoh: aa? apakah gunanya kejadahan tersebut?

syahbandar: untuk memukul tuan hambalah! hiyah!

***

maka syahbandar telahpun memukul tok bomoh dengan bertubi-tubi. sengaja dipukulnya orang tua lumpuh tersebut. derhaka!

akhirnya, setelah teruk dibelasah, tok bomoh telahpun kehilangan kuasanya. akibatnya, tok bomoh terpaksa melarikan diri. kembali ke zamannya.

selepas jampi dibaca, tok bomoh mula menghilangkan diri, sebelum pergi, tok bomoh sempat bertanya kepada syahbandar:

"kenapa kau pukul aku si bangsat?"

dengan angkuhnya, syahbandar menjawab:

"kenapa perlu aku pulang? di sini penuh dengan kemewahan, dan penuh orang yang sangat sesuai untuk ditipu. di kota kita itu, siapa lagi yang boleh ditipu? sedangkan kau yang telah lama bertapa pun sudah ditipu. kau memang bodoh!"

terdiam tok bomoh.

"syahbandar! kau memang babiiiiii!!!!!!"
akhirnya tok bomoh lenyap sepenuhnya, kembali ke zaman asalnya.

syahbandar memerhatikan pekan itu dengan penuh pandangan jahat..

bersambung..

Sunday, August 1, 2010

lawak bestari.

masa aku masih bersekolah dulu. aku duduk dalam kelas 5 Bestari. orang cakap. kelas tu. kelas makhluk-makhluk yang paling hebat. ok ni kira kelas pertama untuk aliran sains tulen. kelas pertama sains teknikal dok kat sebelah kelas aku.

ok kita potong merepek itu. (baca: cut the crap)

budak kelas aku agak terkenal disebabkan satu tabiat: suka buat lawak bestari. lawak bestari ni. adalah sejenis lawak. yang budak kelas aku ja boleh gelak. aku tak faham sebab apa orang lain tak gelak. padahal isu yang digelakkan tu isu yang 1sekolah tau kot.

ketidakfahaman aku tu berterusan sejak tahun 2006 sampailah tahun ni. 2010. dan ini berlangsung masa aku balik ke sekolah sekejap hari tu. sirih pulang ke gangang.

selepas beberapa tahun. majoriti dah berubah. dari segi saiz badan la. semua dah gemuk. haha. seperti biasa. orang-orang gemuk selalu menjadi bahan lawak.

***
aku: hg tengok tu! adq tak larat nak lompat. dah gemok!! haha

junior: abang adq tu. inersia tinggi. susah nak gerak.

aku: .. (kawan-kawan dia gelak-gelak sikit)
***

aku jugak perasan. kawan aku seorang ni dah jadi rendah sikit. bukan dia ja. aku pon terasa rendah jugak. maka aku pon p la tegur dia.

***
aku: wei prem. awat aku nampak hg pendek sikit ha?

prem: aku pon tak tau la wei.

junior: sebab abang prem duduk kat garisan khatulistiwa. graviti kuat. tarik dia sikit kot. sebab tu orang asia rendah-rendah ja kalau nak banding dengan orang benua lain.

aku + prem: ... (kawan-kawan dia gelak lagi)
***

kepulangan aku ke sekolah hari tu membawa 2 pengajaran.

1. lawak bestari ni untuk orang-orang yang kuat belajar. suka kaitkan dengan apa yang dia belajar.

2. aku dan prem dah malas belajar! dem!

Saturday, July 31, 2010

teori kerelativitian masa ii

sekarang ni. jam kat laptop aku menunjukkan 8.41 pagi. masih awal untuk satu hari sabtu. aku duduk kat kerusi aku. tengok luar melalui tingkap. fikiran yang sepatutnya ditumpukan kepada buku control systems. terbang jauh.

kat malaysia. 8.41 pagi.
kat adelaide. 10.11 pagi.
kat barcelona. 2.42 pagi.
kat houston. 7.41 malam. masih jumaat.

kiranya. masa aku tengah duduk melengung kat depan laptop ni. ada orang tengah tangkap gambar kat tempat pelancongan. tengah berenang pada hari yang panas. tengah mencabut rumput di halaman rumah. tengah berparti sakan. dan tak lupa kat mereka yang tengah buat anak. sama ada halal atau tak.

di kala kita tengah buat semua benda tu. di satu penjuru dunia. sekarang tengah sepertiga malam. masa di mana Allah berada paling dekat dengan hambanya. dan bila habis sepertiga malam di tempat itu. berlaku pula sepertiga malam di satu lagi penjuru dunia. perkara ini berterusan. walaupun segenap pelusuk dunia telah mengalami sepertiga malam tersebut.

oh Allah memang Maha Pemurah. Dia tidak tidur. dan sentiasa dekat kepada mereka yang mencari keredhaanNya.

marilah kita memperbaiki diri kita menjelang Ramadhan yang semakin hampir.

Friday, July 30, 2010

kapitalisme, dan kesannya terhadap pelajar utp.

utp telah mengikut jejak langkah usm dalam usaha pengharaman pembungkus makanan yang berasaskan polistrin. seingat aku, kempen tersebut dijalankan usm pada tahun 2007. dan utp baru saja melaksanakan kempen tersebut pada semester lepas. tiada lagi pembungkus polistrin digunakan di utp.


ini bekas yang diharamkan di utp.

sejajar dengan itu. pembungkus baru telah digunakan di utp. dikatakan. pembungkus ini boleh dilupuskan secara semula jadi (baca: bio-degradable). namun demikian. teknologi baru sentiasa membawa kesan dari segi kenaikan kos kepada pengguna. akibatnya. setiap pembelian yang membawa ke arah pembungkusan. pembeli (baca: pelajar) perlu membelanjakan lebih 30 sen. kos pembungkus yang tidak dapat ditanggung penjual.


ini bekas yang mesra alam tu.

walaupun berlakunya kenaikan kos membungkus. namun perkara tersebut tidak menjadi halangan buat pelajar-pelajar yang rata-ratanya suka makan sambil berada di hadapan komputer mereka.

namun pembaharuan tidak terhenti setakat itu sahaja. selang beberapa bulan kemudian. pembungkus mesra alam itu tidak lagi digunakan. dan digantikan dengan bekas plastik kalis gelombang mikro. bekas itu dimasukkan dengan harapan agar pengguna akan menggunakan semula bekas itu pada masa hadapan.


bekas plastik kalis gelombang mikro.


namun. harapan tinggal harapan. perkara tersebut tidak berlaku di utp. dan berdasarkan pemerhatian. aku tau sebab apa.

1. pelajar utp bukan jenis yang suka mengemas. mengemas di sini bermaksud membasuh semula bekas makanan yang digunakan. majoriti pengguna bekas tersebut akan membuang bekas itu selepas digunakan. kalau kau nak simpan masak megi pon. takkan tiap-tiap hari nak simpan 1 bekas? kalau sebulan. dah ada 30 bekas megi. nak masak 30 bungkus megi serentak ka?

2. adalah normal untuk berasa malu untuk membawa bekas plastik sendiri ke kafeteria. terasa macam akan ditimpa bermacam-macam tanggapan negatif. "wei gila kedekut mamat neh. bekas pun nak berkira." dan sebagainya. dan sebagai akibat. bekas plastik tu tetap akan dibuang.

cukup la takat tu. mungkin ada lagi banyak sebab.
***

apa lagi yang aku nampak? kesan jangka panjang.

terus terang aku cakap. aku rasa. kempen yang dijalankan tidak berkesan. malah merugikan pelajar utp sendiri. bukan saja penggunaan plastik yang kembali berleluasa. pihak kafeteria juga berjaya menambah keuntungan. kita masih macam dulu. eh. mungkin lagi teruk dari dulu. ekonomi para pelajar semakin parah dengan berlakunya perkara ini. memang kapitalis sungguh.

mungkin 30 sen dilihat kecil. namun impaknya besar kepada peniaga dan pengguna. kira sendiri kos tambahan setiap bulan. kalau tiap-tiap hari kau bungkus.

marilah kita kurangkan kapitalisme di utp. untuk kesejahteraan kita bersama.

Tuesday, July 27, 2010

lebih masa.

aku berjalan-jalan. saja malas naik moto. di suatu tempat. aku terjumpa seorang lelaki. lelaki itu memakai pakaian batchnya. oh ini mesti lelaki junior.

hanya junior yang masih terbawa-bawa semangat cintakan sekolah melalui pemakaian baju batch. atau baju kelas prep.

aku perasan. kat baju dia tulis. SAINS KEDAH 0509. ini bermakna. lelaki itu. masuk sekolah sains kedah tersebut. 2005. dan keluar pada tahun 2009.

masa aku form 5. dia form 2.

oh mudanya! serta-merta aku terasa diri ini tua. generasi baru dah mula masuk nak gantikan kami. yang ada masa tak lama sangat ja lagi nak grad. wow cepatnya masa berlalu!

aku berjalan-jalan. saja malas naik moto. sebabnya. aku akan ada lebih masa. untuk tengok persekitaran. yang aku jarang sedar.

Friday, July 23, 2010

solat jumaat di masjid utp.

tengahari tadi aku pergi masjid. solat jumaat. entah macam mana. aku boleh sampai awal. masa aku sampai tu. tengah azan. aku masuk bahagian utama masjid. disebabkan aku ingat macam nak buat solat sunat. aku berdiri jela. tunggu azan habis.

sunyi ja masjid. semua orang menghormati azan. bagus-bagus. tapi masa sampai kat 'Allahuakbar' yang terakhir tu. semua orang pakat dok jawab azan.

uik? masa muadzin sebut yang lain. tak ada orang yang jawab ka? ish. mesti semua orang lupa apa yang nak jawab masa 'marilah menunaikan solat' dan 'marilah menuju kejayaan' tu.

lepas tu. aku cuba la fikir balik apa yang patut dijawab masa bahagian tu.

kosong. dem aku pun lupa jugak. zz


-entri kali ni ditulis guna pc ahmad zuhairi. semoga kumpulan etp beliau mendapat projek ee. amin.

Wednesday, July 21, 2010

perjalanan.

esok. insyaAllah. aku. dan helmi syazwan akan bergerak pulang ke utp. dengan menaiki moto. wow. selalunya aku semangat kalau naik moto jauh-jauh ni. dan macam selalu-selalu jugak. aku jadi ketaq lain macam.

namun. mengenangkan esok aku akan rasmi jaket alpinestars tu. membuatkan aku kembali bersemangat. apa-apa pun. doakanlah keselamatan kami dalam perjalanan esok.

segala doa anda semua amatlah bernilai buat kami. terima kasih.
jumpa lagi! :)

Saturday, July 17, 2010

kegembiraan dalam ketakutan.

aqilah amin pernah meriwayatkan dalam blognya bahawa beliau tiba-tiba dirasuk hantu shopping dan telah menghabiskan banyak wang dalam masa yang singkat. (klik sini). secara tiba-tiba. aku pun dirasuk hantu yang sama. tapi ganas sikit. kalau dia ambil masa 2 jam. aku ambil setengah jam saja. nak tau apa yang aku beli?




ni ha. jaket alpinestars breeze air flo. boleh rujuk kat sini. lengkap padding bahu, siku, dan belakang.

masa nak beli tu. memang seronok sangat. lepas beli. baru aku perasan sesuatu.

keputusan periksa tak keluar lagi la woi! untuk pengetahuan. kalau aku kantoi sekali lagi. status aku sebagai anak emas petronas akan ditarik balik. ini bermakna bermula semester depan. aku perlu bayar semuanya sendiri. adoi!

masa ni baru nak teringat kebarangkalian-kebarangkalian tu semua. huhu. nasib baik aku tak potong lagi tag harga dia. kurang-kurang. kalau aku kantoi periksa. boleh la jual jaket ni balik.


kalau dapat rm600 pun aku dah bersyukur. janji ada orang nak beli. haha.

aku menanti. dan menanti. dan menanti. akhirnya penantian itu sampai ke penghujungnya. dengan berdebar-debar. aku membuka portal pelajar utp. selamat tiada saman tertunggak. kalau tak. makin berdebar-debarlah hati ni. kalau ada saman tertunggak. tak boleh tengok keputusan. zz.

dengan lafaz bismillah. aku membuka fail keputusan aku tu. setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi. keputusan aku cukup-cukup saja lepas. kalau bawah sikit saja. habislah.

maka dengan itu. barulah aku dapat memotong tag harga jaket tu dengan senang hati.



oh. kepada yang berminat nak beli jaket macam aku. sila PM okeh. nanti aku bagitau kedai mana hgpa patut cari. haha.

syukur alhamdulillah.

Friday, July 9, 2010

kata-kata zaaba.

buku : ilmu mengarang melayu
pengarang : zaaba
tulisan : jawi

Petikan:

baginilah juga boleh dilihat dalam beberapa majalah dan surat surat khabar
melayu yang lain demikian juga dalam setengah kitab-kitab baharu sekarang:
terkadang kadang dipakai perkataan arab dan terkadang kadang
perkataan inggeris pada hal melayunya ada atau boleh dicarikan.

jadinya seolah-olah pengarang itu hendak menunjukkan dirinya
sudah terlampau faseh dalam bahasa dagang itu sehingga telah
lupa atau tiada gemar lagi akan bahasanya sendiri ! maka
tiadalah orang kebanyakan faham akan karangannya itu.


ini zaaba dah cakap masa 1947 dulu. terasa ada persamaan? sudah tiba masanya untuk kita berhenti berfikir tentang paul the german octopus. baik kita fikir pasal masa depan bahasa kita.

Friday, June 25, 2010

raja segala penipu: 08

khalayak telah mengetahui (baca: mengagak) keadaan sebenar syahbandar yang didapati melewar di seluruh kota tanpa sebarang tujuan. namun, tak semua ambil peduli apa yang telah berlaku kepada puteri kayangan. sejak dimalukan syahbandar suatu ketika dahulu.

baiklah, kita beralih kepada tuan puteri kayangan pula.

sejak puteri kayangan tersebut dimalukan syahbandar, tuan puteri mengalami tekanan perasaan, yang mengakibatkan kecundangnya tuan puteri, dan akhirnya, terpaksa menukar bidang, agar tidak bertemu lagi dengan syahbandar. ramai orang bersimpati terhadap puteri kayangan.

apa pula yang dilakukan syahbandar terhadap kejadian itu? adakah dia tiba-tiba bertanggungjawab?

walaupun syahbandar suka melewar di sekitar kota, namun beliau mempunyai satu tabiat ketika orang lain sibuk bekerja di bidang masing-masing. beliau cukup gemar berada di balai buku negara. di situ, keadaannya sangat selesa. nyaman. sedap-sedap untuk belajar. dan tidur. namun, disebabkan penduduk kota tersebut sangat malas membaca, balai buku tersebut menjadi tempat persembunyian yang sempurna buat syahbandar.

dan, pada suatu hari, sedang asyik bergembira di balai itu, syahbandar terserempak dengan puteri kayangan, yang datang untuk meminjam buku barang sebuah dua. seperti biasa, syahbandar yang mahu kelihatan hebat, pergi bersua puteri kayangan.

syahbandar: eh tuan puteri dari kayangan. hamba dengar-dengar, tuan hamba telah menukar bidang. adakah betul?

puteri: (macam malas nak jawab, angguk-angguk saja)

syahbandar: bidang kita tu memang susah tuan puteri. memang ramai yang tak tahan. hamba kasihankan tuan puteri. nasib baiklah hamba tidak senasib dengan tuan puteri.

syahbandar berlalu, meninggalkan puteri kayangan yang sememangnya geram.

puteri: cis, cakap banyak pulak. ujian kelayakan kerakyatan pun tak lepas, ada hati lagi nak cakap besar. macamlah aku tak tau status dia. pigidah!

maka dendam yang hampir puteri kayangan lupa, terbakar kembali. kalaulah perbincangan tadi berlangsung di luar, sudah mati syahbandar dikerjakan awan terbang puteri kayangan yang berwarna hitam tersebut. namun begitu tidak mengapa. puteri berpegang kepada prinsip yang telah diajarkan kepadanya oleh seorang penulis barat:

'what goes around, comes around'

'tak apa. kau tunggulah pembalasannya nanti, wahai syahbandar yang tak sedar diri.'

bersambung..


DISCLAIMER: episod ni ada tokok tambah. jangan percaya semua benda dalam episod ni. terima kasih.

Tuesday, June 22, 2010

raja segala penipu: 07

che'yat sudah tidak tertahan lagi. sudah ditipu dua kali oleh syahbandar. oleh yang demikian, beliau telahpun mengambil keputusan untuk berpisah. tidak mahu lagi tinggal bersama syahbandar. sudah tidak mahu buah pisang berbuah kali ketiga. che'yat telah mengambil keputusan untuk tinggal bersama seorang pendekar putih yang tinggal di puncak gunung.

maka che'yat dan pendekar putih itu tinggal bersama hingga ke akhir hayat.

dan kembalilah kita kepada syahbandar.

***

setelah berpisah dengan che'yat, syahbandar berasa sangat gusar sekali. kepada siapakah hendak dia bergantung? semua rakyat telahpun mengetahui akan peribadinya yang durjana itu. tak mungkin beliau pulang ke kampung halaman, keluarganya meletakkan harapan terlalu tinggi. apa pula kata orang kampung nanti? ah, malu. malunyeeee~

sekali lagi syahbandar tersedar dari lamunannya. barulah syahbandar teringat akan sesuatu.

ada penduduk baru yang akan masuk ke kota itu. dengarnya, mereka semua datang dari kota yang bernama kirtam. ya, kota kirtam. dikhabarkan mereka ini datang berbondong-bondong. sungguh ramai.

maka dari jauh, syahbandar memperhatikan kelakuan penduduk yang baru berhijrah itu, ingin memastikan sasaran yang sesuai. setelah beberapa purnama. beliau telah mendapat sasaran baru tersebut.

beliau merupakan seorang pedagang. juga bertubuh kecil, dan juga berperahu. cumanya, kali ini pedagang tersebut memiliki perahu merah. tidaklah diketahui adakah nafsu syahbandar hanya tertakluk kepada pedagang-pedagang kecil sahaja. kalian rasa bagaimana?

baik. kita teruskan pengembaraan syahbandar tanpa mengira orientasi seksnya.

maka berkawanlah mereka berdua. kali ini, bukan setakat berkawan baik dengan pedagang kecil ii sahaja. bahkan jua para sahabat pedagang kecil ii. mereka semua menerima kehadiran syahbandar dalam hidup mereka tanpa sebarang syak wasangka.

namun langit tak selalu cerah.

pada suatu hari, syahbandar datang menemui pedagang kecil ii. secara merayu beliau telah berusaha untuk meminjam sedikit wang, untuk perbelanjaan beliau. kata syahbandar, tempoh pinjaman itu tidak lama, beliau ada saja wang, namun pada ketika itu, beliau tidak dapat mendapatkan wang itu. bank tutup.

maka dengan rela hati, pedagang kecil ii meminjamkan wang kepada syahbandar, dengan harapan syahbandar akan bersegera membayarnya apabila berkelapangan kelak.

masa terus berlalu, walaupun mereka sentiasa bertemu, namun tidak pula syahbandar menjelaskan hutang tersebut. hendak menuntut hutang, malu alah pula. tidaklah pedagang kecil ii kesempitan wang, namun, ingin juga beliau berada dalam keadaan bebas hutang. malas untuk berfikir banyak mengenai itu.

masa terus berlalu lagi.

seminggu..

sebulan..

dua bulan..

tibalah masa untuk pedagang kecil ii pulang seketika ke kampung halaman. wang pula kurang mencukupi untuk perbelanjaan pulang. maka teringatlah beliau terhadap hutang syahbandar terhadapnya. maka bersegeralah pedagang kecil ii bertemu syahbandar, untuk menuntut hutang. kalian semua tahu apa jawapannya?

'hamba tiada duit.'

mendengarkan itu, pedagang kecil ii berasa sangat kecewa. tak mungkinlah tempoh selama 2 bulan itu tidak cukup untuk membayar hutang. dulu mengaku anak ketua syahbandar, anak ketua dayang. takkanlah tak cukup wang lagi?

'hamba bagi pinjam duit kat che'yat hari tu. dia yang tak bayar lagi. tuan hamba pergilah mintak kat dia.'

kali ni. pedagang kecil ii berasa sangat marah. apakah mungkin che'yat meminjam duit dari orang yang dibencinya. dan apakah mungkin syahbandar meminjamkan duit kepada orang yang benci kepadanya? ah ini tidak masuk dek akal.

maka pedagang kecil ii yang sangat marah ini pergi menghimpunkan saudaranya yang datang dari kota kirtam itu. mereka semua sepakat. sepakat untuk membawa syahbandar ke muka pengadilan. pengadilan gaya penduduk kirtam.

berkerumunlah mereka di sekeliling syahbandar. sedikit sinar ketakutan terpancar dari muka syahbandar. namun beliau masih cuba berlagak tenang. masih cuba menyelamatkan dirinya. masih cuba menipu.

namun apabila semua mula membuka kekuda mereka, maka ketakutan syahbandar tidak dapat lagi dibendung. terketar-ketar beliau bergerak ke bank, dengan diiringi mereka semua, untuk mengeluarkan wang.

ada saja wang. boleh pulak cakap tak ada wang. dasar penipu!

ketika memberikan wang itupun, syahbandar masih berbuat gedik terhadap pedagang kecil ii. mengharapkan simpati.

'simpati? simpati my arse!'

maka bertambahlah penduduk kota tersebut yang memutuskan hubungan dengan syahbandar.

bersambung..

Tuesday, June 15, 2010

raja segala penipu: 06

walaupun sudah ramai yang membenci syahbandar disebabkan kecenderungannya untuk menipu secara berlebih-lebihan setiap kali membuka mulut, tidaklah ramai yang mengetahui kedudukan sebenar beliau.

apakah kedudukan syahbandar di kota itu sekiranya beliau tidak berjaya dalam ujian kelayakan kerakyatan? jika dia bukan rakyat yang sah, apakah kegunaan beliau berada di sana? jika beliau memang rakyat yang sah, apa lebihnya beliau daripada orang lain, yang bersusah payah menghadapi tugasan dan pertarungan, sedang dia asyik bersenang-lenang?

adakah dia membayar ufti kepada kerajaan, agar dibenarkan berada di kota tersebut, sambil berlagak hebat? oh perbuatan itu hanya akan menjatuhkan nama baik kota tersebut.

oleh itu, para rakyat bersepakat untuk berfikiran positif, pemikiran yang menjaga kesucian kota tersebut sebagai sebuah kota agung.
syahbandar itu seorang barua yang berada di kota tersebut tanpa keizinan.
ya. seorang barua. hanya mencemarkan nama kota tersebut. para rakyat yang tidak berpuas hati cuba memikirkan sebab yang logik atas perbuatan tersebut.

maka, setelah difikir-fikirkan, mereka telah mendapat beberapa kebarangkalian yang masuk akal:

1. syahbandar memang seorang yang suka bercakap besar. tujuannya satu, untuk membuatkan semua orang memandang tinggi kepadanya, walaupun pada hakikatnya beliau itu tiada apa-apa.

2. sebenarnya, syahbandar memang dari kalangan keluarga yang hebat, namun, setelah beliau gagal dalam ujian kemasukan kota, beliau ditimpa malu yang amat besar, beliau juga tidak mahu pulang ke rumah, disebabkan takut dimarahi keluarganya, yang berkedudukan hebat itu.

namun begitu, perkara yang sangat menyakitkan hati para rakyat adalah, apabila melihat syahbandar sentiasa bergembira, sentiasa berlagak seperti semuanya indah-indah sahaja. bukan sahaja sebegitu, senantiasa memperlekehkan rakyat lain.

macam la kami ni bodoh sangat.

namun begitu, rakyat masih bersabar akan perbuatan syahbandar ini. tidak mengapa. nanti masanya akan tiba jua. kau tunggu sajalah syahbandar.

bersambung..

Saturday, June 12, 2010

raja segala penipu: 05

adalah disebut-sebut bahawa kota tersebut merupakan kota yang makmur, kota yang tersusun pembangunannya, kota yang teratur peradabannya, dan sungguh adil peraturannya.

kota ini juga terkenal sebagai kota yang memiliki pelbagai jenis manusia yang hebat-hebat. telahpun kita ketahui mengenai tugasan khas untuk menjadi warganya. telah juga kita tahu bidang-bidang yang ada di kota tersebut. apatah lagi jenis-jenis rakyatnya, dari puteri kayangan, sehinggalah pedagang kecil. akhir sekali, kita ketahui tentang tugasan-tugasan yang diberi kepada setiap mereka.

sekarang kita kenali acara pertarungan yang diadakan setiap 6 purnama.

acara pertarungan tersebut merupakan acara yang diadakan setiap 6 purnama [sebab apa nak kena ulang balik bahagian ni?]. semua rakyat dikehendaki menyertai acara ini. tak kira lelaki mahupun perempuan. kesemua rakyat haruslah sentiasa bersedia menjelang acara ini. oleh itu, tidaklah hairan kita melihat semua rakyat kota ini gagah-gagah saja, tambahan apabila mereka keluar dari kota itu, mereka sangat dipandang mulia, terutamanya dari penduduk kota lain.

oleh yang demikian, menjelang sepurnama sebelum acara tersebut, dapatlah kita lihat, semua penduduk berlatih. bermain senjata, bertempur tanpa senjata, bertempur sambil mata tertutup, dan lain-lain.

pendek kata, semua orang memandang serius akan acara tersebut.

hanya seorang saja yang sentiasa berbunga hatinya, siapa lagi kalau bukan syahbandar. tiada langsung kegusaran di hatinya, setiap hari hanya bergembira, berfoya-foya di kedai makan. hendak dikatakan beliau bertubuh sasa, gemuk gedempol saja mereka melihatnya. tapi, satu latihan pun tidak dilakukan. adakah beliau nak mampos cepat?

maka ini mengundang perasaan hairan kepada teman serumahnya, che'yat. maka bersegeralah dia bertanyakan syahbandar, ketika mereka makan malam.

che'yat : syahbandar, tidakkah tuan hamba berlatih untuk pertarungan nanti?

syahbandar : ah, tidak perlu. lawan hamba mudah saja.

che'yat : tapi, hamba tengok, sahabat-sahabat sebidang dengan tuan hamba, berhempas pulas sungguh mereka.

syahbandar : oh, itu. itu disebabkan kelemahan mereka sendiri. mereka bodoh! tiada percaturan untuk menghadapi pertarungan ini.

che'yat : maksud tuan hamba, tuan hamba sudah ada percaturan tuan hamba sendiri?

syahbandar : ya.

che'yat : apakah percaturan tersebut?

syahbandar : rahsia. =p

maka che'yat pun bertambahlah hairan, namun, tidaklah pula dia bertanya lebih, takut terkecil hatilah pula syahbandar. biarlah dia melihat sendiri kehebatan syahbandar ketika hari pertarungan tersebut.

maka tibalah hari pertarungan yang dinanti-nanti. begini cara pelaksanaan pertarungan tersebut. para rakyat akan berhimpun di dalam suatu dewan yang amat besar, kemudian dipecahkan mengikut bidang masing-masing. kemudian, seekor makhluk, biasanya raksasa akan dilepaskan. maka, setiap mereka haruslah menghapuskan makhluk tersebut. mereka diberikan masa antara 2 hingga 3 jam, bergantung kepada jenis makhluk yang dilepaskan.

maka berhimpunlah rakyat di depan dewan yang besar itu. seperti rakyat kebanyakan yang lain, che'yat berasa sangat risau. apakah cukup latihanku selama ini? aku tidak mahu mati sia-sia. kahwin pun belum ni!

namun begitu, syahbandar masih bergaya tenang. ini membuatkan che'yat semakin bingung.

pintu dewan mula dibuka, rakyat berpusu-pusu masuk. begitu juga che'yat. dia menarik tangan syahbandar, hendak masuk bersama. namun, syahbandar enggan.

"tuan hamba masuklah dahulu, hamba ingin membuang air sebentar."

maka masuklah che'yat ke dalam dewan tersebut. dengan harapan mereka semua akan berjaya dalam pertarungan tersebut.

che'yat sungguh bersungguh-sungguh. tidaklah dia perasan kewujudan rakyat lain. baginya, hanya raksasa itu yang harus ditewaskan.

maka 3 jam pun berlalu.

alhamdulillah, raksasa tersebut berjaya dibunuh. raksasa untuk rakyat dari bidang lain juga kelihatannya berjaya dibunuh. maka legalah che'yat. pastinya syahbandar teman serumahnya juga berjaya.

bersegeralah dia berlari-lari mendapatkan syahbandar. namun, kehairannya bertambah semula, apabila melihatkan tiada sebarang tanda pergelutan langsung. bersih saja. apabila ditanyakan mengenai itu,

"raksasa yang hamba dapat, mudah saja. sekejap saja sudah hamba selesaikan."

wah, hebat benar syahbandar. namun, takut ditipu lagi, dalam diam, che'yat pergi berjumpa dengan pedagang kecil.

che'yat : bagaimanakah perkembangan syahbandar sebentar tadi? benarkah mudah saja pertarungan tersebut?

pedagang kecil : ####! mana ada. susah tau tadi. dah la hamba demam. terpaksa juga bertarung. hamba tak nampak pun syahbandar tadi. tuan hamba sudah ditipu mungkin.

che'yat : apa?

tak sangka. sekali lagi che'yat tertipu. maka bertambah geramlah che'yat terhadap syahbandar.

bersambung..

Monday, June 7, 2010

raja segala penipu: 04

akibat penipuan yang berlaku antara syahbandar dan penduduk kampung ketika peperiksaan tempoh hari. mereka semua sepakat untuk memulaukan syahbandar. hampir semua orang berlagak seperti syahbandar tidak pernah wujud di negeri itu. sedangkan jiran-jirannya juga sepakat membawa berkat untuk mengusir syahbandar dari halaman mereka.

maka bergusarlah hati syahbandar. siapa lagi yang akan duduk dengannya? siapa lagi yang hendak ditipunya? kepada siapa lagi mahu berlagak palsu?

akan tetapi terperasanlah jua syahbandar akan seorang penduduk kota. yang juga gagal sepertinya. namun begitu. tidaklah pula penduduk itu mengetahui akan kegagalannya. padanya. syahbandar masih seorang yang hebat. seorang berketurunan terbilang.

maka bersegeralah syahbandar bersua penduduk tersebut. untuk menyatakan keinginan untuk tinggal bersama. penduduk itupun. apa lagi. bukan kepalang gembiranya. dapat berkesempatan untuk tinggal bersama seorang syahbandar yang terbilang. disegani ramai. tanpa banyak berfikir. beliau terus saja bersetuju.

maka legalah syahbandar. ada teman serumah. ada teman untuk berlagak palsu. ada teman untuk ditipu.

setelah beberapa ketika tinggal bersama. mereka telah diberikan beberapa tugasan. namun begitu. tidaklah sama tugasan mereka. kerana mereka berdua berlainan bidang.

walaupun demikian. teman serumah syahbandar (yang bernama che' yat) sangat mengambil berat akan perkembangan syahbandar. selalu saja dia bersembang mengenai tugasan masing-masing dengan syahbandar. dan selalunya. perkembangan syahbandar bukan sahaja positif. tetapi SANGAT POSITIF.

maka berbanggalah che' yat yang tinggal serumah dengan syahbandar.

pada suatu hari. che' yat bertanyakan syahbandar mengenai satu tugasan yang diberi nama "viktur kulukus". ya. sungguh pelik namanya. viktur kulukus. oh tugasan kat kota ni memang aneh sekali. sudahlah aneh. mereka diberikan pemarkahan apabila selesai tugasan tersebut.

che' yat : syahbandar. bagaimanakah tugasan viktur kulukus tuan hamba?

syahbandar : bolehlah che' yat. susah juga. namun tetap boleh dilunaskan hamba.

che' yat : (mula berbangga) oh. berapakah markah yang diperoleh tuan hamba?

syahbandar : (buat-buat segan) tiadalah banyak hamba perolehi. melainkan hanya tiga puluh lebih daripada empat puluh sahaja. (30++/40)

che' yat : oh sungguh pintar tuan syahbandar. (tersenyum bangga)

maka tersangatlah bangga che' yat apabila memiliki teman serumah yang sangat tajam akalnya. maka bersegeralah che' yat berlari ke seluruh kampung. menghebahkan kejayaan syahbandar. yang baginya. sangat pintar itu.

syahbandar dapat markah hampir penuh! syahbandar dapat markah hampir penuh!

akhirnya che' yat bertemu dengan para penduduk yang mengambil bidang kemudahan awam. cuba untuk berbangga. che' yat bertanyakan markah viktur kulukus penduduk lain pula.

27.

25.

21.

15.

9.

ah. rendahnya markah mereka. apa yang mereka lakukan di kota selama ini? membuang masa? membuang tenaga? ah ruginya mereka. alangkah bodohnya mereka! tidak menggunakan kesempatan yang ada untuk menuntut ilmu pada tahap tertinggi? ingin sahaja che' yat menyuruh sekalian pengamal bidang kemudahan awam mengambil syahbandar sebagai contoh teladan mereka.

maka terjumpalah che' yat dengan pedagang kecil.

che' yat : kenapa kamu dapat markah teruk sangat?

pedagang kecil : tiadalah teruk sangat. lebih sikit daripada separuh.

che' yat : dapat sembilan belas (19) pun tuan hamba cakap lebih daripada separuh? memang patut tuan hamba mendapat markah sedemikian. tak pandai mengira!

pedagang kecil : aaa?

che' yat : tengok macam teman serumah hamba. syahbandar. dia boleh dapat markah hampir penuh. tiga puluh lebih daripada empat puluh.

pedagang kecil : aaaa?

che' yat : barulah hamba tahu. kenapa tuan hamba benci sangat kepada syahbandar. rupa-rupanya tuan hamba cemburu akan kebolehan dan kepintaran yang dimiliki syahbandar. SHAME ON YOU!!

ketika itu. ramai pengamal bidang kemudahan awam terperasan akan kejadian tersebut. lalu bergegaslah mereka. pedagang kecil mula marah kepada che' yat yang tidak mengikut skrip. masakan pula boleh berbicara barat ketika sesi penglipur lara?

pedagang kecil : wei. buat-buat bicara barat pula. apa tuan hamba ingat ini negara barat? tuan hamba tahu tak? tuan hamba sudah kena tipu bulat-bulat dengan si syahbandar durjana tu?

che' yat : aaaa?

pedagang kecil : tugasan viktur kulukus tersebut hanya memperutukkan 30 markah sahaja. mana pula datangnya 40 markah? bukan hamba yang bodoh. yang bodoh itu tuan hambalah! percaya bulat-bulat kepadanya.

pedagang kecil terus menunjukkan kertas markah tugasan viktur kulukusnya kepada che' yat.

alangkah malunya che' yat ketika itu. mana mahu diletakkan mukanya? maka. sambil mengangkat tangan gaya sivaji. che' yat berkata:

"babiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii~"

bersambung..

Tuesday, June 1, 2010

raja segala penipu: 03

kota tersebut merupakan sebuah kota yang diperintah oleh sultan yang sangat bijaksana. sebenarnya, kota tersebut telahpun mendapat naungan dari satu syarikat besar. maka, kesemua rakyatnya mendapat subsidi saban purnama. sememangnya rakyat jelata sangat bergembira dan berbangga menjadi rakyat kota tersebut.

namun tak semuanya datang bergolek-golek.

semua rakyat perlulah membuktikan kebolehan mereka dalam pelbagai bidang. pembinaan, pertanian, perkapalan, perlombongan, kemudahan awam, perdagangan, dan juga perhubungan awam. semua yang baru berpindah diberikan tempoh setahun untuk bersedia untuk ujian tersebut. sekiranya berjaya, mereka akan mendapat status kerakyatan tetap. namun, jika gagal, mereka akan dihalau keluar secara segera.

sultan memang seorang yang berfikiran jauh dan sangat pantang terhadap makhluk gagal.

sedikit mengenai ujian tersebut. rakyat jelata akan memilih pengkhususan ujian mengikut kebolehan dan minat mereka. ujian biasanya diadakan dua kali setahun, yakni pada purnama kelima dan kesebelas. tempoh yang diberikan adalah 3 purnama untuk setiap kali ujian. rakyat akan diberikan tugasan mengikut pengkhususan.

syahbandar juga tidak terkecuali.

berbekalkan status 13 alif wahid dalam peperiksaan umum di negeri asalnya, beliau sedikitpun tidak merasa risau mengenai ujian tersebut. beliau dan pedagang kecil (ketika mereka masih bersama) telah memilih untuk menjalani ujian kemudahan awam. fikir mereka, apalah sangat kerja memasang lampu jalan. ataupun menghantar pesanan antara sultan dengan sultan negeri lain. mudah sungguh untuk jadi rakyat di sini.

syahbandar sangat yakin dengan dirinya sendiri, sehinggakan sanggup membuat pernyataan bongkak berikut:

"ah, usahkan 3 purnama, setengah purnama pun boleh hamba siapkan"

para sahabat yang mendengarkan pernyataan tersebut, berasa sangat takjub. hebat sungguh syahbandar! pandai sungguh keluaran negeri beliau. setengah purnama tu! maka berduyun-duyunlah mereka mahu belajar ilmu syahbandar. syahbandar berasa bertambah bongkak.

"jangan datang dekat, masih banyak yang hamba belum pelajari. berikanlah hamba masa."

syahbandar baru teringatkan sesuatu. sejak datang ke kota tersebut, tidak banyak yang telah dilakukan. hampir setengah tahun bermain bersama pedagang kecil, suku tahun digunakan untuk mentertawakan puteri kayangan. kiranya, beliau masih belum bersedia. namun keegoan yang menebal membuatkannya tidak mengaku kalah.

tibalah hari ujian tersebut.

rakyat jelata berhimpun di tanah lapang. mereka mendapatkan taklimat daripada pengarah bahagian ujian. terdapat beberapa syarat dalam ujian tersebut:

  1. rakyat tidak boleh berhubung mengenai tugasan semasa ujian.
  2. seorang rakyat tidak boleh meniru hasil usaha rakyat lain. jika didapati bersalah, terus dilucutkan kerakyatan.
  3. merokok tidak dibenarkan. oh kota tersebut sangat suci udaranya sepanjang ujian tersebut.
  4. dan lain-lain.
setelah siap taklimat dan pembahagian tugasan, bermulakah ujian tersebut. semua rakyat mengambil tempat masing-masing, dan memulakan tugasan.

semua mata tertumpu kepada syahbandar, masing-masing mahu melihat kebolehannya. akan tetapi, berdasarkan runut wajahnya, kelihatan dia sedikit kesusahan. berkerut-kerut dahinya. peluh menitik-nitik.

setengah purnama kemudian, mereka datang untuk melihat syahbandar dari jauh. hendak melihat saat-saat akhir beliau menyiapkan tugasan. kelihatan perkembangannya sangat perlahan. ada yang mula mempertikaikan kredibiliti beliau sebagai orang yang berkebolehan menyiapkan tugasan dalam tempoh setengah purnama.

"mungkin dia saja buat perlahan-lahan kot. sikap cermat macam ni la yang patut dicontohi"

cukup sepurnama, mereka kembali lagi. masih begitu, berkerut-kerut dahi, berpeluh-peluh. apakah maksud ini? seraya mereka teringatkan pernyataan beliau tempoh hari.

"hamba memang boleh siapkan awal, namun, hamba tak mahu kalian mengatakan hamba sombong."

kejadian tersebut berulang sehinggalah cukup 3 purnama. syahbandar menghantar hasil tugasannya bersama-sama rakyat lain. apabila ditanyakan sebab berbuat demikian, syahbandar menjawab:

"oh sedikit susah tugasan tahun ini, namun bagi hamba, masih senang, cuma memerlukan daya pemikiran yang tinggi."

penilaian tugasan berlangsung selama 2 purnama. pelbagai sudut diperhatikan. akhirnya, keputusan dicetak, dan dipamerkan di sekitar kota.

seperti biasa, kesemuanya mencari nama mereka sendiri, barulah kemudiannya mencari nama orang lain. hampir kesemuanya diterima. ada juga yang gagal, namun mereka tidak dihalau, tetapi disuruh menjalani ujian tersebut sekali lagi. setengah tahun kemudian.

dan seperti biasa juga, semuanya mencari nama syahbandar. nama sebenar beliau adalah abdul syahbandar bin abdul bapa syahbandar.

tiada ditemukan. langsung.

namun apabila ditanyakan kepada syahbandar. inilah jawapan yang diberikannya:

"keputusan hamba terlalu baik, tidak ditulis di dalam kertas itu, melainkan pada kertas khas yang hanya sultan sahaja dapat melihatnya."

ada yang tidak berpuas hati, pergi berjumpa dengan pengarah bahagian ujian untuk mendapatkan kepastian, dan ini jawapan yang diterima:

"eh tak pernah ada pun senarai khas untuk tatapan sultan."

ketika itu, rakyat jelata, khususnya yang mengambil bidang kemudahan awam, mula sedar akan pembohongan yang dilakukan syahbandar. mana mungkin terlalu bijak sehingga tahap itu. kalau berjaya siapkan tugasan dalam setengah purnama itu, lainlah.

namun, mereka semua kehairanan. kenapa syahbandar tidak dihalau atau disuruh mengulangi tugasan? bahkan bersenang-lenang sahaja di kota itu. ini sangat berbeza dengan pendirian kerajaan yang tidak mahu makhluk-makhluk gagal berkeliaran di dalam kota itu.

khabar angin bertiup kencang mengatakan syahbandar menggunakan pengaruh kedua ibu bapanya yang merupakan ketua syahbandar dan ketua dayang untuk mengekalkan statusnya sebagai rakyat di kota itu.

ini menimbulkan kemarahan para rakyat. orang lain bersusah-payah berusaha, dia duduk bersantai sahaja. kemudian mengaku pandai pula tu. ini bukan setakat sombong.

ini..

ini..

ini..

bodoh.

ini bodoh sombong.

"penipu! tak guna kau syahbandar. tak apa. tunggulah engkau.." kali ni makin ramai yang mengangkat tangan gaya sivaji.

bersambung..