Sunday, January 31, 2010

REVIEW : i dreamed a dream.

aku adalah peminat susan boyle. bagi aku. suara dia. sangat-sangat tiptop. sejak pertama kali aku dengar lagu 'i dreamed a dream' yang dia nyanyi. masa ujibakat britain's got talent tu. sampai sekarang. aku mesti rasa nak menangis dengar lagu tu.

oh sangat hebat insan bernama susan boyle ni.



album dia yang bertajuk 'i dreamed a dream' dah dilancarkan hujung tahun lepas. tapi baru-baru ni ja aku dapat dengar. haha. pemilihan tajuk yang sangat sesuai dengan dia. jika disoroti sejarah hidup susan boyle ni. dia memang tak ada pakej langsung. kurang sihat. tak cantik. tak kurus. rambut macam apa lagi. tapi Allah maha adil. dia dikurniakan vokal yang sangat hebat. ok cukup la tu. kamu semua boleh wiki.

aku nak komen pasal album dia ni.

simon cowell. hampir semua penyanyi yang aku kenal dan bernaung di bawah dia sebagai penerbit eksekutif. mempunyai 1 persamaan. mesti menyanyi lagu lama. lagu lama betul-betul lak tu. salah satu lagu dalam album ni. 'the end of the world'. lagu kegemaran aku. dan secara terus terang. aku suka versi asal. haha.

lagu 'i dreamed a dream' versi album juga mengecewakan. ada perubahan tone. susan tak tarik sangat. aku tak rasa nak nangis langsung. dah tak ada kick. dush!

apa-apa pun. lagu-lagu dalam album ni sesuai didengar kalau kamu semua dalam mod 'cruising'. bawak kereta atau moto atas lebuh raya. tanpa kelajuan yang gila-gila. layan wo. haha. kalau kamu bawak hayabusa. aku mintak maaf. tak sesuai. nanti terbakar lak enjin moto sebab bawak perlahan sangat.

selamat maju jaya kepada susan boyle. walaupun dah tua. masih tak terlambat nak berjaya. pengajaran besar yang kita semua boleh teladani. haha.

Thursday, January 28, 2010

konvoi petang.

petang tadi. lepas kelas. aku berjaya menonton semula filem wild hogs. oh sangat seronok. sampai terbawa-bawa dalam mimpi. memang termasuk dalam impian aku untuk buat ride satu semenanjung. dan sabah sarawak sekali kalau boleh. oh memang sangat bergaya.

oleh itu. bila ada orang ajak pergi makan sate kat bota. aku seronok sangat. boleh ride petang-petang bersama kawan-kawan. sejak aku kemalangan hari tu. ni kali pertama aku berkonvoi. haha.

sate bota merupakan makanan yang paling dikenali di bota. walaupun terletak 12 km dari utp (berdasarkan meter moto aku). ini kali pertama aku sampai ke kedai tu. haha. tapi memang seronok la makan.

pada harga 0.30MYR secucuk. kami semua memesan 20 cucuk sate seorang. haha. kalau ikut nak lebih lagi. tapi bajet kurang mengizinkan. ok kembali ke topik kita.



ni 140 cucuk. sate yang berdiri tu sate perut lembu. haha.

bila dah kenyang. kami bergerak pulang. masa dah tak cukup. takut tak sempat nak buat maghrib di bilik membuatkan kami mengambil keputusan untuk singgah sebentar di masjid di seri iskandar. masjid ni baru siap dibina. masa aku masuk utp dulu. baru nak pasang kubah besar dia tu.



berdasarkan gambar ni. apa yang kamu semua dapat simpulkan? ya. kepada yang tak perasan.

masjid ni kosong!

apa nak jadi ni. kepada yang masih tak perasan. malam ni malam jumaat. selalunya. malam ni akan ada majlis bacaan yasin kat masjid. tapi malam ni. kat masjid ni. tak ada orang. ada seorang pakcik ja. dok susun-susun sejadah. tok siak la kot.

serta-merta aku teringat.

"pada akhir zaman nanti. akan terbinanya masjid-masjid yang sangat indah. tapi tak ada orang nak pergi."

memang benar la pernyataan ni. tapi aku tak dapat nak quote dari mana. tolong bagitau ek.

faktor lokasi mungkin menjadi penyebab berlakunya fenomena ni. jauh daripada kawasan perumahan. susah nak jumpa pusingan u yang berhampiran. tapi sayang la. masjid cantik. tapi tak ada orang nak datang solat berjemaah.

kami beransur pulang ke utp dengan perasaan yang sedih. pertama kali jumpa masjid yang tak ada majlis bacaan yasin. atau sebarang majlis ilmu. seperti yang dilakukan di masjid-masjid lain. mungkin pengurusan masjid perlu bertindak lebih proaktif dalam menangani isu ni.

sekian. selamat bercuti semua.

taubat.

hari itu. hari jadi kawan aku. aku bergerak ke bilik beliau. saja nak membuat ucapan hari jadi secara peribadi. aku bukan jenis yang suka sambut hari jadi orang tengah-tengah malam.

kadang-kadang masa hari jadi sendiri pon aku tidur awal. kalau ada orang telefon untuk buat ucapan pon. aku cakap dalam keadaan mamun. haha.

ok. aku sampai kat bilik dia. tak jauh pun.

oh tak ada orang. tapi bilik tak kunci. dia p mandi la kot. tak apa. aku lepak dalam bilik dia. aku nampak majalah atas katil. aku pun landing la atas katil dia. membaca majalah tersebut. terasa macam sedang menyahut seruan kempen membaca masa tu. haha.

telefon berbunyi. telefon dia. aku biarkan saja. ada orang miss call kot. tapi. macam lama lak. aku pergi tengok telefon bimbit dia tu. eh. mak dia telefon la. mengenangkan kemungkinan berlakunya sesuatu yang penting. aku mengambil keputusan untuk mengangkat panggilan tersebut.

aku kata. "hello?"

"happy birthday to u. happy birthday to u. happy birthday to *********. happy birthday to u.."

adoi. mak dia nyanyi lagu hari jadi lak. segannya aku. terasa pelik lak. aku nak kena cakap apa neh?

"err.. makcik. ni bukan *********. saya kawan dia."

selepas saling bermaafan. aku terasa segan gila-gila. sama-sama tak sangka nak jadi macam tu kot. bila kawan aku tu balik bilik. aku cuma cakap. "oi. mak hang telefon tadi." dia telefon la mak dia.

dan kali ni mak dia tak nyanyi dah.

sejak kejadian tu. aku jadi fobia bila mana-mana telefon bimbit kawan aku berbunyi. taubat lahum aku tak mau angkat dah. minta maaf ya semua!

Tuesday, January 26, 2010

hari pertama menjadi pelajar ulang.

signals and systems (isyarat dan sistem). merupakan sejenis subjek yang sangat menakutkan. untuk pelajar kejuruteraan elektrik dan elektronik universiti teknologi PETRONAS. susah sangat. apa benda pun tak faham. semua orang berdoa agar segera selesaikan subjek ni.

tapi bukan semua doa dimakbulkan begitu sahaja.

aku termasuk dalam sekumpulan pelajar yang perlu mengulang subjek tersebut pada semester ni. yeah. kegagalan dalam subjek ni tempoh semester memang sangat menarik pointer aku ke bawah. yeah!

semester ni. kelas pertama aku. adalah kelas signal tersebut. cis. malu la nak masuk kelas dengan budak-budak junior. budak-budak ni dah la jenis bijak bestari. terasa sangat kecil.

aku masuk kelas bersama lagi 2 orang yang senasib dengan aku. lagi 5 tak sampai lagi. lambat sikit kot. haha. masa tu. pensyarah subjek kritikal tersebut telah berada dalam kelas. bersembang ringan bersama pelajar-pelajar junior yang bijak bestari tu. uih cemerlang gila. datang kelas awal. dem.
seperti biasa. kami masuk kelas. memberi salam hormat kepada pensyarah seperti biasa. lepas tu dia cakap:

"your faces look familiar. do you all repeat this paper this semester?"

what the? masa tu semua pelajar bijak bestari pakat kalih. melihat muka-muka makhluk gagal. pergh. jadi tumpuan. malu gila. haha. lepas tu. boleh lak pensyarah tu tanya lagi:

"why do you repeat this paper?"

apa yang kami nak jawab. takkan nak kata. "we are stupid. even after study 1 semester. we still stupid." wakaka. maka senyum jela.

pembelajaran hari tu memang tertumpu kepada kami. sikit-sikit. tanya kami. "you have done this thing last semester right?"

ah memang asyik kena pangkah saja pagi tu. sejam yang sangat buat kami terseksa jiwa dan raga. walaupun awek-awek junior yang bijak bestari tu memandang kami dengan pandangan yang hina. kurang-kurang mereka tu lebih sedap dipandang berbanding yang ada dalam batch aku.

blessing in disguise kot. haha.

petang tu. aku dan seorang lagi (nama dirahsiakan) pergi berjumpa pensyarah tersebut. hajat di hati. ingin mengetahui kebarangkalian untuk lulus. jika kami membuat rayuan penyemakan semula kertas peperiksaan semester lepas. bila kami memasuki kubikel beliau. benda pertama yang dia cakap:

"oh. my best students. what can i do for u?"

oh man. kena pangkah lagi.

setelah berbincang mengenai kebarangkalian masa depan kami. kami pun mengundur diri. keputusan yang diambil adalah untuk menyemak semula kertas perperiksaan tersebut.

kami berdua sangat berharap agar rayuan kami diterima. dan kami diluluskan dalam subjek tu. walaupun kebarangkaliannya rendah. tapi kami tetap mahu berusaha.

dan aku juga berniat. berdasarkan kemampuan diri. aku nak berpuasa nazar seminggu. kalau rayuan aku tu diterima. kamu semua jadi saksi ek.

semoga azwan bakhtiar dan para sahabat yang membuat rayuan semakan semula kertas signals and systems menemui kejayaan. amin.

Monday, January 25, 2010

pasukan bola sepak smstsss 2006.

batch 0206 (2002-2006) sekolah aku memang tak gemar sangat bermain bola sepak. petang-petang. mesti main sama ada. ragbi. atau bola keranjang. tak dilupakan ada gak yang main bola poket kat dalam bilik. bola sepak memang kurang dilayan sangat. hoki? lagi la tak layan. nak main kriket. peralatan tak ada. sebab tu abang kucing sangat geram. haha.

masuk bulan 3. dapat berita. ada pertandingan msspp. (majlis sukan sekolah-sekolah pulau pinang). semua sukan ada wakil. bola sepak saja. yang belum. menjadi sekolah yang memilih pemain sekolah mengikut senioriti. cikgu perlu/mahu memilih pemain-pemain yang terdiri dari pelajar tingkatan 4-5. kami la tu.

tapi nak pilih siapa?

akhirnya pemilihan tak dibuat. dah semua orang dok main ragbi dengan bola keranjang ja. budak-budak olahraga memang kurang layan sangat sukan lain. PK kokurikulum tak bagi geng ni main sukan lain.

nanti rosak badan!

sehari sebelum perlawanan. pelajar-pelajar yang telah disenaraipendekkan daripada senarai yang memang pendek. turun padang. berhenti kejap main ragbi. berhenti kejap main bola keranjang. untuk berlatih.

untuk main sepak-sepak saja. main petang.

semua letak sasaran untuk kalah awal. yela. dah tak berlatih. takkan la nak target perlawanan akhir kot. dalam 20 tahun. mungkin sekali boleh jadi macam tu. macam pasukan bola sepak malaysia.

harapan pasukan bola sepak smstsss hancur musnah.bukan saja berjaya melepasi peringkat kumpulan. tapi mara sampai ke perlawanan akhir. adoi. pelik betul. tu kalau tak berlatih. kalau berlatih. tak tau la macam mana.

tapi sejarah telah membuktikan. nasib baik ni selalunya tak lama sangat. perlawanan akhir menemukan smstsss dengan smk guar perahu. buat yang masih tak tau. sekolah ni memang sangat mengkhususkan pembangunan bola sepak. muka semua selekeh. tapi hebat main bola sepak. perlawanan tu berkesudahan dengan kemenangan pasukan guar perahu.

7-0.

ya. 7 gol. tanpa bolos. aku rasa boleh ja budak-budak tu nak bantai lebih. saja tak mau bagi lagi malu kot. tapi kira ok la. untuk pasukan yang langsung tak buat latihan intensif. hanya main petang-petang. sepak-sepak macam tu ja.

macam mana aku boleh ingat lagi. walaupun aku tak main bola sepak langsung? perlawanan akhir ni mendapat liputan dalam akhbar tabloid terkenal malaysia. harian metro.

"SMK Guar Perahu benam SMSTSSS 7-0"

aiyo malunya!

Friday, January 22, 2010

bercuti. (lagi)

aku nak berhenti blog sekejap. jumpa lagi pada waktu lain.

Friday, January 8, 2010

malam ni.

malam ni. aku p bank in duit. kat atm petronas jalan skudai. untuk abang tajul. sebab nak beli benda ni. dah setahun pakai moto baru ingat nak beli penutup radiator ek. aduhai.



bila keluar dari kedai mesra tu. aku ternampak moto ni. yang aku memang bajet boleh jumpa kat showroom ja. tak sangka boleh jumpa atas jalan. wow.


suzuki GSX1300R (hayabusa)

moto 1300cc berkelajuan maksimum 300 kilometer sejam (tanpa modifikasi) ni harga dia dalam rm 94 ribu. serius tak sangka boleh terserempak malam ni. bila la nak boleh merasa moto hebat macam ni ek. selagi cukai gila-gila tinggi. tak mungkin kot.

oh entri ni juga sebenarnya bertujuan nak promosi patch terbaru untuk PES 2010. dah kemas kini banyak. sekarang pasukan kebangsaan malaysia dah ada. tak sabar nak main. kepada yang berminat boleh muat turun kat sini. aku letak sikit screenshot untuk patch terbaru ni.





oh ya. sebelum terlupa. kepada yang berminat dengan konvoi ala-ala cerita wild hogs. dijemput masuk blog abang ohsai79 (klik sini). menarik.


sekian buat malam ni. esok pagi nak teman adik aku pergi persada. karnival ipt benda apa tah.