Thursday, January 28, 2010

konvoi petang.

petang tadi. lepas kelas. aku berjaya menonton semula filem wild hogs. oh sangat seronok. sampai terbawa-bawa dalam mimpi. memang termasuk dalam impian aku untuk buat ride satu semenanjung. dan sabah sarawak sekali kalau boleh. oh memang sangat bergaya.

oleh itu. bila ada orang ajak pergi makan sate kat bota. aku seronok sangat. boleh ride petang-petang bersama kawan-kawan. sejak aku kemalangan hari tu. ni kali pertama aku berkonvoi. haha.

sate bota merupakan makanan yang paling dikenali di bota. walaupun terletak 12 km dari utp (berdasarkan meter moto aku). ini kali pertama aku sampai ke kedai tu. haha. tapi memang seronok la makan.

pada harga 0.30MYR secucuk. kami semua memesan 20 cucuk sate seorang. haha. kalau ikut nak lebih lagi. tapi bajet kurang mengizinkan. ok kembali ke topik kita.



ni 140 cucuk. sate yang berdiri tu sate perut lembu. haha.

bila dah kenyang. kami bergerak pulang. masa dah tak cukup. takut tak sempat nak buat maghrib di bilik membuatkan kami mengambil keputusan untuk singgah sebentar di masjid di seri iskandar. masjid ni baru siap dibina. masa aku masuk utp dulu. baru nak pasang kubah besar dia tu.



berdasarkan gambar ni. apa yang kamu semua dapat simpulkan? ya. kepada yang tak perasan.

masjid ni kosong!

apa nak jadi ni. kepada yang masih tak perasan. malam ni malam jumaat. selalunya. malam ni akan ada majlis bacaan yasin kat masjid. tapi malam ni. kat masjid ni. tak ada orang. ada seorang pakcik ja. dok susun-susun sejadah. tok siak la kot.

serta-merta aku teringat.

"pada akhir zaman nanti. akan terbinanya masjid-masjid yang sangat indah. tapi tak ada orang nak pergi."

memang benar la pernyataan ni. tapi aku tak dapat nak quote dari mana. tolong bagitau ek.

faktor lokasi mungkin menjadi penyebab berlakunya fenomena ni. jauh daripada kawasan perumahan. susah nak jumpa pusingan u yang berhampiran. tapi sayang la. masjid cantik. tapi tak ada orang nak datang solat berjemaah.

kami beransur pulang ke utp dengan perasaan yang sedih. pertama kali jumpa masjid yang tak ada majlis bacaan yasin. atau sebarang majlis ilmu. seperti yang dilakukan di masjid-masjid lain. mungkin pengurusan masjid perlu bertindak lebih proaktif dalam menangani isu ni.

sekian. selamat bercuti semua.

5 comments:

papoki said...

betol..aku pon salu dgr mcm tu..
pada akhir2 zaman byk masjid cntik dibina tetapi tidak dimakmurkan...

nauuzubillah~

fatynlicious said...

mengingatkan aku akan kiamat..

usop said...

klu hg slalu p msjid 2 ak rs ley jd imam tetap..

tinta_lestari said...

Itu adalh sabda Rasulullah SAW..ttg tanda2 hari kiamat..so..klau kita x amek pluang solat blakang imam..apa yang tinggal ialah pluang kita utkdisolati di dpn imam..pkir2kanlah.. =)

.Nora Kacak. said...

tula.. benar2 m'igtkan tanda2 kiamat..