Friday, February 5, 2010

pensyarah analog ii saya.

analogue electronics ii. ini subjek yang membawa perasaan takut. dan gundah gulana. kepada semua pelajar kejuruteraan elektrik. dan elektronik. universiti teknologi PETRONAS. bukan kerana pengisiannya terlalu berat. seperti subjek signals and systems tu. penumpuan penuh untuk entri kali ni berkisar kepada pensyarah subjek itu. dr. M.

dr. M. sekali pandang. kau akan mengalami kekeliruan identiti. tak dapat dipastikan kebangsaannya. ok. aku tak mau bersikap racist di sini.

mari kita tau pasal peribadi beliau.

analogue ii adalah subjek terakhir berkaitan litar dalam struktur pembelajaran kami. sebelum ni kami dah belajar circuit theory, network analysis, dan analogue i. berdasarkan fakta tersebut. dr. M senantiasa menganggap kami sudah pakar dalam subjek-subjek tersebut.

"u should know everything about that. it's basic u know." tu ayat yang dia cukup suka guna dalam kelas.

proses pengajaran yang sangat pantas. dia cakap apa pun aku tak tau. blur ja aku dalam kelas tu. haha.

dr. M juga mempunyai kuasa sakti. dia boleh membuatkan masa bergerak dengan sangat perlahan. 1 jam kuliah hampir sama dengan 3 jam. konsep kerelativitian masa yang diperkenalkan albert einstein dipraktikkan sehabis baik. wow. bahkan ada saranan agar beliau menyertai rancangan heroes.

ok. cukup.

dalam banyak-banyak pensyarah. dr. M ni suka sangat ada masa makmal. masa ni. dia akan gunakan skil sarkastik umpama dr House. sangat suka membantai pelajar beliau. tambah-tambah kalau tak reti nak buat eksperimen tersebut.

berikut merupakan quote yang beliau suka guna masa makmal:

"u know nothing. go back to elementary school."
"u talk big. but u know nothing. bullshit."
"u can go to hell."
"what are u talking about? u better go to cooking class."
"u quit utp. then u go get married."
"if u don't know how to ground the circuit. i will put u in the ground."
"if u are my son. i've slapped u already."

dan macam-macam lagi.

aku dah terkena minggu lepas. kami (aku dan aizat aluwi. rakan lab) telah berusaha melarikan diri bila dia datang ke meja kami. takut disoalsiasat. dan menolak kemungkinan dimaki sedemikian rupa. tapi. sepandai-pandai tupai melompat. akhirnya jatuh ke tanah juga. haha. aku tak dapat larikan diri. tapi aizat aluwi sempat.

maka aku kena la fire sorang-sorang. dush. aizat aluwi dok senyum-senyum ja masa tu. cis.

malunya Allah ja yang tau. tapi tak ada la sampai nak menangis. boleh tahan lagi la. cuma blushing yang agak teruk la. haha.

aku diam ja lepas tu. menerima dengan penuh redha. nak buat macam mana. memang bab makmal ni kurang sikit. haha.

**

aku selalu fikir. sebab apa dia suka buat macam tu?

sebabnya mudah. macam House MD. bukan dia tak boleh fikir sendiri penyakit tu. tapi saja dia nak suruh pasukan dia fikir. bagi berdikari. tak bergantung sangat kat dia. konsep yang sama diaplikasikan dr.M.

kalau difikir-fikirkan. kehidupan selepas universiti. zaman kerja. memang tak mungkin bersenang-lenang. kita akan senantiasa berada dalam tekanan. kita mempertaruhkan macam-macam. mungkin masa depan syarikat berada dalam tangan kita. kalau kita tak boleh buat kerja dalam tekanan. (work in pressure). memang tak boleh jalan la.

kalau nak bandingkan elemen sarkastik dia dengan keadaan sebenar masa kerja. aku rasa dia tak cukup sarkastik. haha.

apa-apa pun. aku dah paham. dia buat semua ni. sebab dia sayang kat kami. oleh itu. kami semua. bertanggungjawab untuk perform subjek analogue electronics ii ni.

mari berusaha!

7 comments:

younik said...

sumpah aku suka post neh!

fatynlicious said...

bagus, hang memang berpikiran positif.
tabahlah menghadapi lec hang tu.
setiap perkara ada hikmah dia
hang pon nampak kan apa yang dia cuba praktikkan di sini
cewahh, aku ckp senang. kalau kena tang aku, kompem aku org pes nanges! wakaka

Mrs Camillo said...

aizat aluwi memang macam tu. dia selalu melepas. cehh cehh hang kena pulas telinga dia nanti kalau dia buat nakal macam tu lagi.

laila said...

dr awan bestt..
aku rsa mcm ada ayah sorg lg.
haha.

Salwa said...

paling ingat skali. dulu dia suka cakap

"wut to doo.."

skrg da lagi x? kekeke

~kuyam~ said...

I love dr awan :)

pESAwah said...

berusehe!