Thursday, March 25, 2010

sinar harapan. mungkin.

aku sudah kantoi periksa dua (2) kali. masa semester pertama tahun pertama. dan sem lepas. petronas cakap. sekali lagi kantoi. status aku sebagai anak emas petronas akan ditarik. mengakibatkan kesakitan yang melampau. zahir dan batin.

oleh itu. aku telah membuat beberapa inisiatif. perubahan dalam gaya pembelajaran. lebih banyak kejujuran daripada pendustaan. lebih bersungguh-sungguh. cuba mengejar mereka yang jauh mendahului.

namun. hasilnya tak seberapa. markah ujian tidak melambangkan usaha. semestinya aku kecewa. huu.

kekecewaan tu berlarutan sampai petang semalam. di mana. aku. dan anak-anak emas kantoi yang lain. berjumpa dengan fasilitator kami. mereka datang. untuk mendapatkan perkembangan kami. sejak pulang dari kem motivasi kat PERMATA-INSTEP dulu.

melalui program semalam. aku baru sedar. usaha macam mana pun. kalau metadologi tak kena. tak boleh jalan. oleh itu. aku dah tau. lepas ni. lepas ujian signal dan teori elektromagnetik. rancangan belajar perlu dirombak semula. kita masih ada masa untuk berubah.

dr. M cakap semalam:

it is not the end of the world.

tibalah masa untuk kita semua. menunaikan apa yang diseru dalam azan setiap kali masuknya waktu solat fardhu.

marilah menuju kejayaan!

Sunday, March 21, 2010

rambut tebal.

hm. pagi ni nak buat apa ek?
main webcam la.


uik?


mak aih!


tebalnya rambut aku neh!


hmm. nak gunting gaya apa pulak sekarang ek?


haaaa!


buat gaya aquilani la. belah tengah. bagi nampak jambu sket.
hikhik.


mana p gunting aku neh?


ni dia~ nice.


nyeh.


nyeh nyeh. masa untuk menggunting!


hmm. macam mana nak buat belah tengah ek?


macam ni kot. hiyah! aquilani datang!

Wednesday, March 3, 2010

perbandingan.

liverpool fc merupakan sebuah pasukan bola sepak yang berpusat di merseyside. pasukan ini kaya dengan sejarahnya. sejak penubuhan pasukan tersebut pada 1892. mereka telah menjadi salah satu pasukan yang paling berjaya dalam sejarah bola sepak england. 18 kejuaraan liga. 7 kejuaraan FA. 7 kejuaraan piala liga. 5 kejuaraan eropah. dan 3 kejuaraan UEFA.

ramai juga pemain pasukan berkenaan yang diangkat menjadi lagenda bola sepak. meskipun tidak setanding pele. namun nama-nama seperti kevin keegan. ian rush. robbie fowler. steven gerrard. dan sensasi sepanyol. fernando torres. memang menjadi sebutan ramai pada setiap masa.

lagu rasmi pasukan. you will never walk alone. senantiasa berkumandang setiap kali perlawanan melibatkan liverpool. terutamanya jika di anfield. kubu utama pasukan tersebut. memang sangat bersejarah. penyokong mereka juga terdiri daripada segenap peringkat umur. dari yang muda. sampai la yang dah tua.

ok. liverpool fc memang pasukan bersejarah. tapi. tu semua tinggal sejarah.

sejak liga perdana inggeris. (english premier league/epl) dilancarkan. liverpool fc tidak pernah mendapat gelaran liga. yang paling hampir pun. pada musim 2008-2009. di mana mereka mendapat tempat kedua di belakang musuh tradisi. manchester united.

ditambah lagi dengan prestasi musim ini yang terumbang-ambing. ramai melihat perkara ini sebagai kejatuhan liverpool fc yang paling dahsyat. sukar untuk naik kembali.

walaupun kita tahu mereka semua ada potensi.

apa yang aku nak bandingkan dalam entri ni? kalau kamu semua perasan. keadaan yang sama juga berlaku kepada agama kita yang tercinta ni.

Islam merupakan agama yang sangat bersejarah. perkembangannya sangat signifikan. dari awal kita diperkenalkan dengan Rasulullah s.a.w. yang bersungguh-sungguh menyebarkan Islam. dari kosong. sehinggalah tertubuhnya negara Islam yang pertama. madinah.

walaupun selepas kewafatan baginda. para sahabat telah mengambilalih tanggungjawab menyebarkan agama Islam. sehingga dapat menakluk 2/3 bumi. ilmuan Islam juga tidak kurang hebatnya. kita sendiri boleh lihat macam-macam konsep dan idea yang telah diketengahkan mereka. jauh melampaui zaman sains moden. kalau perkara ni berterusan sejak dulu. tiada siapa yang boleh mengancam umat Islam sekarang.

tapi apa yang dah jadi sekarang?

umat Islam ditindas. berlaku pelbagai sekatan terhadap negara Islam. umat Islam sendiri sentiasa dipandang serong. sentiasa dianggap pengganas. konsep asal Islam sentiasa disalahertikan. umat Islam sendiri meninggalkan tuntutan agama. atas alasan mengejar-ngejar tuntutan moden. mereka tidak lagi menyembah Allah. berhala pun tak. tapi. sentiasa memuja manusia lain.

orang yang tidak berkelayakan dipandang sebagai contoh yang harus diikut.

argh. memang sekarang ni Islam berada dalam kejatuhan yang amat sangat. seperti susah untuk bangun kembali.

namun kita pun tau. kita masih ada potensi untuk membuktikan bahawa mereka salah.

kamu dah nampak persamaan ni? tak nampak lagi? ok.

liverpool fc merupakan pasukan yang dibimbing rafael benitez. sejak dia pegang jawatan tu. pasukan tersebut berada dalam posisi menurun. polisi yang digunakan beliau dalam mentadbir pasukan sentiasa dipersoalkan. dan akhirnya. pasukan itu menjadi pasukan yang sangat teruk. akibatnya. penyokong pasukan lain sentiasa mengeji pasukan liverpool. kejilah macam mana pun. bukan boleh bangkit semula.

umat Islam pada masa ini pun dipimpin oleh kepimpinan yang tidak efektif. banyak benda yang mereka buat. tak selari langsung dengan ajaran Islam. akhirnya. kita sentiasa diperlekehkan penganut agama lain.

oleh itu. apa yang patut kita buat?

1. tukar pemimpin. kita mahukan seorang pemimpin yang benar-benar mengikut ajaran yang telah dibawa sejak dari dulu. ajaran yang memang dah benar haruslah diikut. buat apa nak buat benda baru yang memang tak betul?

2. reset segala sistem yang ada. pemimpin baru ni haruslah membuat perubahan besar. kalau liverpool fc. jual pemain yang bermasalah dan tidak berpotensi. bagi pemimpin Islam. tukar semua menteri. ketatkan peraturan. amalkan peraturan tersebut. jangan sekadar panas sekejap saja.

3. istiqamah. konsistensi. kalau dah cakap nak buat tu. buat. jangan asyik nak putar belit. kalau berterusan macam ni. tak guna kita buat 2 benda kat atas tu.

semoga dengan ini. kamu semua paham apa yang aku cuba sampaikan. kita sendiri tahu. kita memiliki potensi. dan juga kuasa. untuk berubah.

semoga kita berjaya berubah ke arah yang lebih baik.

Tuesday, March 2, 2010

mati.

kalau tiba-tiba aku mati hari ini. (nauzubillah). apakah ada orang yang akan menangisi pemergian aku? apakah ada orang yang akan bergembira? apakah masih ada orang yang ingat pasal aku lepas 2 hari? 2 minggu? 2 bulan? 2 tahun?

oh aku perlu lakukan sesuatu yang bermakna setiap hari.