Wednesday, March 3, 2010

perbandingan.

liverpool fc merupakan sebuah pasukan bola sepak yang berpusat di merseyside. pasukan ini kaya dengan sejarahnya. sejak penubuhan pasukan tersebut pada 1892. mereka telah menjadi salah satu pasukan yang paling berjaya dalam sejarah bola sepak england. 18 kejuaraan liga. 7 kejuaraan FA. 7 kejuaraan piala liga. 5 kejuaraan eropah. dan 3 kejuaraan UEFA.

ramai juga pemain pasukan berkenaan yang diangkat menjadi lagenda bola sepak. meskipun tidak setanding pele. namun nama-nama seperti kevin keegan. ian rush. robbie fowler. steven gerrard. dan sensasi sepanyol. fernando torres. memang menjadi sebutan ramai pada setiap masa.

lagu rasmi pasukan. you will never walk alone. senantiasa berkumandang setiap kali perlawanan melibatkan liverpool. terutamanya jika di anfield. kubu utama pasukan tersebut. memang sangat bersejarah. penyokong mereka juga terdiri daripada segenap peringkat umur. dari yang muda. sampai la yang dah tua.

ok. liverpool fc memang pasukan bersejarah. tapi. tu semua tinggal sejarah.

sejak liga perdana inggeris. (english premier league/epl) dilancarkan. liverpool fc tidak pernah mendapat gelaran liga. yang paling hampir pun. pada musim 2008-2009. di mana mereka mendapat tempat kedua di belakang musuh tradisi. manchester united.

ditambah lagi dengan prestasi musim ini yang terumbang-ambing. ramai melihat perkara ini sebagai kejatuhan liverpool fc yang paling dahsyat. sukar untuk naik kembali.

walaupun kita tahu mereka semua ada potensi.

apa yang aku nak bandingkan dalam entri ni? kalau kamu semua perasan. keadaan yang sama juga berlaku kepada agama kita yang tercinta ni.

Islam merupakan agama yang sangat bersejarah. perkembangannya sangat signifikan. dari awal kita diperkenalkan dengan Rasulullah s.a.w. yang bersungguh-sungguh menyebarkan Islam. dari kosong. sehinggalah tertubuhnya negara Islam yang pertama. madinah.

walaupun selepas kewafatan baginda. para sahabat telah mengambilalih tanggungjawab menyebarkan agama Islam. sehingga dapat menakluk 2/3 bumi. ilmuan Islam juga tidak kurang hebatnya. kita sendiri boleh lihat macam-macam konsep dan idea yang telah diketengahkan mereka. jauh melampaui zaman sains moden. kalau perkara ni berterusan sejak dulu. tiada siapa yang boleh mengancam umat Islam sekarang.

tapi apa yang dah jadi sekarang?

umat Islam ditindas. berlaku pelbagai sekatan terhadap negara Islam. umat Islam sendiri sentiasa dipandang serong. sentiasa dianggap pengganas. konsep asal Islam sentiasa disalahertikan. umat Islam sendiri meninggalkan tuntutan agama. atas alasan mengejar-ngejar tuntutan moden. mereka tidak lagi menyembah Allah. berhala pun tak. tapi. sentiasa memuja manusia lain.

orang yang tidak berkelayakan dipandang sebagai contoh yang harus diikut.

argh. memang sekarang ni Islam berada dalam kejatuhan yang amat sangat. seperti susah untuk bangun kembali.

namun kita pun tau. kita masih ada potensi untuk membuktikan bahawa mereka salah.

kamu dah nampak persamaan ni? tak nampak lagi? ok.

liverpool fc merupakan pasukan yang dibimbing rafael benitez. sejak dia pegang jawatan tu. pasukan tersebut berada dalam posisi menurun. polisi yang digunakan beliau dalam mentadbir pasukan sentiasa dipersoalkan. dan akhirnya. pasukan itu menjadi pasukan yang sangat teruk. akibatnya. penyokong pasukan lain sentiasa mengeji pasukan liverpool. kejilah macam mana pun. bukan boleh bangkit semula.

umat Islam pada masa ini pun dipimpin oleh kepimpinan yang tidak efektif. banyak benda yang mereka buat. tak selari langsung dengan ajaran Islam. akhirnya. kita sentiasa diperlekehkan penganut agama lain.

oleh itu. apa yang patut kita buat?

1. tukar pemimpin. kita mahukan seorang pemimpin yang benar-benar mengikut ajaran yang telah dibawa sejak dari dulu. ajaran yang memang dah benar haruslah diikut. buat apa nak buat benda baru yang memang tak betul?

2. reset segala sistem yang ada. pemimpin baru ni haruslah membuat perubahan besar. kalau liverpool fc. jual pemain yang bermasalah dan tidak berpotensi. bagi pemimpin Islam. tukar semua menteri. ketatkan peraturan. amalkan peraturan tersebut. jangan sekadar panas sekejap saja.

3. istiqamah. konsistensi. kalau dah cakap nak buat tu. buat. jangan asyik nak putar belit. kalau berterusan macam ni. tak guna kita buat 2 benda kat atas tu.

semoga dengan ini. kamu semua paham apa yang aku cuba sampaikan. kita sendiri tahu. kita memiliki potensi. dan juga kuasa. untuk berubah.

semoga kita berjaya berubah ke arah yang lebih baik.

7 comments:

hamidi said...

Assalamualaikum.
Kau masih mahu jersey liverpool? hehe nanti bila sponsor dah tukar, aku belikan. =)

betul apa azwan ckp, cuma saya mahu menambah sedikit dan berkongsi lah.

sekarang mmg islam sudah jatuh, malah mmg seolah2 kembali ke zaman jahiliah. tiada sistem khalifah. syariat islam tak dipraktikkan dan sbgnya. amat menyedihkan.

dan masalah paling besar adalah individu islam itu sendiri. oh sungguh sedih. mana aqidah / fikrah / mind set kita. masyarakat sekarang asyik tumpukan perhatian kepada masalah2 kecik berbanding pembinaan peribadi muslim.

selain poin2 yg azwan senaraikan, saya mahu tambah lagi satu poin lah, yakni amatlah penting utk kita membina kembali individu muslim. kalau kita tgk balik pun 7 rawatib amal itu, mmg kena bermula dgn individu muslim, setrusnya boleh lah bina keluarga islam, masyarakat islam, kerajaan islam, barulah daulah islam yakni negara islam, seterusnya khilafah islam dan seterusnya ustazyatul alam (pemimpin alam sejagat) yakni masa islam menguasai 2/3 dunia dulu.

tarbiyyah kpd individu amatlah penting utk merealisasikan perkara ini. pembinaan individu merupakan tapak utk segala2nya, kalau goyah tapak itu, maka takkan naiklah yg lain, bukan?
dan mmg, islam akan naik kembali inshaAllah. contohnya, satu hadis nabi berbunyi antara Rom barat dan Rom timur yg mana akan ditawan dahulu, dan Rom timur yg akan ditawan dahulu.
ok, Rom timur sudah. tapi Rom barat masih belum ditawan, kan. jadi kita tahu, islam akan naik kembali, dan tugas kita lah utk mengembalikan kegemilangan itu, inshaAllah =)

eh eh membebel. babai.

hamidi said...

apakah. rawatib amal? maaf silap eja. maratib amal patutnya. =)

-azwanbakhtiar- said...

wow. penerangan yang sangat panjang. sebab ni la hg tak update blog ek? =D

memang betul pun. sebelum nak ubah orang. diri kita sendiri pon kena betul dulu.

maratib amal tu benda apa?

oh ya. aku memang mahu jersi liverpool.

nanakaka said...

liverpool loser! loser!

Sopek said...

nasib baik lu bg contoh liverpool.
dapat lu kasi contoh vendetta mmg kene pelempang dgn gua. haha

-azwanbakhtiar- said...

untuk pengetahuan semua. nanakaka dan sopek merupakan penyokong arsenal.

ibnu ghazali said...

haa..wahai azwan..
walaupun aku jarang bertemu kau,
tapi ade gak update mengenai kau melalui blog ni..

pendapat kau bagus,aku sokong.

tapi takkan nak berpendapat saja,
mari sama-sama mengubah dengan tarbiyah.

ikhwanul muslimin sudah berjaya mengubah ramai individu.
jadi,jomlah tarbiyah~