Thursday, March 25, 2010

sinar harapan. mungkin.

aku sudah kantoi periksa dua (2) kali. masa semester pertama tahun pertama. dan sem lepas. petronas cakap. sekali lagi kantoi. status aku sebagai anak emas petronas akan ditarik. mengakibatkan kesakitan yang melampau. zahir dan batin.

oleh itu. aku telah membuat beberapa inisiatif. perubahan dalam gaya pembelajaran. lebih banyak kejujuran daripada pendustaan. lebih bersungguh-sungguh. cuba mengejar mereka yang jauh mendahului.

namun. hasilnya tak seberapa. markah ujian tidak melambangkan usaha. semestinya aku kecewa. huu.

kekecewaan tu berlarutan sampai petang semalam. di mana. aku. dan anak-anak emas kantoi yang lain. berjumpa dengan fasilitator kami. mereka datang. untuk mendapatkan perkembangan kami. sejak pulang dari kem motivasi kat PERMATA-INSTEP dulu.

melalui program semalam. aku baru sedar. usaha macam mana pun. kalau metadologi tak kena. tak boleh jalan. oleh itu. aku dah tau. lepas ni. lepas ujian signal dan teori elektromagnetik. rancangan belajar perlu dirombak semula. kita masih ada masa untuk berubah.

dr. M cakap semalam:

it is not the end of the world.

tibalah masa untuk kita semua. menunaikan apa yang diseru dalam azan setiap kali masuknya waktu solat fardhu.

marilah menuju kejayaan!

6 comments:

ra|nbOw said...

hurm. jgn kecewa eh. blaja pun mcm roda. ade ups n downs. btolla. dont give up. Allah tu adil. seriously, maybe kegagalan skrng, utk buka pintu kejayaan hg d mase akan dtg. who knows ;)

Mrs Camillo said...

aku harap kita semua berperasaan ingin maju seperti kau jugak. selamat berusaha!

Encik Kaiser said...

gd luck....

aishah said...

The difference between ordinary and extraordinary is that little extra =)

gambateh kundasai!

duranian said...

gogo azwan
ko berubah dl
kalau menjadi aku ikut la
>_<"

Nash said...

all the best bro (^_^)