Friday, April 16, 2010

dilema.

semalaman. aku terfikirkan tok kat bayan lepas. sihat ka dia? lama betul tak jumpa. semester ni aku jarang balik penang. nak kata sibuk. tak adalah sibuk sangat. biasa-biasa saja. mungkin akibat masalah kewangan yang melanda pada semester ini yang mengekang rancangan aku ni.

oleh itu. tadi. aku telefon mak. saja nak tau. tok selalu ada kat rumah mak cik-mak cik aku. kalau tok ada kat rumah mak cik yang duduk dekat dengan rumah aku. kira boleh la aku balik kejap. segan nak p jauh-jauh.

sekali mak bagitau. tok sakit. tak boleh bangun. adoi. terus risau menguasai diri. tok memang tak berapa sihat sangat. memandangkan hari isnin ni cuti. aku mengambil keputusan untuk balik penang. untuk ziarah tok.

tapi ada satu masalah.

duit dalam akaun kurang dari rm50. macam mana nak balik ni? aku pun mintak la duit sikit kat mak. mak kata. nanti dia bagitau abah. terpulang la dia nak bagi ka tak. aku cakap. kalau bagi rm50 pun dah ok. buat duit minyak. tak makan pon tak pa. janji aku selamat dalam perjalanan. nak jumpa tok punya pasal.

masa tutorial analog. abah telefon. dia tanya. 200 ok tak? alhamdulillah. mintak sikit. dapat banyak. cukup la nak belanja sikit nanti.

semua yang berlaku buat aku rasa semua ni memang ketentuan Ilahi. memang macam nak suruh aku balik ziarah ja.
1. asyik teringat kat tok.
2. tok sakit.
3. isnin ni cuti.
4. dapat duit belanja.

setakat ni semua lancar. baby pun macam tak ada masalah. harapnya perjalanan aku pergi dan pulang selamat la.

tapi ada satu lagi masalah yang aku baru perasan:

1. rabu ni ada ujian teori elektromagnetik. subjek ni. bukanlah subjek yang senang bagi aku. tambah pulak pensyarah subjek tu. dr Naufal. baru ja kehilangan anak keduanya hari isnin baru ni. kena la pulun sungguh-sungguh ujian ni. bagi dia gembira sikit. lepas tu. 1 topik saja yang masuk. kiranya kebarangkalian untuk berjaya agak tinggi.

ditambah pulak. aku memang dah kantoi 2 kali dulu. kalau aku main-main. kebarangkalian untuk kantoi kali ketiga sangat tinggi. hmm.

macam mana ni? kalau balik penang. mesti tak sempat nak ulangkaji. tak mungkin aku bawak balik buku ke kampung. aku berada dalam dilema. ujian? atau keluarga?

terus aku teringat kata-kata rancho dalam filem 3 idiots:

"ujian memang sentiasa banyak. tapi kau cuma ada 1 keluarga. hargailah keluarga lebih dari ujian-ujian tu semua."

aku dah buat keputusan. esok. pukul 3 petang. aku akan bergerak pulang ke penang. doakan keselamatan aku. pergi dan pulang. ok? terima kasih semua.

kita jumpa lagi minggu depan. sekian.

4 comments:

~ainun~ said...

nak ikut..

aishah said...

semoga selamat p ngn balik..
semoga tokna cpt sembuh..

pESAwah said...

oh aku nk tengok 3 idiots.

betul tindakan kau tu. mane tau dgn ziarah tu, ilmu yg kita bace walau sekali melekat sampai bile2. all the best~

ra|nbOw said...

azwan. insya allah semuanya ok =)