Monday, April 26, 2010

konvoi ke kuala kangsar sempena karnival vespa, motosikal klasik, dan kereta antik antarabangsa 2010.


pagi tu. pukul 830 semua orang berkumpul kat parking v4. ada 21 motor semuanya.


isi minyak dan angin kat stesen petronas taman maju. masa ni ada lagi 4 moto join. budak-budak junior kalau tak silap.

jadi orang yang paling belakang. pastikan tak ada masalah kat kumpulan belakang. kiranya. bila aku sampai. semua orang dah sampai la. haha.

berhenti kejap kat stesen manong. dauh nak isi minyak.

posing tak ada motif. haha

bila dah sampai. lepak kat kedai ni jap. minum-minum. ramai sangat orang hari tu. tak semua minuman yang dipesan sampai. dan. masa tu la..

datanglah pasukan moto beramai-ramai. konvoi dari merata tempat jugak. haha.

lagi gambar.

yamaha FJR1300. lebih kurang kawasaki GTR1400.

kawasaki z1000

moto berheadlamp suzuki gsx tapi bertemakan pasukan yamaha tech3.

berdasarkan meter. ni moto kawasaki. tapi buat bagi warna macam honda cbr1000rr repsol.

yamaha r1 2002. model lama tapi buat tema moto valentino rossi.

aku tak tau ni moto apa. moto lama ni. huhu.

penuh dengan yamaha rxz. rxz ni kira moto retro ka? terasa macam sampai kat perhimpunan rempit la pulak. hmm.

himpunan rxz. vespa macam dianaktirikan kat karnival vespa sendiri.

pokok helmet.

ha. kat sini baru ada banyak vespa. aiyo.

tak tau nak kata kreatif atau tak ada duit. balut vespa guna surat khabar lama. tak percaya?

ni dia. haha

lepas tu. kami masuk dalam dewan utama. dalam ni penuh dengan moto yang masuk pertandingan. banyak yang cantik-cantik. tapi gambar tak elok sangat. sebab gelap. huhu.

bertemakan yellow cab yang mudah ditemui di amerika syarikat.

sori gambar tak jelas.

ni vespa bernombor pendaftaran sama dengan nama rumet aku. haha.

eh gambar ni lagi. tak apa la. malas nak delete. haha.

chopper yang diwarnakan dengan tema perang. menarik!

firdaus najib buat style.

tengok tu! gear macam gear kereta. wakaka.

ada ruang letak senapang kat depan moto tu. haha.

abgyoe buat retro.

aku dengan acap. sori la busuk sikit. haha

vw beetle. comel!

van vw. buat aku teringat kat scooby doo. haha

kenapa firdaus najib lagi?

kenapa abg yoe lagi?

annai cakap ferrari ni tahun 70-an. aku percaya cakap dia. dia la lelaki yang paling retro aku pernah kenal. sayang dia tak boleh datang hari ni. =(

..

jaguar. maaf. aku tak tau kereta sangat. haha.

sistem karaoke dalam kereta. kereta apa?

kereta ni la. merc limo.

aku tak pernah dengar kereta ni. triumph. bra jenama triumph pernah la. haha.

tengok dari belakang. macam kereta mayat orang putih la pulak.

skuter paling comel. haha.

kereta apa ni?

kami lepak kat KK sekejap ja. dalam sejam macam tu. lepas tu. kami bergerak ke ulu kenas. mandi air terjun. hee. aku dengan najib niat tak mau mandi. tapi disebabkan berpeluh sangat teruk. terpaksa la mandi. haha.

seperti biasa. duduk belakang sekali. pastikan semua selamat.

hud misni (berbaju hijau) memberi taklimat tentang cara meletak kenderaan.

menggunakan sistem meletak moto berlapis supaya tidak memakan terlalu banyak ruang. haha.

bergambar sebelum mandi.

gambar masa tengah mandi tak boleh letak dalam ni. ada sorang tu pakai spender saja mandi. apakah?

lepas mandi dalam sejam lebih. kami bertolak balik. singgah makan kat sabila. solat zohor kat masjid seri iskandar. selepas semua dah setel. baru bertolak balik utp. konvoi selamat sampai utp pada pukul 445 petang.

kesimpulannya. konvoi berjaya. tiada kemalangan. yang ada hanya kegembiraan. tahniah geng konvoi utp.

2 comments:

laici_hitam said...

haha..byk gmbaq aku..terharu2 :P

chaknga said...

awat gmbaq ak xda pon