Saturday, April 3, 2010

TRIBUTE: din beramboi.

penghibur terkenal. din beramboi telah meninggalkan kita semua. proses yang berlaku sebelum perginya beliau berlaku dengan pantas. tiba-tiba dia sakit. tiba-tiba dia koma. tiba-tiba dia dalam rawatan rapi. dan akhirnya semalam. dia pergi menghadap Ilahi.

kita semua sangat terkejut.

terasa macam baru semalam saja dia komen persembahan idlan dalam raja lawak. terasa macam tadi baru tengok spontan. terasa macam tengah layan radio era sekarang ni. tapi tu semua tinggal 'rasa' saja la. lepas ni dah tak ada lagi.

sebab apa aku suka din beramboi?

1. kelakar yang dia buat. sangat santai. sangat spontan. sangat seronok. aku ingat lagi kali pertama aku tengok dia. melodi raya. tahun bila? entah. ada la tunjuk para tetamu jamuan raya tu. kena naik atas pentas. menyanyi lagu raya. ada ramai ja kantoi tak reti. din beramboi pon tak reti. tapi dia boleh tukar dari tak reti tu. jadi lagu raya yang hebat (dan merapu). haha.

2. hampir semua yang dia buat tu. mampu buat aku gelak. berbanding penghibur lain. hampir semua yang depa buat. aku rasa macam nak penyepak.

memang dia ni lain dari yang lain la.

oh bahasa yang dia guna tu memang kadang-kadang kasar. tapi selepas ditegur. dia dah ok. kira bagus la tu. boleh terima teguran. ada yang pantang ditegur. sikit-sikit. nak emo. sikit-sikit. nak emo.

tapi yang tak seronoknya. ada ja orang yang macam tak puas hati dengan dia. biasa la tu. tapi kalau sampai dia dah disimpan pon ada orang nak kutuk dia. apa cerita ni beb? bukankah nabi s.a.w. sendiri larang kita buka aib (buka aib ka fitnah ek? sama jela kot) orang. tak boleh ka nak bersangka baik terhadap orang lain.

orang-orang macam ni suka orang lain bersangka buruk kat dia kot. after all, u treat people like u want people to treat u.

ah. biarkan golongan macam tu jawab sendiri. aku malas nak cakap banyak.

yang penting di sini. kita memang telah kehilangan seorang lagi manusia yang berbakat besar. namun apakan daya. kita tak dapat menentang ketentuan Ilahi.

oh ya. berikut adalah petikan dari din beramboi. dalam tempoh sebulan sebelum dia pergi.

-gelanggang akhir raja lawak. minit 45:45 (kalau download).
"ok alex. kalau saya tiada lagi di radio era,, awak ambil alih tempat saya nanti"

-twitter.


selau tanda-tanda yang ditunjukkan ni. kita semua tak akan perasan. sampai la dia dah pergi. huhu.

takziah diucapkan kepada keluarga din beramboi.

oh. terlupa. takziah juga kepada budak kelas aku. insyirah salim. yang telah kehilangan ayahandanya pada waktu yang hampir sama dengan din beramboi. semoga roh mereka semua dicucurkan rahmat.

al-Fatihah.

3 comments:

duranian said...

aku teringat time raja lawak final tu
die kate suruh peserta ganti dia jadi dj era
huhu
so sad when think about it again
but ALLAH luv him better than us
:)

Amir said...

T_T

TUKANG KATA said...

Al-Fatihah

salam ziarah dari Tukang Kata.