Monday, April 19, 2010

trip sebentar ke penang.

ok. entri kali ni. tak tulis banyak sangat. gambar sikit-sikit jela ek. penat tak habis lagi. ride tanpa henti. huhu.

masa dalam perjalanan ke penang. masuk saja exit kuala kangsar. hujan lebat. lebat sesungguh hati. tak boleh teruskan perjalanan. berhenti sekejap di hentian sebelah taiping utara. langit sangat gelap. keputusan perlu diambil antara tiga pilihan ni:

1. teruskan perjalanan meredah hujan.
2. singgah rumah paksu kat taiping.
3. patah balik ke utp. sabtu pagi gerak ke penang semula.

aku sms rizal. tanya kondisi di penang. dia cakap hujan lebat. hmm. macam mana ni. tunggu la sekejap.


ah~ moto basah~

ok benda ni nama dia balaclava. dipakai bersama helmet fullface. tujuan dipakai adalah untuk mengelakkan peluh melekat dalam helmet. susah wo nak bagi hilang bau dia. nampak macam pennjenayah jalanan pun ada jugak. hmm.

helmet fullface kalau statik macam ni ja masa hujan. memang berkuap. macam kereta yang tak buka pendingin hawa masa hujan. berkabus.

perjalanan diteruskan bila dapat berita kata hujan dah berhenti kat sana. tapi bawak pelan-pelan jela. bahaya wo. haha.

aku sampai rumah mak cik aku. tengok tok. dia macam dah ok. dan makin ok. sebab aku datang kot. haha. kata cucu kesayangan. hehe. lega aku tengok. alhamdulillah.

dah melawat. p mengarut kejap. aku tak pernah tangkap gambar bersama moto aku tu. so. p la air terjun bayan lepas. photoshoot kejap. haha.


lepas tu p depan qb pulak. tangkap lagi sikit. haha.

tak sempat nak panjat moto.

somehow aku terasa sangat gemuk melihat diri sendiri dari belakang. hmm.

lepas tu. balik rumah. makan. rehat. esok nak gerak balik utp dah. huhu.

sebelum balik. aku singgah rumah mak cik aku. nak bagi kunci rumah. dan jumpa tok sebelum balik utp. sekali pagi tu aku bangun lewat. so p rumah mak cik aku pon lambat la. hm. standard orang tua-tua. bila aku tak sampai-sampai. mula la tok aku kalut. dari tak boleh gerak. sampai dah boleh duduk. aku pulak risau. sori tok. =p

perjalanan diteruskan. rehat kejap kat gunung semanggol.

petronas r&r gunung semanggol.

lepas tu teruskan lagi perjalanan. isi minyak kat caltex bukit gantang. terserempak dengan 1 geng konvoi. superbike yang aku pun tak kenal. tapi tak sempat snap gambar la pulak. huhu.

terasa nak layan lap. masuk exit kuala kangsar. lalu jalan kampung. sedap wo layan lap situ. firdaus najib tak berani main lap kat situ. haha.

bila dah lepas kawasan parit. maknanya. dah nak sampai seri iskandar dah. aku sampai kat 1 ladang kambing. cantik. lama dah nak snap gambar. hari ni baru berkesempatan. haha.




kambing-kambing tu semua duduk kat atas bukit tu. gila gembira. asyik mengembek ja. haha.

tak lama lepas tu. aku selamat sampai utp. seronok jugak ride sorang-sorang ni. boleh berhenti sesuka hati. lepas ni bersedia untuk trip ke kuala kangsar hujung minggu depan. ada retro bike weekend. menarik jugak. lepas tu nak sedia untuk ride balik ke jb. 8jam!! haha.

tapi sebelum tu kena pulun untuk test dan periksa akhir semester. ayuh!

4 comments:

Mrs Camillo said...

pulun sesungguh hati. kasi improve byk gila! :)

Rizal Yusof said...

Aku igt hg tidoq kt R&R mlm tuh...
Huhuh, btw Penang mmg bez!!! =)

nanakaka said...

dah gemok~ yeah~
selamat sihat tok

kHaliFaH said...

bkn gemok...lebihan otot...hehe..=p