Sunday, May 30, 2010

raja segala penipu: 01

pada suatu masa dahulu. di sebuah negara yang baru dibangunkan. berjodohanlah dua insan. seorang merupakan pedagang dari kuala. seorang lagi merupakan syahbandar di kota itu. mereka berkenalan ketika mula-mula memasuki kota tersebut. untuk mencari rezeki.

pedagang kecil dari kuala itu merupakan anak kepada seorang pedagang yang sangat dihormati di kuala. perahu yang dimiliki beliau juga lain daripada yang lain. berwarna biru. pasti menarik perhatian semua orang di kota tersebut.

syahbandar itu juga tidak mahu mengalah.

mahu juga dia menceritakan kelebihannya kepada pedagang kecil berperahu biru itu. walaupun kelebihan itu tidak seberapa. namun. akibat takut dipandang lekeh. beliau menokok tambah dalam cerita beliau.

antara kelebihan yang dimiliki:

  1. mendapat 13 Alif Wahid dalam peperiksaan umum tahun lepas. sehingga dinobat sebagai antara pelajar terbaik sepanjang zaman.
  2. ayahnya juga ketua syahbandar. bukan takat di kuala. tapi di seluruh kepulauan melayu. beliau dapat merasa sedikit daripada ufti yang dibawa para pedagang dari negeri lain. disebabkan itulah. perkakasan yang dimilikinya lebih kemas dan cantik lagi indah buatannya.
  3. ibundanya pula ketua dayang di istana. disebabkan itu. beliau sentiasa mendapat potongan harga ketika pergi melancong. sultan tolong bayarkan.
  4. disebabkan harta kekayaan sangat melimpah-ruah. tidaklah hairan jika dia mendakwa memiliki banyak orang suruhan yang taat.
  5. nenda beliau merupakan orang paling kaya di negeri itu. mahligai beliau lebih besar daripada istana rasmi sultan.
  6. oh. beliau juga telah belajar terlalu bersungguh-sungguh. sehingga terlewat setahun daripada orang lain. walaupun kelihatan seusia. namun syahbandar itu lebih tua.
pedagang kecil ini tanpa banyak soal. mempercayaai segala kata-katanya. baginya. syahbandar ini sangat hebat. keturunan hebat. memang layaklah untuk berkawan dengannya. maka. selalulah kiranya mereka bersama-sama. membuat apa sahaja. makan. minum. berjalan-jalan. berurus niaga. oh indah sungguh pengalaman tersebut bagi pedagang kecil itu.

suatu hari, ketika melayari pesisir sungai bersama perahu biru. syahbandar memulakan bicara:

"wahai sang pedagang. sungguh seronok menaiki perahu tuan hamba. namun. tahukah tuan hamba, hamba memiliki sebuah perahu besar pelbagai guna. yang sangat baik buatannya?"

si pedagang kecil itu berasa sangat teruja. ingin juga dia melihat perahu besar milik syahbandar yang kaya itu.

"nanti hamba suruhkan orang suruhan hamba menghantarnya ke sini. lepas ni. kita tak perlu lagi menaiki perahu kecil ini. biarlah hamba pula membawa tuan hamba berjalan-jalan."

maka menantilah pedagang kecil itu. berhari-hari. tiba hari yang dijanjikan. mereka bersama menanti di pelabuhan.

tiba-tiba. syahbandar menepuk dahi.

"ah, bocor pula perahu hamba. terpaksa berpatah balik untuk dibaiki"

pedagang kecil itu kehairanan. bilakah masanya perahu itu bocor? bagaimanakah syahbandar dapat mengetahuinya? namun persoalan tersebut tinggal persoalan.

oh ya. syahbandar tersebut memiliki satu hobi yang tidak digemari ramai: suka berbangga-bangga. selalu dia membandingkan senjata yang didapati melalui ufti. dengan senjata-senjata belian si pedagang.

"ah senjata tuan hamba murah. belilah macam hamba punya. hebat. ditakuti ramai."

"tidak mengapa wahai tuan hamba. senjata hamba ini mungkin biasa-biasa saja. tapi cukuplah untuk keperluan hamba. hamba bukan pahlawan pedang. hamba pedangang kecil cuma."

"tuan hamba mintalah kepada ayahanda tuan hamba. bukankah beliau pedagang termasyhur?"

pedagang kecil itu berasa sedikit terkilan dengan pernyataan itu. biarlah hendak memakai senjata apa pun. yang syahbandar sibuk sangat kenapa?

namun semua itu dipendamkan di dalam hatinya sahaja.

tiba bulan ramadhan. bulan penuh kerahmatan. dua sahabat ini selalu bersahur dan berbuka bersama-sama. sehinggalah suatu hari. seperti biasa, pedagang kecil ingin mengajak syahbandar berbuka puasa bersama.

namun penolakan yang diterima.

"hari ini ayahanda hamba datang melawat bonda di istana. oleh itu. sultan telah berbesar hati untuk membuat jamuan santap berbuka. hamba perlulah berada di situ. takkanlah hamba nak menolak jemputan sultan?"

pedagang kecil berasa takjub. wah. makan bersama sultan. semestinya syahbandar ini orang yang sangat bagus keturunannya. hanya itu yang difikirkan sepanjang perjalanan di bazar ramadhan di pesisir sungai.

gerak hatinya kuat untuk pergi melawat sahabatnya yang baru pulang dari majlis keraian di istana. dalam perjalanan. si pedagang kecil terserempak dengan kitul, jiran syahbandar. maka berlakulah perbualan ini:

"tuan hamba, sudahkah syahbandar pulang dari majlis santap di istana?"

"hapadia? syahbandar tak keluar pun dari rumahnya. hamba nampak syahbandar makan mi segera sahaja ketika berbuka"

pedagang kecil sangat terkejut. beliau telah ditipu bulat-bulat. terasa sangat bodoh. mengatasi 7 petala langit. bagaimanakah beliau boleh membutakan hati terhadap penipuan demi penipuan yang telah dilakukan terhadapnya?

sejak itu. pedagang kecil sangat berjauh hati dengan syahbandar. mungkin jawatan syahbandar itu satu penipuan juga. mungkin juga 13 Alif Wahid beliau juga satu dusta. ketua syahbandar? ketua dayang? penipu!

sungguh pedagang kecil tidak dapat mempercayai beliau telah berkawan dengan seekor babi laut. alangkah hinanya diri beliau ketika itu. semenjak itu, pedagang kecil bertekad. untuk menentang segala kemungkaran yang dilakukan oh syahbandar penipu tu.

"kau tunggulah syahbandar!!"

bersambung..

4 comments:

charknga said...

terbaik.....nk lawan ngn si dia ka???hahaha

reditumerah said...

hahahahahaha...
laju balas..
cam berbalas pantun pun ada..hahah

ᾷṯḭԐɋ said...

bravo2..^^

apis said...

tuan hamba, siapakah gerangannya shahbandar itu? oh,patik sungguh curiga. haha...(naik perahu beli gula,sudah tahu bertanya pula.)
hahaha...