Monday, May 31, 2010

raja segala penipu: 02

bertemu kita kembali dalam siri ini. terima kasih kepada yang telah memberikan komen. mari kita sambung cerita ini ya!

---

setelah terputusnya hubungan pramatang antara syahbandar dengan pedagang kecil tempoh hari, mereka memang membawa haluan masing-masing. tetapi. yang paling ketara kelihatan terdesak adalah syahbandar. beliau hanya mampu berjalan kaki ketika melaksanakan tugasan beliau. perahu besar pelbagai gunanya itu, sehingga kini tak siap-siap dibaiki. perbelanjaan terlalu tinggi, mungkin.

namun, tidak lama kemudian, syahbandar akhirnya berjaya menyesuaikan diri dengan gaya hidup barunya. sehinggakan beliau tidak berminat lagi dengan perahu tersebut, cukuplah sekadar mendapatkan sebuah basikal yang berwarna hijau.

baru la nampak macam masked rider!

pada suatu hari, ketika syahbandar meronda di pesisir sungai (woi, asyik pesisir sungai ja, tak ada tempat lain dah ka?) beliau ternampak sesuatu yang pelik. terapung-apung di atas langit. kehairanan, beliau seraya memberhentikan basikal beliau, dan melihat-lihat ke atas langit.

rupa-rupanya. benda pelik itu. adalah awan terbang. ya. awan terbang. berwarna hitam.

perlahan-lahan, awan itu turun ke bumi, yang peliknya ada seorang perempuan cantik rupawan menunggangi awan tersebut. yang lagi pelik. orang lain tak rasa pelik pun melihat kejadian itu. masing-masing sibuk dengan perahu masing-masing kot.

maka, bersegeralah syahbandar itu pergi ke tempat itu. rupa-rupanya perempuan itu merupakan puteri kayangan. yang datang jauh dari penghujung benua. beliau datang ke kota ini untuk menziarahi sultan, di samping menyelesaikan beberapa urusan.

syahbandar. yang tidak arif mengenai perempuan. dan juga tidak biasa dengan situasi tersebut. telah melihat keadaan tersebut sebagai peluang untuk mendapatkan kawan baru.

nasib-nasib boleh naik awan terbang!

maka syahbandar ni pun cubalah beramah mesra. bergurau senda. akan tetapi. tiadalah puteri kayangan melayan perbuatan beliau itu, kerana baginya, ada urusan lain yang lebih penting. tambahan pula, syahbandar tidak cukup sempurna sifatnya untuk layak berkawan dengannya.

ini membuatkan syahbandar berasa sedikit geram. dan ingin membalas perbuatan tersebut.

sultan yang memang mengetahui akan kedatangan puteri kayangan telahpun bersiap sedia untuk menyambut kehadiran puteri. suatu majlis santap akan diadakan. syahbandar telahpun diberi tugasan untuk memastikan majlis tersebut berjalan lancar.

tibalah majlis tersebut. mengikut adat kota tersebut. orang yang terakhir sampai adalah sultan. dan yang kedua terakhir adalah tetamu kehormat. jadi. semasa menanti kedatangan sultan. dan puteri kayangan, para hadirin telahpun memenuhi ruang makan.

setelah beberapa ketika, tibalah puteri kayangan. ketika ingin melabuhkan punggung, puteri tidak sedar bahawa kerusi yang bakal didudukinya rosak, hampir patah.

lalu puteri itu terjatuh dari kerusinya.

semua hadirin yang melihat seakan-akan mahu ketawa, namun didiamkan sahaja. tanda hormat kepada puteri. maka, dalam keadaan tersipu-sipu, puteri menukar kerusi.

syahbandar berasa sangat puas hati ketika itu. beliaulah yang sengaja meletakkan kerusi itu di situ. dan beliaulah yang sengaja berdiam diri ketika puteri itu mahu duduk. sedangkan. syahbandar berada betul-betul di belakang puteri kayangan tersebut.

majlis santapan diraja berjalan seperti biasa setelah ketibaan sultan.

namun. syahbandar masih belum puas. mahu saja dia ketawakan puteri itu secara berdepan. namun. akibat takut dihukum. beliau berdiam diri sahaja.

sekembalinya syahbandar dari majlis tersebut, beliau telah mengheboh-hebohkan perkara yang memalukan puteri itu kepada orang-orang kampung. segalanya diceritakan. dari bagaimana beliau menggunakan kerusi rosak sehinggalah bermulanya jamuan.

lalu, apabila puteri tersebut berjalan-jalan di sekitar negeri, hampir kesemua rakyat jelata memandang sinis terhadapnya. tidak faham, sang puteri bertanya kepada seorang penduduk kampung.

akhirnya tahulah puteri tersebut akan segala-galanya.

"tak guna kau syahbandar. rupanya kau tahu kerusiku itu memang rosak. namun kau buat tak tau saja ek. tak guna. dah la gemok. penipu pula tu! nanti kau. nanti.." puteri kayangan bersumpah dalam hati sambil membuat gaya sivaji.

bersambung..

4 comments:

Mrs Camillo said...

puteri???? suspensing betoi

Aku Skema said...

hg mmg pelik..haha

Anonymous said...

adakah puteri itu ilya? hahahaha. lawak2. citer lak pasal bgaimana syahbandar dapat awek yg bernama nina. LOL. macam2 citer pasal syahbandar dalam kepala otak aku ni. (kuar tanduk). hahhaha.

-azwanbakhtiar- said...

anon
-banyak cerita ek? nanti PM kat aku. hehe