Friday, July 30, 2010

kapitalisme, dan kesannya terhadap pelajar utp.

utp telah mengikut jejak langkah usm dalam usaha pengharaman pembungkus makanan yang berasaskan polistrin. seingat aku, kempen tersebut dijalankan usm pada tahun 2007. dan utp baru saja melaksanakan kempen tersebut pada semester lepas. tiada lagi pembungkus polistrin digunakan di utp.


ini bekas yang diharamkan di utp.

sejajar dengan itu. pembungkus baru telah digunakan di utp. dikatakan. pembungkus ini boleh dilupuskan secara semula jadi (baca: bio-degradable). namun demikian. teknologi baru sentiasa membawa kesan dari segi kenaikan kos kepada pengguna. akibatnya. setiap pembelian yang membawa ke arah pembungkusan. pembeli (baca: pelajar) perlu membelanjakan lebih 30 sen. kos pembungkus yang tidak dapat ditanggung penjual.


ini bekas yang mesra alam tu.

walaupun berlakunya kenaikan kos membungkus. namun perkara tersebut tidak menjadi halangan buat pelajar-pelajar yang rata-ratanya suka makan sambil berada di hadapan komputer mereka.

namun pembaharuan tidak terhenti setakat itu sahaja. selang beberapa bulan kemudian. pembungkus mesra alam itu tidak lagi digunakan. dan digantikan dengan bekas plastik kalis gelombang mikro. bekas itu dimasukkan dengan harapan agar pengguna akan menggunakan semula bekas itu pada masa hadapan.


bekas plastik kalis gelombang mikro.


namun. harapan tinggal harapan. perkara tersebut tidak berlaku di utp. dan berdasarkan pemerhatian. aku tau sebab apa.

1. pelajar utp bukan jenis yang suka mengemas. mengemas di sini bermaksud membasuh semula bekas makanan yang digunakan. majoriti pengguna bekas tersebut akan membuang bekas itu selepas digunakan. kalau kau nak simpan masak megi pon. takkan tiap-tiap hari nak simpan 1 bekas? kalau sebulan. dah ada 30 bekas megi. nak masak 30 bungkus megi serentak ka?

2. adalah normal untuk berasa malu untuk membawa bekas plastik sendiri ke kafeteria. terasa macam akan ditimpa bermacam-macam tanggapan negatif. "wei gila kedekut mamat neh. bekas pun nak berkira." dan sebagainya. dan sebagai akibat. bekas plastik tu tetap akan dibuang.

cukup la takat tu. mungkin ada lagi banyak sebab.
***

apa lagi yang aku nampak? kesan jangka panjang.

terus terang aku cakap. aku rasa. kempen yang dijalankan tidak berkesan. malah merugikan pelajar utp sendiri. bukan saja penggunaan plastik yang kembali berleluasa. pihak kafeteria juga berjaya menambah keuntungan. kita masih macam dulu. eh. mungkin lagi teruk dari dulu. ekonomi para pelajar semakin parah dengan berlakunya perkara ini. memang kapitalis sungguh.

mungkin 30 sen dilihat kecil. namun impaknya besar kepada peniaga dan pengguna. kira sendiri kos tambahan setiap bulan. kalau tiap-tiap hari kau bungkus.

marilah kita kurangkan kapitalisme di utp. untuk kesejahteraan kita bersama.

3 comments:

aishah said...

bekas makanan yg biodegradable tu yg paling praktikal..
kalau usm bleh buat napa pulak utp x boleh..patutnya pihak utp la kena tanggung kos tu..demi kebaikan utp jugak..kalau harga bekas tu sama ngn polistrin mesti student bleh bagi kerjasama..xda beza pn..

Nash said...

erm2....
kesimpulan....
kapitalisme mmg menyusahkan para pelajar...bukan sekadar bekas makanan (^_^)

-azwanbakhtiar- said...

memang kapitalisme kat sini bukan takat bekas makanan ja. tak tengok lagi harga barangan yang kena mark-up gila-gila.

bila mintak naik elaun tak mau bagi. zz