Tuesday, July 27, 2010

lebih masa.

aku berjalan-jalan. saja malas naik moto. di suatu tempat. aku terjumpa seorang lelaki. lelaki itu memakai pakaian batchnya. oh ini mesti lelaki junior.

hanya junior yang masih terbawa-bawa semangat cintakan sekolah melalui pemakaian baju batch. atau baju kelas prep.

aku perasan. kat baju dia tulis. SAINS KEDAH 0509. ini bermakna. lelaki itu. masuk sekolah sains kedah tersebut. 2005. dan keluar pada tahun 2009.

masa aku form 5. dia form 2.

oh mudanya! serta-merta aku terasa diri ini tua. generasi baru dah mula masuk nak gantikan kami. yang ada masa tak lama sangat ja lagi nak grad. wow cepatnya masa berlalu!

aku berjalan-jalan. saja malas naik moto. sebabnya. aku akan ada lebih masa. untuk tengok persekitaran. yang aku jarang sedar.

2 comments:

ra|nbOw said...

like. huhu. erm. teknologi kdg2 dah buatkan semuanya tak seindah dulu.

Nurul Haniza said...

minggu 1st mmg msih byk masa..slmt brjalan2~