Sunday, August 8, 2010

cara nak jadi kaya tanpa MLM.

kau tak ada duit. kesempitan. nak masuk MLM? bukan saja risiko terlalu tinggi. haram pulak tu. lagipun kau tak ada modal yang cukup untuk masuk. maka kau hanya mampu tengok orang bergambar dengan duit pinjam yang sangat banyak.

maka. kau berfikir akan kelebihan yang ada. pada diri kau. memandangkan kau tak ada langsung kemahiran lembut (baca: soft skills) kau bertekad untuk kerja sambilan di McDonalds untuk gaji sebanyak 3.50MYR sejam. kalau rajin. sehari boleh dapat 35.00MYR.

kau tak terfikir pulak. kalau kau jual air kat pasar malam. kau boleh untung berganda-ganda. modal untuk sebungkus minuman tidak sampai 0.50MYR. dan kau jual pada harga 1.00MYR. untung 50 sen.

kalau kau jual minuman dekat 10 orang dalam masa 10 minit (purata). untung kau dah lebih daripada orang yang kerja sejam kat McDonalds. tu baru 10 minit. kalau 60 minit? kalau 3-4 jam?

oleh itu. kalau rasa macam nak kaya. tapi tak perlu susah sangat. kau jual saja minuman di pasar malam. bukan saja mudah. pulangan juga tinggi. asalkan kau pandai buat air (aku rasa tak susah mana) insyaAllah hidup kau akan lebih senang berbanding orang yang bekerja sambilan di McDonalds.

oh ya. jangan guna air paip pulak. ok?

1 comment:

aishah said...

ada ka org pasar malam tak guna air paip? sapa la nk masak air masak bertong2 pastu bawak p tapak pasar malam bancuh air guna air masak..haha..