Sunday, August 1, 2010

lawak bestari.

masa aku masih bersekolah dulu. aku duduk dalam kelas 5 Bestari. orang cakap. kelas tu. kelas makhluk-makhluk yang paling hebat. ok ni kira kelas pertama untuk aliran sains tulen. kelas pertama sains teknikal dok kat sebelah kelas aku.

ok kita potong merepek itu. (baca: cut the crap)

budak kelas aku agak terkenal disebabkan satu tabiat: suka buat lawak bestari. lawak bestari ni. adalah sejenis lawak. yang budak kelas aku ja boleh gelak. aku tak faham sebab apa orang lain tak gelak. padahal isu yang digelakkan tu isu yang 1sekolah tau kot.

ketidakfahaman aku tu berterusan sejak tahun 2006 sampailah tahun ni. 2010. dan ini berlangsung masa aku balik ke sekolah sekejap hari tu. sirih pulang ke gangang.

selepas beberapa tahun. majoriti dah berubah. dari segi saiz badan la. semua dah gemuk. haha. seperti biasa. orang-orang gemuk selalu menjadi bahan lawak.

***
aku: hg tengok tu! adq tak larat nak lompat. dah gemok!! haha

junior: abang adq tu. inersia tinggi. susah nak gerak.

aku: .. (kawan-kawan dia gelak-gelak sikit)
***

aku jugak perasan. kawan aku seorang ni dah jadi rendah sikit. bukan dia ja. aku pon terasa rendah jugak. maka aku pon p la tegur dia.

***
aku: wei prem. awat aku nampak hg pendek sikit ha?

prem: aku pon tak tau la wei.

junior: sebab abang prem duduk kat garisan khatulistiwa. graviti kuat. tarik dia sikit kot. sebab tu orang asia rendah-rendah ja kalau nak banding dengan orang benua lain.

aku + prem: ... (kawan-kawan dia gelak lagi)
***

kepulangan aku ke sekolah hari tu membawa 2 pengajaran.

1. lawak bestari ni untuk orang-orang yang kuat belajar. suka kaitkan dengan apa yang dia belajar.

2. aku dan prem dah malas belajar! dem!

6 comments:

aishah said...

adoi..ilmiah gla..
kat sini kami pggei lawak phd..
hanya para cerdik pandai ja paham..haha..
dh lupa la lawak 5 bestari.. bg contoh sket

ra|nbOw said...

huhu. okay. 1- budak2 skrng makin lame makin pandai. sengit.

lynawan said...

sokong aishah.bg contoh sikit.aku xla rs lwk kita stok ilmiah mcm tu.setakat bunyi-bunyian pelik dan lagu terima kasih cikgu.rsnya lebih tadika berbanding bestari

aRa_HaNi said...

haah la...kita selalu melawak ke??hehhe..tp aku xkan lupa la lagu tq kita...comwy..hehhe..

Niviey16 said...

wey korang... dalam banyak2 benda.. aku cuma ingat yg korang buat aksi masak bubur ke apa tah.
Farah ngan elin yg slalu buat. korang kumpul kat blakang kelas. siap kena rakam ok..tapi aku tak ingat la pula siapa yg rakam.

*ke aku sorang je yg ingat kisah ini?*

aishah said...

bubur? kek masak lemak ain aku igt la..hahaha..