Wednesday, September 8, 2010

malam terakhir ramadhan.

malam ni malam terakhir ramadhan. masa ni. mak-mak tengah kalut buat kuih raya. kakak-kakak tengah kalut hias rumah. adik-adik kalut main mercun. abah-abah semua kalut buat tarawikh dan pulun moreh terakhir tahun ni.

aku? duduk saja depan pc. main pes. hadoi.

terasa sedikit kecewa dengan cuti kali ni. sebab tak dapat hadir majlis perkahwinan sahabat baik aku. azri silmi. atau lebih dikenali dalam blog ni sebagai profesor gori. dah la lama gila tak jumpa dia. aku duduk jb. dia duduk czech. woi baru berapa tahun tak jumpa. tiba-tiba nak kawin dah!

3 hari lepas tu pulak. budak-budak batch aku. soksek0206 nak buat mega gathering. buat bbq kat astaka soksek. aku teringin nak p. tapi. masa tu. aku masih dalam perjalanan dari jb ke utp. tak sempat wei nak sampai. awat la hgpa tak bagitau aku awal-awal wei!

akibatnya. cuti pertengahan semester ni. dihabiskan begitu saja. tanpa sebarang aktiviti yang signifikan. tak apa. rehat cukup-cukup. T.T

apa-apa pun. selamat pengantin baru diucapkan kepada muhammad azri silmi bin azami dan bakal isteri. insyaAllah kenduri belah hg nanti aku sampai. semoga berbahagia sampai bila-bila ok?

oh. kepada yang lain. insyaAllah kalau tak ada aral melintang. majlis aku pulak akan diadakan sebelum 2016. amin~

dan oh ya. selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir dan batin. terima kasih kepada semua kerana masih baca blog aku ni sampai sekarang.

:)

4 comments:

Zinedine Zaiddin said...

Kem salam sama profesor gori. Tapi apesal panggil profesor gori? Dan hang bila nak kawin?

-azwanbakhtiar- said...

-zaiddin
1. insyaAllah.
2. try baca teori2 dia kat label tu. insyaAllah hg paham.
3. sebelum 2016 insyaAllah. haha

Firdaus Idris said...

hang dok jb belah mana??
aku xtaw pon

-azwanbakhtiar- said...

bon. masa AA ritu lg aku dah bagitau. aku dok area tampoi. haha