Saturday, September 25, 2010

membina masjid. dan isu-isu berkaitan dengan persiapan material.

sepanjang minggu yang penuh dengan test ni. aku sempat jugak la bukak facebook sekali-sekala. antara benda yang paling mendapat perhatian adalah benda ni.



(klik untuk pembesaran imej)

kat sini. kita boleh nampak. yang perempuan (berdasarkan gambar profil) semua inginkan perkahwinan macam ni. fairy tale. suruh bakal laki dia buat satu majlis perkahwinan yang gilang-gemilang macam ni jugak. mungkin ada yang nak lagi besar dari ni. besar macam mana? Allah saja yang tau. yang laki pulak. kebanyakannya diam ja. nak letak video ni kat wall sendiri pun tak mau.

sebab apa?

ninanuziana ada meriwayatkan kat blog dia. menyatakan sebab-sebab kenapa lelaki cenderung untuk kahwin lambat. walaupun keinginan batin lalaki tu sangat memanggil-manggil. tak mau tulis banyak sangat sebab tu. baca sendiri ek.

disebabkan aku seorang lelaki yang sangat teringin nak kahwin cepat. dari dulu lagi aku dah buat perkiraan belanja kahwin. draf perbelanjaan dibuat berdasarkan kadar belanja yang telah dikeluarkan kenalan-kenalan yang baru mendirikan rumah tangga.

secara kasarnya la.

sekurang-kurangnya. kena ada 35k MYR baru boleh ada satu majlis. minimum 10k untuk hantaran. 15k untuk majlis kenduri. dan selebihnya untuk belanja-belanja lain. pakaian pengantin. fotografi (yang memang betul-betul pro, bukan wannabes tau). andaman. dan macam-macam lagi hidden costs. oh lupa pulak. cincin kahwin. tu pun bakal menambahkan perbelanjaan tu.

itu baru perkahwinan yang biasa. ada la band kampung buat show sikit. kompang sikit.

dan seperti biasa. kos tu akan ditanggung pihak lelaki. selalunya pihak perempuan akan cakap: "dah hg nak kawin dengan aku. hg kena la pulun semua. aku tau kawin ja."

mendengar pengalaman orang yang dah kahwin buat aku risau. sampai kena berhutang seumur hidup sebab nak bayar balik kos majlis kahwin. oh dahsyatnya.

lepas tu. tiba-tiba. aku dengar. kawan baik aku nak kahwin. huih banyaknya duit dia. lalu aku tanyakan pengalaman dia pulak. dia cakap. setahun ja dia kumpul duit. hantaran pun tak tinggi sangat. kira ok la untuk isteri yang belajar medic di luar negara. majlisnya ringkas ja. cukup sekadar untuk orang kampung dan sahabat-sahabat tahu. yang dpa ni dah kahwin.

eh boleh rupanya kahwin walaupun kos tak tinggi sangat. meriah jugak.

aku terfikir. berbaloikah untuk orang macam kita ni. nak belanja sampai 40-50 ribu ringgit. untuk satu majlis. di mana. orang datang makan. tangkap-tangkap gambar. sembang-sembang. dan balik terus. tidur.

bagi aku. asalkan cukup syarat kahwin. itu dah cukup. mungkin kadang-kadang orang terlebih seronok nak hebohkan berita gembira. sampai tak perasan berapa banyak yang akan dibelanjakan. dan kesannya lepas tu. dan akhirnya. diri sendiri jugak yang terseksa. para jemputan yang kononnya 'meriah' tu memang dah tak akan ambil tahu keadaan pasangan tersebut selepas kahwin. yang nampak. hanyalah 'kemeriahan' ketika majlis tersebut.

isu kahwin memang buat ramai orang rasa tertekan.

masyarakat perlu berubah. semua orang marah bila ada kes buang anak haram. ok la. mungkin perempuan tu bodoh bagi semuanya kat laki tu. tapi pernah terfikir tak. kos untuk kahwin yang tinggi sangat boleh menyebabkan mereka ambil jalan singkat? 'ala, nanti dah kawin pon romen macam ni jugak.' semoga kita terpelihara daripada semua benda ni. amin.

Islam agama yang mudah. sebab apa perlu kita susahkan?



rujukan:

10 comments:

Mamad said...

pompuan 2 muke cam org asli je pon..

ra|nbOw said...

wahaha. jahatnye komen kwn ko si mamad nih. tskk.

pompuan tu manis n nmpk lembut :)

azwan. ak baru nak post blog ttg nih. sbb ak tgk klip tu, yg jd o my god tuh sbb ak pk 'kalau die abis sejuta utk kawin pun ak caye' '-____-''

and aku terpk, bnyknye duit die. tskkk. btw. hari tu ak borak dgn officemate, kak elly. kawin dgn husband sebaya, time umur 24. skrng die org 25.

husband die kumpul duit 3 years dr study lg. and mmg die org pnye majlis simple, cam org kawin biase kte tgk, buat dkt umah, tp kenduri n catering je 13k. total ak tnye, abis dlm 30k.

ak cam.. errr. azwan. mmg ak akan kawin lmbt. tskkk.

btw. good luck! :)

-azwanbakhtiar- said...

mamad
-aku tak komen pasal video tu. aku komen pasal kehendak orang yang nak kahwin sekarang ni.

qila
-ha. tu baru kumpul duit nak kahwin. tak kira nak beli kereta. rumah. dan segala keperluan lain. susah wo.

eh bukan ada open house ka hari ni. p la buat keja. huhu sori tak dapat hadir. jauh sgt~

kenduri kahwin hg nanti aku sampai insyaAllah. :D

sue-mai.al-musadda said...

dear soksek,

lelaki plan kenduri kahwin dia paling awal pun 2-3 thn sblm berkahwin. perempuan plan kenduri kahwin as early as 6 years old. bagi perempuan, ni event plg pntg dlm hidup dia.

man are from mars, women from venus. we are different.

Anonymous said...

dah la samad ko tu jual berger je. jangan la nak berangan. kate nak besarkan perniagaan tapi beli lori. eh i x main la lori. kerete ok. nuff said.

-azwanbakhtiar- said...

sumai
-semua orang plan. aku tak rasa tu satu masalah pun kalau nak rancang sebelum mak dgn ayah hg kawin lagi. tu semua terpulang.

dan aku tak kata pun majlis perkahwinan tu bukan yang paling penting dalam hidup lelaki. cumanya. tak perlu berlebih-lebihan. tak ke mana pun. kenapa nak kejar glamor kalau hidup sendiri melarat?


oh ya. seingat aku. laki atau perempuan semua sama saja. datang dari Adam as jua. tak adanya mars ka venus. propaganda sungguh

anon
-yeah enough said.

Mamad said...

yeke cm2..
ak xabes bace ar cmni..
kawen meriah ke x 2 x penting, malam pas kawen 2 yg penting.. haha..

Olivia Chin said...

hahahaha.. sangat tak tercapai akal kan..ntah 2 juta tu..

Sopek said...

kah3. gua suke dengan part pompuan dari adam tu. takdenye dari mars ke venus ke. tu sume bidaah je tu. hahaha.

gegardo said...

oi.
apsal amik gambar aku tanpa pengetahuan aku?
grr.
nk royalti