Saturday, January 8, 2011

entri penuh gambar: pengembaraan di taman negara pulau pinang

pagi ni, seperti yang telah dirancang, aku dan sufi bersiap-sedia untuk pergi ke taman negara pulau pinang, yang terletak di teluk bahang. semangat wei nak p. dah lama tak sampai. kali terakhir sampai adalah pada hujung tahun 2006. malas nak taip banyak-banyak, tengok saja gambar ni sampai habis ek. :D

sebelum gerak: telefon mak dulu. mintak restu. barulah perjalanan selamat. lepas tu cuba telefon syahizad. aku dah tau, mesti dia tak bangun lagi ni. heh. sangkaanku tepat sekali.


sementara tunggu depa tu bangun, aku dan sufi bergerak ke taman tun sardon, makan bihun sup! lupa tangkap gambar. gambar ni dicuri dari famouschris.


jangan tengok awek kat kanan tu. tengok pakcik buta yang main biola. wow beliau sangat gifted.


dah sampai dah. mana azrin, syahizad, hadi, dan farid arief ni?


sambil menunggu, tengok gelagat orang di jeti. :D


hoi bila depa ni nak sampai? dah dekat sejam tunggu ni.


tak tahan punya pasal, terus p tengok peta. sufi, jom kita p pantai kerachut!


muka paling excited nak masuk taman negara penang kali ke3.


nampak macam taman biasa ja. tapi laaagi cantik!


peta sebelum memulakan perjalanan. kami pilih jalan ke kanan, sebab nak naik titian kanopi yang berharga rm5.00 untuk manusia dewasa dan rm3.00 untuk manusia kanak-kanak.


masa ni masih bertenaga nak berjalan. eleh tak jauh mana pun laaa.


maka perjalanan sebenar pun dimulakan..


ok yang tiang konkrit tu, sebenarnya bekas tapak nak buat chalet, tapi dibatalkan, sebab kawasan ni dah diisytiharkan sebagai kawasan taman negara. :)


basuh kaki yang dalam cebok, eh croc tiruan yang dibeli kat roadwalk hujung minggu lepas dengan harga rm10.00.


cantik kan?


ok kat sini la tempat nak naik titian kanopi yang berharga rm5.00 tu.


wow. nampak menggerunkan.


gayat wei!


tapi aku anak jantan. tak ada apa la benda ni. heh.


dah habis, turun ke laluan yang paling sukar..


dan berjaya melepasinya! hoyeah!


tak ingat apa motif masukkan gambar ni.


ah, halangan di sini. lubang yang AGAK besar. nak lepas macam mana ni?


lompatan super..


SAIYA!!


huh selamat sampai~


macam ular yang kena sumpah jadi kayu.


perjalanan diteruskan..


eh?


uih. kat sini tak boleh buat lompatan super saiya. goku pon mati macam ni. haha


huih, kena pegang tali baru boleh turun. kalau tak..


tinggi kan? kawasan ni dinamakan 'bukit belah'. dikhabarkan. lorong ni telah digali oleh penebang pokok, untuk membawa kayu balak yang ditebang dalam hutan ni suatu masa dulu.


dikhabarkan lagi, hanya 7 orang yang korek lorong ni, dalam masa 10 hari. guna cangkul wei! gila ka hapa. kuat betoi kudrat orang dulu-dulu. orang sekarang? haha


cakap pasal kudrat. tengok tu. dok ada 1.12km lagi nak kena jalan. penat woi!


berjalan bersama semut.


uih sini kena tunduk sikit.


hoi jangan usha bontot aku aaa!


dah panjat, kena la turun pulak.


yeah ada 100 meter saja lagi. 5 minit saja tinggal. rasa bersemangat!


bila tengok bukit macam ni, semangat yang membara tadi dah hilang. p mana tah.


sampai jugak kat pantai kerachut. uik ada orang photoshoot? wow.


bukti yang aku dah sampai sini. bukan photoshop aa.


oh sungguh azab berjalan atas pasir pantai yang panas.


huh huh, sampai juga akhirnya. eh sufi, hg kandid aku ek?


sabaq laa, nak buang pasir pantai yang dok ada dalam cebok ni. hoi jangan la snap lagi..


aku dah give-up.


tak boleh mandi kat sini, sebab ada banyak sangat obor-obor. dulu aku mai ada banyak, hari ni kami tak nampak la pulak.


pantai kerachut.


jeti. lelaki dalam gambar tu berasal dari german. guten tag!


brader german tu naik bot ni nak balik ke teluk bahang. lepas tu kami pun naik sama-sama dengan dia.


suasana dalam bot.

sampai-sampai ja kat jeti teluk bahang, solat zohor. lepas tu singgah pusat interpretasi taman negara. sempat jugak bergambar.


are you ready kids?

vacation over! terima kasih kepada sufi nordin, housemate merangkap penangkap gambar setia sepanjang perjalanan hari ini. may the force be with u bro!

ni la sufi.

lepas ni kita mengembara kat tempat lain pulak ek!

2 comments:

aishah said...

nice! Likes this!
x sangka kat penang pn ada tmpt secantik itu..haha
cuti-cuti penang!

ain yasin said...

wehh,cmne nk g sne??