Sunday, February 6, 2011

apa yang aku nak buat bila jadi perdana menteri?

merujuk kepada tajuk di atas, sukacita dimaklumkan bahawa inilah manifesto saya untuk kempen pilihanraya umum yang akan datang 20 tahun lagi.

1. memegang prinsip 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan', saya dengan ini akan meningkatkan cukai gula di Malaysia ini. hal ini demikian kerana gula mampu membuatkan anda gemuk, serta mampu membuatkan anda terpaksa memotong kaki sendiri akibat gula yang berlebihan. saya sendiri menjadi gemuk kerana gula berlebihan. langkah ini insyaAllah akan membuat anda menggunakan gula secara berpatutan.

2. untuk menggantikan gula, saya telah membuat rancangan untuk menjadikan Malaysia yang tercinta ni sebagai negara pengeluar buah-buahan terbesar di Asia Tenggara (buat masa ini). gula yang didapati dalam buah rasanya sudah cukup untuk menggantikan gula yang telah saya mahalkan sebelum ini. maka tiadalah masalah kencing tawar atau kencing masin lagi.

3. untuk memastikan rakyat benar-benar mengikut pelan saya, gula akan dijual pada harga yang sangat tinggi, lebih kurang rm10 untuk sekilo. mengikut pelan ini, rakyat malaysia akan bebas daripada masalah kencing manis selepas 2 tahun pemerintahan saya. cepat bukan?

4. apabila tiada rakyat yang terhidap kencing manis lagi, secara langsung saya dapat menjimatkan perbelanjaan untuk rawatan kencing manis di hospital kerajaan. duit yang dapat dijimatkan itu akan digunakan sebagai subsidi. bukan subsidi petrol, tapi subsidi barangan keperluan menjelang hari perayaan. saya faham bahawa kita memerlukan bekalan makanan yang tinggi ketika itu, jadi subsidi bahan makanan akan membuatkan kita dapat merayakan perayaan-perayaan tersebut dengan lebih meriah.

5. apabila perayaan disambut dengan penuh kemeriahan, ini akan mewujudkan keharmonian dan perpaduan antara masyarakat madani, lantas membolehkan negara ini terus aman dan sentosa. apabila semua ini berlaku, maka pelancong-pelancong asing akan lebih tertarik untuk datang ke negara ini. akibatnya, semakin banyak wang yang disalurkan ke negara kita, dan siapa yang akan kaya? tentulah kita semua!

6. semua ini dapat dikecapi hanya dengan menaikkan harga gula. ha tengok tu. kan banyak kelebihan yang ada bila satu langkah yang mudah ni dilakukan. semoga kita berjaya menjadi kuasa besar asia tenggara.

akhir kata, undilah saya 20 tahun lagi untuk kemakmuran masa hadapan!
HIDUP MALAYSIA RAYA!

yang ikhlas,
Azwan Bakhtiar.




nota kaki:

namun begitu, dalam diam, saya juga akan mengusahakan perniagaan gula yang diseludup dari negara jiran. jika ada yang berminat untuk menjadi sub-con saya, sila tulis 'saya mau gula seludup!' di ruangan komen. keuntungan akan dibahagikan sebanyak 50:50. terima kasih.

3 comments:

fatynadia said...

hai. awat gula ja. bajet yang lain taknak bentangkan ka?

lepas ni rakyat malaysia kuruih kuruih belaka.

disebabkan mereka kuruih mereka akan diambil jadi model

dengan menjadi model mereka akan terkenal di serata dunia

dengan terkenal, dunia akan mengetahui orang malaysia lawa lawa belaka

wakakkaa

lynawan said...

kalau mcm tu hang kena naikkan harga tepung dengan beras jugak lialab penyumbang utama glukos dalam darah manusia ialah benda2 karbohidrat macam ni.

otaconisme said...

naikkan harga rokok...
erk...