Tuesday, May 10, 2011

membuka dan menutup transformer.

hari ni aku terasa macam nak berkongsi dengan semua tentang benda yang kita belajar masa sekolah dulu, transformer. setakat ni kita dok baca ja dalam buku. kali ni aku tunjuk prosedur membuka transformer, dari mula sampai habis, insyaAllah.

lokasi: stor tempatan alor setar.

ni pemandangan biasa sebuah stor. aku ingat bangunan berbumbung. haha


inilah rupa transformer. ni jenis hermitically sealed.


maka kita sediakan peralatan keselamatan persendirian.


botol ni digunakan untuk simpan minyak transformer dan jugak kertas penebat.


benda ni tulis semua data transformer yang kita nak bukak.


ambil data dari plat yang ada data tu.


sufi rekodkan segala penemuan kat bahagian luaran transformer.


ni nama dia bushing. ada 2 bahagian, voltan tinggi, dan voltan rendah.


bekas mengandung gel silika. benda ni menyerap segala kelembapan daripada memasuki sistem transformer yang kat dalam. berubah warna bila lembab.


contoh bushing yang dah patah. ok bushing ni dibuat menggunakan seramik.


ini kren.


kita angkat transformer ni ke tempat yang lebih lapang.


ha ni la tempat lapang tu. dilapik dengan kanvas agar minyak transformer tak tumpah ke tanah.


tangkap gambar benda-benda yang patut. cari la apa-apa yang tak kena.


bila bukak skru penutup transformer, tekanan dalam transformer lagi tinggi daripada tekanan atmosfera, maka minyak akan keluar.
maka kita kena sedut minyak ke dalam botol, untuk elakkan minyak tumpah ke tanah.


ok semua skru dah bukak, masa untuk tarik keluar penutup transformer.


ok, ni gelung tembaga (coil winding). disebabkan kita guna 3 fasa (3 phase), maka ada 3 coil windings (red, yellow, blue)


maka kita letak penutup transformer bersama windings tadi tu kat bawah, untuk pemeriksaan bahagian dalam.


tangkap gambar bahagian dalam pulak. sekali lagi cari benda-benda yang patut untuk ditangkap gambarnya.


potong kertas penebat, untuk pemeriksaan windings.


bila dah selesai semua, masukkan winding balik, ketatkan skru penutup, dan simpan balik kat tempat kita ambil tadi.


maka tamatlah proses membuka dan mencari masalah (post mortem) dalam transformer. lain kali aku cerita pasal benda lain pulak ek. sekian terima kasih.

:D

Friday, May 6, 2011

hari Jumaat yang penuh pengajaran.

baru-baru ni, ada kes kemalangan di sebuah stesen janakuasa, yang mengakibatkan kematian seorang pelatih di sana. al-Fatihah.

maka, sejak itu, para mentor tnbr macam tak berapa nak bagi kami ni keluar outstation sangat.

nasib baik mentor aku dengan sufi stylo. merasa jugak meronda merata. hehe

makanya, ada rakan seperjuangan dari uniten, bersemangat nak bawak 9 budak uniten lain, dan kami berdua sekali, untuk pergi melawat stesen janakuasa, atas tiket lawatan teknikal. melawat saja. tak ada pegang-pegang apa pon.

oleh yang demikian, kami pun mulalah membuat kertas kerja. huih betoi2 bersemangat ni.

kami membuat temujanji dengan pihak pengurusan sumber manusia pada pukul 12 tengahari tadi.

kalut punya kalut buat kertas kerja. pukul 1145 baru siap. nak print la benda tu. maka kami menuju ke printer berkenaan.

elok-elok nak print ja, tiba-tiba.

tiba-tiba ja woi. mentor sorang budak ni tiba-tiba emo.

'apa yang kamu dok pandai-pandai buat ni ha? mentor hgpa bagi ka?'

uik? kami baru ingat nak p bincang dengan pengurusan. kalau dpa bagi line, baru la tanya mentor.

tapi mentor ni dok bising-bising, sampai semua orang yang tak berkenaan pon dengar. adoi malu wei. jadi macam kami pulak yang buat salah.

budak yang bawah mentor ni, punya la malu. sampai cakap pon dah terketar-ketar. marah sungguh dia. kami diam jela. takkan nak p cucuk dia lagi kot.

maka kami tak jadi jumpa pengurusan pada pukul 12 tu. kebetulan orang yang kami nak jumpa tu habis mesyuarat pukul 1215. maka dia tangguh perjumpaan kami tu sampai lepas sembahyang jumaat.

dalam perjalanan ke masjid, membe kami tu emo tak habis lagi. dok rancang nak bagi pancit tayar kereta, calar kereta. sampai nak p tumbuk muka mentor dia la.

wow.

tapi Allah Maha Bijaksana. ada saja cara Dia nak bagi hidayah kat kami.

tajuk khutbah pada hari ni: MENGAWAL KEMARAHAN.

dikhabarkan, ada seorang sahabat datang berjumpa Rasulullah untuk meminta wasiat (pesanan).

Rasulullah menjawab: janganlah kamu marah.

sahabat itu bertanya lagi: apakah wasiat lain untukku?

Rasulullah jawab lagi: dan janganlah kamu marah.

sahabat itu bertanya lagi, untuk kali ketiga: apakah wasiat lain untukku?

Rasulullah menjawab: dan janganlah kamu marah.

kita haruslah bijak mengawal marah.

ada 4 jenis manusia:

1. cepat marah, dan cepat sejuknya.
2. cepat marah, tetapi lambat sejuk.
3. lambat marah, dan lambat sejuknya.
4. lambat marah, cepat sejuknya.

berdasarkan jenis-jenis di atas, dapat disimpulkan bahawa yang cepat marah tapi lambat sejuk adalah orang yang paling payah nak diuruskan, berbanding yang lambat marah tapi cepat sejuk.

kita harus belajar untuk menjadi seorang pemaaf.

boom!

khutbah tu memang merentap jiwa kami semua. memang sangat kena dengan waktunya.

alhamdulillah, membe kami tu sejuk kembali. ternyata dia tak tidoq masa khutbah. haha.

maka perbincangan dengan pengurusan berjalan lancar. insyaAllah lawatan yang dirancang akan dijalankan. cuma nak kena edit kertas kerja tu la sikit.

semoga kita berjaya menjadi manusia yang berjaya melawan perasaan amarahnya. amin.

:D