Friday, June 3, 2011

Himpunan Sejuta Belia: edisi Laporan Bergambar Lambat Siap

minggu lepas, telah berlangsung satu himpunan sejuta belia kat putrajaya.ok aku tak tau berapa bilangan sebenar. tapi kira besar jugak la. aku dan sufi, acap sulaiman, dan kamarul berjaya menyampaikan diri kat situ. seperti biasa, malas nak menulis. so letak gambar jela kot. hahaha.

kami sampai-sampai. tak tau nak jalan mana. makanya, pusing jela yang mana rasa boleh sampai. oleh yang demikian, kami sampai kat kawasan yang ada pertandingan moto berhias.


honda wave bertemakan digimon.

LC bertema dragonball. kalau tak silap tuan moto ni belanja MYR20k nak buat sampai tahap ni.


lagenda buat single seater.

lagenda buat tema team repsol honda.

tema Alice Team.


tak pasti moto apa. honda apa tah. tuan moto cakap sampai sekarang dia bawak lagi moto ni. tapi jarak dekat jela. cukai jalan dengan insurans hidup lagi.

ubahsuai sampai aku pon dah tak kenal. ego/nouvo kot. bubuh pembesar suara di merata-rata tempat.

ex-5. tengok dalam bakul dia tu.

zoom in bakul dia. haha.

honda wave lagi. kotak givi dengan bakul dia buat letak speaker. habis tu nak letak barang kat mana?


ego kot. tengok bahagian belakang.

sekali lagi zoom in. wei awat aku rasa tu rim dan tayar kereta ha?

LC tema Benetton Formula.


LC tema onepiece. aku suka yang ni..

..sebab cara dia ubah lampu depan dia. nice!


sebab aku suka, aku letak 3 gambar. hahahaha.

Acap, Kamarul & Sufi bersama ducati multistrada 1200. harga dalam MYR143k.

aku & kamarul dengan cbr1000rr tema repsol honda sebenar!


panjat ducati corse. harga dalam MYR229k. zzz


ada konsert hapa tah. masa kat himpunan sejuta belia neh, setiap 100meter ada pentas konsert.


ular. kat booth JPA dpa bagi orang awam tankap gambar sambil pegang ular. aku tangkap gambar ular ni, tapi terbukak flash. terkejut ular ni. kesian kat dia. huhu.


satria neo lotus edition.

ni dok berhimpun untuk konvoi apa tah.


tiba-tiba ada orang dok buat persembahan boria. lepas tu ada tarian singa pulak.


anggota RELA dok beratur rama-ramai. nak sambut ketibaan para menteri kot.


ni kereta proton yang diubahsuai. cuba teka ni asalnya kereta apa.

ok aku bagi klu lagi. tengok dari belakang pulak.

ok kereta ni huduh. tak payah teka.

sasuke malaysia. macam ninja worrior/istana takeshi sikit-sikit. ada jehan miskin kat atas, jadi hos. tapi tak tangkap gambar sebab zoom tak sampai. hahaha.

lepas tu kami sampai kawasan orang letak kereta klasik. tak larat nak tangkap semua. ambil sikit saja. haha








kami sampai pukul 3. balik pukul 10 malam. tu pun tak habis ronda lagi. tengah malam tu datang lagi. tengok perlawanan akhir liga juara-juara bersama-sama DS Najib. tak payah cakap sapa menang. haha.

oh. esoknya kami sampai lagi. terjumpa datuk lee chong wei, ada sesi autograf. apa lagi, beratur laa.

ni poskad yang dia sign. tak sempat tangkap gambar sama-sama. dia nak cepat. haha


kesimpulannya. aku tak boleh lari daripada benda-benda yang berkaitan moto dan kereta, walau kat mana pon aku p. zz

sekian, terima kasih.

ps: kereta oren tu asalnya proton persona. heh boleh ja buat bagi ganas. sebab apa tak mau buat kereta macam ni pon aku tak tau.

No comments: