Friday, July 22, 2011

hari tu, aku ikut brader-brader tnbr jalan-jalan. malangnya, sebelum memulakan perjalanan, kami baru perasan yang tayar kereta pemandu dah pancit. diselidik-selidik, rupa-rupanya ada sebatang paku tercucuk kat tayar tu.

maka kami bersusah-payah la menukar tayar kepada tayar ganti. selepas tu kami bergerak ke kedai tayar untuk mendapatkan perkhidmatan lanjut, menampal tayar dan mengisi angin.

tapi abang ni tak mau p sebarang kedai. dia cakap nak cari kedai yang ada perkhidmatan isi gas nitrogen kat dalam tayar.

and i was like, huh?

ada jugak ka isian nitrogen dalam tayar? ada jugak ka orang yang isi nitrogen dalam tayar? awat depa buat camtu? nak bagi laju kereta ka (NOS)? #lamejoke


disebabkan ada sorang manusia yang rajin bertanya, dialog ni terhasil:

***

Q: bang, pasaipa nak kena isi dengan nitrogen jugak-jugak?
A: sebab tayar lain semua isi dengan nitrogen. bagi sama jela

Q: apa yang best sangat dengan nitrogen neh?
A: nitrogen ni sejuk, susah mengembang. tekanan dalam tayar sentiasa sama, tak kira malam atau siang.

Q: oh bagus la macam tu. free ka?
A: tak, harga ikut kedai. kedai ni, 1 tayar rm8.

maka aku pon dah berangan-angan nak bubuh nitrogen kat moto PJB aku tu. tanya-tanya lagi:

Q: apa lagi yang syok pasal nitrogen ni bang?
A: kalau bubuh nitrogen, tak payah isi minyak sampai 6 bulan!

(diam sat)

A: eh silap, tak payah isi angin sampai 6 bulan~

***

haha syok betoi kalau-kalau ada orang tersasul cakap ni. :D

Thursday, July 21, 2011

slammers back to school tour part ii

selepas berhempas-pulas main dengan matjiwa0206, kami bergerak ke alma mater, soksek! ni sebahagian lagi gambar yang aku curi dari fb izzat ball.

tunggu budak-budak ni siap, nak jalan-jalan sat. sila abaikan baju arsenal yang aku pakai. abdullah zubair bagi percuma. terlebih beli kat uk.

shidan bawak jersi baru.
abang husni dah jadi cikgu sekarang. dia masuk team kami.


berjalan kaki ke court yang berada di belakang padang.

warm-up ramai-ramai.

warm-up lagi.

tangkap gambar sebelum main.

cheer sebelum mula main. :D

salam sebelum main.

jump ball.

khairul azhar dengan muka paling pulun.

memang kami asyik kena fastbreak ja dengan depa ni. mentang-mentang fit.

percubaan menyelamatkan bola gagal.


sebagai makhluk upnm, shah memang style.

semua dah pancit. hahaha

shah perform. fit benar. haha

serius blur time ni.

aku rasa prem blur tengok mamat tu gigit baju masa main.

mata akhir: memang kami kena bantai la. haha

gambar selepas main. semua dok tunjuk tangan kat bakal pengantin baru masa tu, kapten abdullah zubair.

gambar macam ni pon nak tangkap jugak.

tangkap gambar kat depan dewan makan. aku paling suka gambar ni. :)

tangkap gambar kat pintu depan sekolah.

maka tour tahun ni pon telah mencapai kemuncaknya. terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam penjayaan projek ni. semoga kita semua bersatu lagi pada tour akan datang.

Tuesday, July 19, 2011

kapten saya kahwin!

pada hari sabtu lepas, selain liverpool main bola lawan malaysia, kawan baik merangkap kapten saya telahpun selamat diijabkabulkan dengan pasangannya. sori aku tak sempat datang. dah beli tiket liverpool sebulan awal. huhu.

semoga mereka bahagia hingga ke cucu cicit.

kapten abdullah zubair bersama pasangan

hm. dah 2 orang kawan baik kahwin (tengok sini jugak!), bila lak giliran aku dengan dinda neh? semoga semuanya dipermudahkan, amin~

Friday, July 15, 2011

mengambil sampel minyak transformer

hai semua~ bertemu kita kembali dalam entri yang membincangkan perbuatan aku sepanjang praktikal ni. kalau hari tu aku cerita pasal membuka dan menutup transformer, hari ni aku nak cerita pasal cara-cara mengambil sampel minyak tanpa membuka transformer.

sebelum tu, mari aku ceritakan sedikit sebanyak pasal sampel minyak ni.

setiap transformer memiliki jangka hayat yang tertentu. selepas beberapa tahun, mungkin puluhan, transformer ni akan mula mengalami proses penuaan. macam manusia jugak, bila dah tua tu, mula la ada macam-macam masalah.

salah satu fasiliti di tnb research adalah makmal minyak transformer. makmal ni adalah makmal yang paling besar kat sini, dan jugak makmal minyak transformer terbesar di malaysia. sebenarnya ada lagi dua makmal macam ni kat malaysia, tapi yang kat tnb research ni yang paling dikenali ramai.

banyak pelanggan yang menghantar sampel minyak transformer mereka untuk diuji. kebanyakannya datang dari tnb sendiri, tapi ada jugak dari syarikat lain, macam petronas dan sesb (sabah electric sdn bhd). oh ya, tnb hanya ada kat semenanjung malaysia. sabah dan sarawak ada syarikat utiliti mereka tersendiri.

selain malaysia, ada jugak syarikat dari luar yang menghantar sampel minyak mereka ke sini, contohnya indonesia, kemboja, dan pakistan. makmal minyak transformer kat tnb research memang diperakui serata dunia. selain daripada caj yang dikenakan lebih murah, keputusan yang diterima setanding dengan ujian dari makmal minyak transformer terkemuka lain.

ok, sambung kembali cerita kita hari ni. hari rabu baru-baru ni, aku dan sufi diberi peluang untuk mengikuti pasukan Transformer Oil Lab (TOL) pergi mengambil sampel minyak, kat alor gajah, melaka.

perjalanan melebihi 2 marhalah ni telah membawa kami ke sini.


ok ini transformer yang bakal diambil sampel minyaknya. transformer ni kecik ja. 11/0.433kV. transformer injak turun (step down). dari 11kV kepada 0.433kV. transformer jenis ni selalunya digunakan di kawasan perumahan.


ahli pasukan TOL akan mengambil sampel minyak dari transformer hidup. maknanya, tak tutup pon tranformer tu. memang memerlukan skil dan keberanian yang tinggi untuk melakukan penyampelan. kalau silap sikit ja, pasti mati.

hari ni, yang akan mengambil sampel adalah abang fauzi. aku suka abang ni. dia memang tak kedekut ilmu. banyak sangat ilmu pasal minyak transformer yang dia turunkan kat kami. dah la budak praktikal, dari utp pulak tu. haha.


ok dalam gambar ni, abang fauzi tengah membuka valve minyak transformer. dari sini la minyak akan disampel. juga kelihatan dalam gambar bekas untuk menakung minyak transformer yang berlebihan. macam aku cerita dalam entri transformer sebelum ni, minyak transformer tak boleh dibiarkan tumpah ke tanah. ada cara untuk melupuskan minyak transformer ni.


maka kita masukkan injap kawalan aliran minyak. injap ni mempunyai termometer, untuk menyukat suhu transformer. sebab tu la kita tak tutup transformer masa mengambil sampel. sebab nak catat suhu semasa operasi.


kita akan ambil 2 sampel minyak. dalam 0.5 liter setiap botol. 2 sampel diperlukan atas beberapa sebab:

1. dalam banyak-banyak ujian minyak, 1 ujian ni mesti dilakukan dulu. ujian ni agak lama nak buat. maka sementara menunggu keputusan ujian tu, ujian yang lain boleh dibuat menggunakan sampel yang lagi satu tu.
2. kalau keputusan ujian didapati lain macam, kita boleh buat ujian tersebut sekali lagi, menggunakan sampel kedua untuk dibuat perbandingan.


kita isi botol dengan minyak transformer sampai penuh. betul-betul penuh. lepas tu kita masukkan penutup. nak masukkan penutup putih tu susah bila minyak penuh. maka kita gunakan pengikat kabel (macam kat mydin tu, yang guna nak ikat beg plastik) untuk membantu kita memasukkan penutup.

maka siaplah kerja mengambil sampel minyak transformer. seterusnya, sampel ni akan dibawa ke TOL untuk ujian-ujian yang berkenaan.

entri transformer seterusnya: ujian-ujian kat Transformer Oil Lab!

Thursday, July 14, 2011

slammers back to school tour part i

setelah berpakat selama hampir 2 bulan, budak-budak basket soksek lepasan 2006 dan 2007 sepakat untuk membuat gathering, nak main basket bersama-sama, macam dulu-dulu. program kami ni mendapat sokongan dari pihak soksek. masuk ni, dah 3 kali program slammers back to school ni diadakan. 2007, 2010 dan tahun ni. kami memang suka main basket dengan junior. haha.

tahun ni kami buat pada 2 julai.

program tahun ni lebih meriah, apabila perlawanan tambahan telah dimasukkan dalam jadual. pada sebelah pagi, kami bergerak ke gelanggang tertutup MCA merbok, untuk bertemu pasukan adik-beradik dari sms sultan mohamad jiwa (smssmj) lepasan 2006 jugak. dan macam yang hgpa semua boleh bajet, sufi la yang berjaya mengumpulkan semua kawan-kawan dia.

tak mau tulis banyak, tengok jela gambar-gambar ni eh:

team matjiwa dapat free throw.

masa suku pertama, memang kami kena ayam kaw-kaw dengan matjiwa. cis cakap ja dah lama tak main, perform macam tu jugak sorang-sorang. haih.

nak cuba jugak-jugak buat 3point shot. hahaha

masuk suku kedua baru la slammers dapat rentak balik. boleh la kejar. jaringan-jaringan bakal pengantin, dan jugak kapten kami, abdullah zubair berjaya buat kami kejar matjiwa balik.

kapten abdullah zubair, macam biasa, perform.

sampai sekarang aku tak paham apa yang depa 2 ni nak buat. heh

gambar kenang-kenangan sebelum balik. bahagian kiri gambar (geng merah) geng matjiwa. belah kanan geng soksek.

keputusan akhir: soksek slammers 47 - matjiwa 38.

bahagian ii cerita pasal lawan dengan junior soksek pulak eh.

Tuesday, July 12, 2011

persediaan.

aku rasa, semua orang tau, yang aku ni penyokong liverpool fc. hampir semua orang tau, liverpool fc nak mai buat tour kat asia, dan malaysia salah satu negara yang termasuk dalam senarai negara yang dilawati. yang aku rasa tak ramai yang tau, liverpool nak mai hari sabtu ni (16 julai), dan tiket perlawanan persahabatan menentang skuad malaysia xi ni, memang cepat sangat habis.

aku dan sufi siap mintak cuti lagi nak p beli tiket. beratur dekat 2 jam kat klcc, hanya untuk dapat tau tiket rm108 yang kami nak beli dah habis. tak apalah, dapat tiket rm68 pon jadi la. menghadap kamera jugak.

menjelang perlawanan sabtu ni, aku dah berusaha mendapatkan beberapa benda:


tiket rm68. green gate. menghadap bangku simpanan. boleh tengok king kenny. hahaha.


training pass. hari khamis ni. boleh tengok depa jogging keliling padang 4 kali. training pass ni terhad wei!

kemeja t khas sempena perlawanan ni. beli kat rejectshop pada harga rm49. tiba-tiba rejectshop jadi pengedar rasmi barangan liverpool. ada jual macam-macam jenis kemeja-t, kemeja polo, skaf, lanyard, bola, dan macam-macam lagi. sila dapatkan barangan anda di rejectshop yang berhampiran anda. hahaha.


skaf. dinda bagi. beli kat adelaide. baru sampai pagi tadi. terima kasih banyak-banyak! :D

haha, berhabis banyak jugak rupanya untuk sabtu ni. punyalah semangat. lepas tu. bila dapat tau benda ni:

henderson, reina, LUCAS, gerrard, suarez semua ni tak boleh datang!!

kenapaaaaaaaaaaaa?

henderson tengah bercuti lepas piala dunia bawah 21 baru-baru ni. gerrard dengan reina dalam proses pemulihan selepas pembedahan. lucas dengan suarez terlibat dengan copa america kat argentina.

haih sabaq jela. 22 tahun menanti. aku akan turun jugak insyaAllah. kepada Abdullah Zubair, kapten aku yang akan mendirikan rumah tangga pada hari itu jugak, aku mintak maaf sebab tak dapat turun kelantan. kenduri belah penang aku turun insyaAllah. selamat pengantin baru bro!

kita jumpa di stadium sabtu ni!

Monday, July 11, 2011

terfikir.

dulu, ada orang cakap, dia suka baca blog aku ni, sebab entri aku selalu buat dia berfikir.

sekarang, aku dah jarang sangat-sangat kemaskini blog. aku terfikir.

"sekarang ni aku dah malas berfikir eh?"