Friday, July 15, 2011

mengambil sampel minyak transformer

hai semua~ bertemu kita kembali dalam entri yang membincangkan perbuatan aku sepanjang praktikal ni. kalau hari tu aku cerita pasal membuka dan menutup transformer, hari ni aku nak cerita pasal cara-cara mengambil sampel minyak tanpa membuka transformer.

sebelum tu, mari aku ceritakan sedikit sebanyak pasal sampel minyak ni.

setiap transformer memiliki jangka hayat yang tertentu. selepas beberapa tahun, mungkin puluhan, transformer ni akan mula mengalami proses penuaan. macam manusia jugak, bila dah tua tu, mula la ada macam-macam masalah.

salah satu fasiliti di tnb research adalah makmal minyak transformer. makmal ni adalah makmal yang paling besar kat sini, dan jugak makmal minyak transformer terbesar di malaysia. sebenarnya ada lagi dua makmal macam ni kat malaysia, tapi yang kat tnb research ni yang paling dikenali ramai.

banyak pelanggan yang menghantar sampel minyak transformer mereka untuk diuji. kebanyakannya datang dari tnb sendiri, tapi ada jugak dari syarikat lain, macam petronas dan sesb (sabah electric sdn bhd). oh ya, tnb hanya ada kat semenanjung malaysia. sabah dan sarawak ada syarikat utiliti mereka tersendiri.

selain malaysia, ada jugak syarikat dari luar yang menghantar sampel minyak mereka ke sini, contohnya indonesia, kemboja, dan pakistan. makmal minyak transformer kat tnb research memang diperakui serata dunia. selain daripada caj yang dikenakan lebih murah, keputusan yang diterima setanding dengan ujian dari makmal minyak transformer terkemuka lain.

ok, sambung kembali cerita kita hari ni. hari rabu baru-baru ni, aku dan sufi diberi peluang untuk mengikuti pasukan Transformer Oil Lab (TOL) pergi mengambil sampel minyak, kat alor gajah, melaka.

perjalanan melebihi 2 marhalah ni telah membawa kami ke sini.


ok ini transformer yang bakal diambil sampel minyaknya. transformer ni kecik ja. 11/0.433kV. transformer injak turun (step down). dari 11kV kepada 0.433kV. transformer jenis ni selalunya digunakan di kawasan perumahan.


ahli pasukan TOL akan mengambil sampel minyak dari transformer hidup. maknanya, tak tutup pon tranformer tu. memang memerlukan skil dan keberanian yang tinggi untuk melakukan penyampelan. kalau silap sikit ja, pasti mati.

hari ni, yang akan mengambil sampel adalah abang fauzi. aku suka abang ni. dia memang tak kedekut ilmu. banyak sangat ilmu pasal minyak transformer yang dia turunkan kat kami. dah la budak praktikal, dari utp pulak tu. haha.


ok dalam gambar ni, abang fauzi tengah membuka valve minyak transformer. dari sini la minyak akan disampel. juga kelihatan dalam gambar bekas untuk menakung minyak transformer yang berlebihan. macam aku cerita dalam entri transformer sebelum ni, minyak transformer tak boleh dibiarkan tumpah ke tanah. ada cara untuk melupuskan minyak transformer ni.


maka kita masukkan injap kawalan aliran minyak. injap ni mempunyai termometer, untuk menyukat suhu transformer. sebab tu la kita tak tutup transformer masa mengambil sampel. sebab nak catat suhu semasa operasi.


kita akan ambil 2 sampel minyak. dalam 0.5 liter setiap botol. 2 sampel diperlukan atas beberapa sebab:

1. dalam banyak-banyak ujian minyak, 1 ujian ni mesti dilakukan dulu. ujian ni agak lama nak buat. maka sementara menunggu keputusan ujian tu, ujian yang lain boleh dibuat menggunakan sampel yang lagi satu tu.
2. kalau keputusan ujian didapati lain macam, kita boleh buat ujian tersebut sekali lagi, menggunakan sampel kedua untuk dibuat perbandingan.


kita isi botol dengan minyak transformer sampai penuh. betul-betul penuh. lepas tu kita masukkan penutup. nak masukkan penutup putih tu susah bila minyak penuh. maka kita gunakan pengikat kabel (macam kat mydin tu, yang guna nak ikat beg plastik) untuk membantu kita memasukkan penutup.

maka siaplah kerja mengambil sampel minyak transformer. seterusnya, sampel ni akan dibawa ke TOL untuk ujian-ujian yang berkenaan.

entri transformer seterusnya: ujian-ujian kat Transformer Oil Lab!

No comments: