Tuesday, August 23, 2011

entri yang buat aku tak boleh tidur.

malam ni, macam biasa aku bukak blogserius. kepada yang tak pernah bukak blog ni, blogserius merupakan blog yang dipenuhi macam-macam benda. kadang-kadang cool, kadang-kadang lame. kadang-kadang tak sesuai dengan ramadhan.

antara benda yang selalu obefiend bubuh adalah gambar benda-benda ganas. hari ni dia ada post pasal serangan taliban kat masjid di the land of paki (pakistan). aku curi satu gambar letak kat sini:

hgpa boleh baca entri penuh dekat sini.

ok, disebabkan aku macam dah biasa tengok gambar-gambar yang lebih kurang macam ni. aku tak rasa apa sangat. ok orang dah mati. semua orang dok kemaskan balik tempat kejadian. orang guna tempat tu macam biasa balik. itu yang aku dok rasa la.

tapi, bila aku baca lagi satu entri, aku rasa terganggu sangat. entri ni pasal saat-saat akhir seorang stuntman masa dia ada tersilap masa buat persembahan. kesilapan yang memang membawa maut.


link asal kat sini.

bila baca entri ni, aku rasa terganggu. terganggu sangat. sebabnya. aku terfikir, masa dia jatuh setinggi 200 kaki tu. apa yang dia fikir? apa yang dia cakap? entah macam mana aku boleh tiba-tiba meletakkan diri dalam keadaan dia. jatuh ke bawah secara bebas (free fall). berpusing-pusing. dengan panik. dengan tak ada peralatan keselamatan lagi.

aku tau. dia mesti tengah rasa takut. dan aku tak mampu bayangkan diri aku dalam ketakutan macam tu.

ya, bila-bila saja kita boleh mati. semoga kita sentiasa bersedia.

No comments: