Monday, August 1, 2011

menjalankan ujian OLTC.

salam ramadhan kepada semua pembaca.

minggu lepas, aku dan sufi telah mengikut pasukan transformer ke baling. kali ni nak buat ujian OLTC. OLTC adalah On Load Tap Changer. Tap Changer adalah benda yang digunakan untuk mengawal voltan yang disalurkan dari transformer ke pengguna.

bila sampai masa yang memerlukan bekalan tinggi, macam musim perayaan, tap changer akan diubah agar dapat menampung keperluan yang tinggi tu. bila habis musim, kita turunkan tap. ha macam tu la lebih kurang.

ok kita mula la ek.

bergelak bersama technician (kiri) dan TA sementara menunggu PTW (permit to work).


bila dah dapat PTW, pasukan maintenance tnb masuk untuk menyediakan transformer untuk ujian.


ini transformer tu. transformer injak turun 33/11kV. boleh tampung keperluan elektrik satu baling.


macam biasa, ambil gambar semua yang patut.


ini tap changer yang dikatakan. sebab transformer ni besar, kita guna tap changer yang digerakkan menggunakan motor.


ini termometer. ada tiga jenis suhu yang diambil; suhu windings (LV dan HV) dan suhu transformer.


yang kat atas tengah nak pasang kabel ujian. yang kat bawah bersedia nak ambil sampel minyak untuk dihantar ke Transformer Oil Lab.


cuba menolong dalam usaha mengambil sampel minyak.


flush botol yang bakal diisi dengan minyak transformer.


lepas flush, baru kita isi minyak. macam biasa, ambil 2 sampel.


ini peralatan yang akan digunakan untuk ujian kejap lagi. juga boleh digunakan untuk ujian winding resistance.


sufi cuba menekan butang yang mengawal tap changer tersebut.

setiap transformer ada 3 terminal; merah, kuning, biru. kita akan buat 2 ujian untuk setiap terminal. 1 masa kita naikkan nilai tap changer, lagi 1 masa kita turunkan nilai tap changer. bila dah selesai, software yang memang dah disediakan akan mengeluarkan keputusan, dan kita akan buat analisis berdasarkan keputusan tu.

tempoh yang diambil untuk membuat ujian adalah sekitar 30-60 minit. tempoh untuk analisis data pulak dalam 4-5 jam. bila analisis dah siap, tnbr akan menghantar laporan kepada tnb daerah, untuk tindakan lanjut.

aku rasa ini outstation terakhir sepanjang latihan industri di tnbr. sekarang dah masuk bulan puasa, aktiviti berkurangan sedikit. lagipun aku dah nak habis latihan. dah kena fokus untuk final report pulak. haha.

terima kasih kepada semua yang telah banyak membantu sepanjang latihan kami kat tnbr. jasa anda semua amatlah dihargai sampai bila-bila. :)


3 comments:

Aku Skema said...

hg geng transformer mana?..decepticon kan?..haha

-rye- said...

wahhhhh PTW. teringin nak tengok PTW orang TNB camna. hahaha.

-azwanbakhtiar- said...

@sucik
- geng sentinel, tak tau baik ka jahat. haha

@rye
aku pon teringin nak tgk PTW petronas camna. =p