Saturday, October 29, 2011

komik meme: pengenalan.

*DOUBLE ENTRY DAY!*

meme adalah sesuatu yang digunakan untuk menjelaskan sesebuah konsep, dan selalunya disebarkan melalui internet.

kita boleh muat turun meme, lepas tu kita boleh edit supaya bagi nampak menarik.

sebagai contoh,

ni meme forever alone. selalunya digunakan untuk situasi kesunyian.


lepas edit jadi komik macam ni.



ada banyak lagi jenis meme selain forever alone. contohnya:


troll dad. seorang ayah yang suka kenakan anak-anak dia.


me gusta. bahasa sepanyol yang bermaksud 'saya suka'.


IDGAF (I don't give a f***) heh.

cereal guy. orang yang selalu dok komen masa tengah makan.

challenge accepted. selalu terima cabaran melampau-lampau.

pengaruh meme agak meluas dalam internet, disebabkan mudahnya untuk sesiapa saja buat komik. siap ada template dia lagi kalau nak buat. haha.

kat malaysia sendiri, ada jugak laman sesawang yang mengetengahkan meme bahasa malaysia.

ni screenshot laman sesawang tersebut:


kalau dah bosan-bosan sangat belajar, layan la komik meme sekejap. best jugak. haha

the good old days.

hujung minggu ni, utp telah menjadi tuan rumah untuk karnival sukan pelajar antarabangsa (international student sports carnival). banyak ipt yang sertai karnival kali ni. yang putih ada, yang gelap ada. tak perasan pulak sapa-sapa jual jam.

aku pon tak tau sangat pasal karnival ni. mengikut laman sesawang rasmi karnival, ada banyak jugak sukan yang dipertandingkan: bola keranjang, futsal, tarik tali, bola tampar, bola jaring, badminton, skuasy, kayak. merentas desa pon ada jugak kot.

apa-apapun, disebabkan bilik aku terletak di tingkat atas sekali, betul-betul depan gelanggang futsal dan bola keranjang, maka aku dapat pemandangan yang cantik la kalau aku terasa nak menonton.

maka sejak hari khamis hari tu lagi memang dah meriah kat sini. susah aku nak mendapatkan suasana belajar yang kondusif. ceh buat macam belajar sangat ja kat bilik.

makanya, aku pon tengok la kejap, melalui tingkap rumah aku.



bila tengok pemandangan macam ni, teringat masa sekolah dulu. masa aktif sukan la. bila ada HKSBP (hari kecemerlangan sbp) ja mesti meriah. semua orang bersemangat, macam hari ni jugak. haha.

HK terakhir yang sempat aku masuk mestilah yang 2006, masa tingkatan 5 dulu. sbpi kubang pasu jadi tuan rumah. kami tak lepas pon zon utara. kalah masa separuh akhir. sabaq jela pah.


ni masa lawan untuk tempat ketiga. lawan sbpi gopeng kalau tak silap.

perlawanan bermula.


gambar kenangan pasukan. berdiri paling kiri adalah jurulatih. uncle tai lai. power wo dia ni. kami ja yang tak cukup power. sobbs.

ok serius masa ni kurus gila. macam tak cukup zat ja. hahaha. sekarang terlebih zat la pulak. sobbs.

bila tengok pemandangan macam ni, terasa sedih. bila nak aktif balik ni woi?




Tuesday, October 25, 2011

pasport.


akhirnya, selepas 22 tahun hidup di malaysia bumi bertuah, aku memiliki pasport. haha lambat benar.

Thursday, October 20, 2011

reviu klip video: paradise - coldplay.

salam sejahtera satu malaysia. pagi ni aku nak reviu klip video terbaru dari coldplay, bertajuk paradise. ketika artikel ni ditulis, coldplay baru saja memuat naik klip ini ke laman youtube 21 jam yang lalu.

kita tengok dulu klip tersebut.


kita memang tau yang coldplay selalu buat video-video yang bagus untuk lagu-lagu dpa. dimulakan dengan the scientist, talk dan strawberry swing, semuanya ada keunikan masing-masing.

tapi paradise memang lain. sangat penuh makna.

sinopsis:

1. ada gajah terkurung dalam zoo, rindu kawan-kawan. nak lari dari zoo tu. berjaya meloloskan diri.
2. gajah tersebut meminta sedekah di jalanan.
3. duit tu dia guna untuk balik ke afrika.
4. minta sedekah lagi, kali ni dana untuk beli basikal.
5. kayuh basikal sampai ke safari. jumpa balik kawan-kawan lama.

komsas:

video ni menunjukkan keinginan seekor gajah untuk berada di sebuah paradise, bukan di sebuah zoo. atas usaha gigih dan penat lelah, akhirnya gajah tu berjaya jugak mendapat apa yang diimpikan selama ni.

sama la macam kita. kita kenalah sentiasa berusaha tanpa mengenal erti putus asa. insyaAllah kejayaan yang akan dikecapi lepas semua tu sangat bermakna.

air dicincang memang tak mungkin akan putus. walaupun kita dah terpisah lama, mesti ada orang yang masih ingat, rindu dan sentiasa menunggu pertemuan semula. janganlah kita melupakan mereka yang selalu ada dengan kita masa susah dan senang.

masa untuk mengikut jejak langkah chris martin the elephant.

para, para, paradise~

terima kasih fake sebab tolong download video ni untuk aku.

***kemaskini 17 disember 2011***

hari tu, coldplay update kat fb dpa, promote pasal video parodi paradise.


ok ini video yang coldplay cakap tu.


sejujurnya, aku suka parodi ni. haha

Tuesday, October 18, 2011

how to study engineering economics in the last minute.

are you an engineering student, taking engineering economy? do you suddenly realized that you will have an engineering economy test tomorrow?



there are only 3 chapters included in the first test. but being an engineering student, you would think that tests are extremely hard, especially when it involves economics.

you would want to read the book, but it is too thick, you would never have enough time to actually read, understand nor practice those 3 chapters.



but fear not my friend, i have the solution.



read the lecture notes! oh, now you realized that each note have about 40-60 slides. since engineering lecture notes usually only consists of 20 slides, it is an impossible mission to finish around 150 slides in one night.

so what to do?

albert einstein did propose to us the relativity theory. in that theory, everything is relative, including time. so there must be a way to fasten, or make the time actually slower.

so this is my proposed solution.

1. prepare your books and notes on your table (or wherever you are comfortable to study).

2. click this link. you will be directed to a music video.

3. the video is not important, the music is. you can minimize the window, study engineering economics while listening to the song.



4. by now, you would feel that time passes very, very slowly. so, you have enough time to study for the test.

why don't you give it a try? all the best for everyone in tomorrow's test.

problem?

yeah nyan cat is really annoying. for 5 hours, you can go haywire before even starting the test.

Monday, October 17, 2011

evolusi pelekat kenderaan utp iii.

untuk pengetahuan semua, ni pelekat kenderaan yang akan kami guna bermula semester september ni. untuk pengetahuan semua juga, ini mungkin pelekat kenderaan terakhir aku kat utp. insyaAllah tahun depan dah tak perlu. amin.

haih, malas dah nak komen pasal design dia.


rujukan kat sini dan sini.

aku dah nak abeh mengaji kat sini dah pon. buat la pelekat kenderaan cantik-cantik sikit. tolong laaaaa

Saturday, October 15, 2011

timun itu, hak dia, dan hak kami.

hari tu, aku dengan sufi saja ronda-ronda kl. naik lrt ja. kami tak tau jalan kat kl. kalau naik moto, mesti sesat punya la. hahaha.

hari tu tak ramai orang pon dalam lrt tersebut. kosong ja. memang boleh duduk ikut suka hati la.

kami perasan ada seorang cina tua duduk berdekatan dengan kami. duduk sorang-sorang. sambil mengunyah timun. timun tu dia makan mentah-mentah. macam makan buah.



aku dengan sufi tengok, dan senyum. eh ada jugak orang pelik-pelik dalam malaysia neh. cina pulak tu. hahaha. gelak gelak jugak. tapi tak ada la sampai dia dengar. menjaga hati.

sampai satu stesen, ada sekumpulan orang asing masuk. aku tengok, dari negara jiran. mai melancong kot. kebetulan depa ni duduk dekat-dekat kami ja.

depa pon tengok jugak cina tua tu makan timun.

depa pon gelak tengok, tapi yang tak boleh blahnya, depa ni gelak sampai orang perasan kot. siap dok tunjuk-tunjuk lagi. aku tak ingat lak depa bawak keluar kamera nak tangkap gambar pakcik tu atau tak.

oh ini sangat kurang ajar.

walaupun kami berdua gelak kat dia sebab dia berperangai pelik, dan berbangsa lain, bila orang negara luar datang sini gelakkan dia jugak. ini tak boleh jadi. terus terlupa yang kami pon gelakkan cina tua itu tadi.

terasa macam depa ni dok gelakkan rakyat malaysia secara am. memang aku dengan sufi merenung orang-orang asing tu dengan pandangan tak puas hati. orang-orang asing tu perasan, berhenti gelak.

barulah kami tersedar, malaysia ni negara demokrasi. ikut suka la rakyat dia nak buat apa pon. itu hak dia. asalkan tak ganggu ketenteraman orang lain, yang kau nak sibuk tu pasaipa?

terima kasih timun, kerana anda telah menyatukan rakyat malaysia dalam lrt.

cuti.

cuti sudah habis bro. masa untuk betul-betul serius.