Saturday, October 29, 2011

the good old days.

hujung minggu ni, utp telah menjadi tuan rumah untuk karnival sukan pelajar antarabangsa (international student sports carnival). banyak ipt yang sertai karnival kali ni. yang putih ada, yang gelap ada. tak perasan pulak sapa-sapa jual jam.

aku pon tak tau sangat pasal karnival ni. mengikut laman sesawang rasmi karnival, ada banyak jugak sukan yang dipertandingkan: bola keranjang, futsal, tarik tali, bola tampar, bola jaring, badminton, skuasy, kayak. merentas desa pon ada jugak kot.

apa-apapun, disebabkan bilik aku terletak di tingkat atas sekali, betul-betul depan gelanggang futsal dan bola keranjang, maka aku dapat pemandangan yang cantik la kalau aku terasa nak menonton.

maka sejak hari khamis hari tu lagi memang dah meriah kat sini. susah aku nak mendapatkan suasana belajar yang kondusif. ceh buat macam belajar sangat ja kat bilik.

makanya, aku pon tengok la kejap, melalui tingkap rumah aku.



bila tengok pemandangan macam ni, teringat masa sekolah dulu. masa aktif sukan la. bila ada HKSBP (hari kecemerlangan sbp) ja mesti meriah. semua orang bersemangat, macam hari ni jugak. haha.

HK terakhir yang sempat aku masuk mestilah yang 2006, masa tingkatan 5 dulu. sbpi kubang pasu jadi tuan rumah. kami tak lepas pon zon utara. kalah masa separuh akhir. sabaq jela pah.


ni masa lawan untuk tempat ketiga. lawan sbpi gopeng kalau tak silap.

perlawanan bermula.


gambar kenangan pasukan. berdiri paling kiri adalah jurulatih. uncle tai lai. power wo dia ni. kami ja yang tak cukup power. sobbs.

ok serius masa ni kurus gila. macam tak cukup zat ja. hahaha. sekarang terlebih zat la pulak. sobbs.

bila tengok pemandangan macam ni, terasa sedih. bila nak aktif balik ni woi?




No comments: