Thursday, October 20, 2011

reviu klip video: paradise - coldplay.

salam sejahtera satu malaysia. pagi ni aku nak reviu klip video terbaru dari coldplay, bertajuk paradise. ketika artikel ni ditulis, coldplay baru saja memuat naik klip ini ke laman youtube 21 jam yang lalu.

kita tengok dulu klip tersebut.


kita memang tau yang coldplay selalu buat video-video yang bagus untuk lagu-lagu dpa. dimulakan dengan the scientist, talk dan strawberry swing, semuanya ada keunikan masing-masing.

tapi paradise memang lain. sangat penuh makna.

sinopsis:

1. ada gajah terkurung dalam zoo, rindu kawan-kawan. nak lari dari zoo tu. berjaya meloloskan diri.
2. gajah tersebut meminta sedekah di jalanan.
3. duit tu dia guna untuk balik ke afrika.
4. minta sedekah lagi, kali ni dana untuk beli basikal.
5. kayuh basikal sampai ke safari. jumpa balik kawan-kawan lama.

komsas:

video ni menunjukkan keinginan seekor gajah untuk berada di sebuah paradise, bukan di sebuah zoo. atas usaha gigih dan penat lelah, akhirnya gajah tu berjaya jugak mendapat apa yang diimpikan selama ni.

sama la macam kita. kita kenalah sentiasa berusaha tanpa mengenal erti putus asa. insyaAllah kejayaan yang akan dikecapi lepas semua tu sangat bermakna.

air dicincang memang tak mungkin akan putus. walaupun kita dah terpisah lama, mesti ada orang yang masih ingat, rindu dan sentiasa menunggu pertemuan semula. janganlah kita melupakan mereka yang selalu ada dengan kita masa susah dan senang.

masa untuk mengikut jejak langkah chris martin the elephant.

para, para, paradise~

terima kasih fake sebab tolong download video ni untuk aku.

***kemaskini 17 disember 2011***

hari tu, coldplay update kat fb dpa, promote pasal video parodi paradise.


ok ini video yang coldplay cakap tu.


sejujurnya, aku suka parodi ni. haha

2 comments:

nurul m. said...

memang berbeda. tapi strawberry swing masih kegemaran aku. heh. hai, lama tak jumpa! kekeke.

-azwanbakhtiar- said...

strawberry swing tu hardcore pny video. macam mana dia buat pon tak tau. haha tekun gila!

but i would go with the scientist. all time favourite woi.

haha lama tak jumpa apa, tak pernah jumpa pon. =p