Saturday, October 15, 2011

timun itu, hak dia, dan hak kami.

hari tu, aku dengan sufi saja ronda-ronda kl. naik lrt ja. kami tak tau jalan kat kl. kalau naik moto, mesti sesat punya la. hahaha.

hari tu tak ramai orang pon dalam lrt tersebut. kosong ja. memang boleh duduk ikut suka hati la.

kami perasan ada seorang cina tua duduk berdekatan dengan kami. duduk sorang-sorang. sambil mengunyah timun. timun tu dia makan mentah-mentah. macam makan buah.



aku dengan sufi tengok, dan senyum. eh ada jugak orang pelik-pelik dalam malaysia neh. cina pulak tu. hahaha. gelak gelak jugak. tapi tak ada la sampai dia dengar. menjaga hati.

sampai satu stesen, ada sekumpulan orang asing masuk. aku tengok, dari negara jiran. mai melancong kot. kebetulan depa ni duduk dekat-dekat kami ja.

depa pon tengok jugak cina tua tu makan timun.

depa pon gelak tengok, tapi yang tak boleh blahnya, depa ni gelak sampai orang perasan kot. siap dok tunjuk-tunjuk lagi. aku tak ingat lak depa bawak keluar kamera nak tangkap gambar pakcik tu atau tak.

oh ini sangat kurang ajar.

walaupun kami berdua gelak kat dia sebab dia berperangai pelik, dan berbangsa lain, bila orang negara luar datang sini gelakkan dia jugak. ini tak boleh jadi. terus terlupa yang kami pon gelakkan cina tua itu tadi.

terasa macam depa ni dok gelakkan rakyat malaysia secara am. memang aku dengan sufi merenung orang-orang asing tu dengan pandangan tak puas hati. orang-orang asing tu perasan, berhenti gelak.

barulah kami tersedar, malaysia ni negara demokrasi. ikut suka la rakyat dia nak buat apa pon. itu hak dia. asalkan tak ganggu ketenteraman orang lain, yang kau nak sibuk tu pasaipa?

terima kasih timun, kerana anda telah menyatukan rakyat malaysia dalam lrt.

5 comments:

tabadajuju said...

ye..dia tgkp gmbr...
guna slr yg mahai~...

grrr~

Mamad said...

ak pon mkn tumin gitu gk.. nsb baik x mkn dpn korng.. klu x free2 je kne gelak..

lynawan said...

ada org pernah bagitau aku
"....everybody thinks everybody else is strange...not THEM for they are NORMAL "
btw, makan timun mentah2 inshaallah lg baik dr mkn jajan.org sini pepak ja, tomato sebijik/timun potong pjg/celery sticks/carrot sticks.

pESAwah said...

taniah kerana hg dapat merealisasikan harapan pemimpin..SATU MALAYSIA..

p/s: timakasih kat timun gak

Chibi Maruko said...

makan timun bukan pelik... biasa tenguk orang makan timun macam tu aje... tapi mungkin luar biasa di malaysia hahahah