Monday, December 26, 2011

dugaan ketika belajar.

esok ada test process plant control systems (ppcs). jumaat ni pulak ujian modern control engineering (mce). 2-2 ni paper untuk budak-budak yang ambil major instrumentation & control. ni jugak subjek-subjek yang paling hardcore semester ni.

disebabkan angin tengah ok, aku layan buat mce dulu.

kebanyakan senior yang mengambil major ni cakap, untuk ujian mce, kena rajin buat soalan-soalan tutorial, kertas ujian yang lepas-lepas dan jugak soalan yang dia bagi kat kelas. ok aku mencuba.

aku tersangkut kat bahagian nak mencari reduced order observer.

maka aku pon bukalah buku yang telah dibeli sejak sekian lama.


gagal. aku tak tau nak cari macam mana. banyak sangat teori, sikit sangat masa nak baca. oleh yang demikian, aku beralih ke arah google.


buka secara rawak ja ni. nasib-nasib ada lecture notes dari universiti lain, boleh la nak faham.


aku terjumpa slideshow ni. nampak gayanya dari denmark, wow serupa mengaji kat luar negara dah ni.

intro dia
aku tengok intro ni, serta merta moral aku jatuh. bila contoh yang dia bagi macam salin balik ja, aku terasa malas dah nak belajar.

sobbs

akhirnya aku blogging la pulak. haih tak boleh jadi ni

Friday, December 23, 2011

reviu filem: suatu malam kubur berasap.

semalam aku dan rakan-rakan pergi ke ipoh, dengan hajat di hati untuk menonton ombak rindu. ok kami bukan mainstream, dah lama tayang baru nak p tengok.

disebabkan beberapa masalah, kami tak jadi menonton cerita tu.

so no ombak rindu for us yesterday.

makanya kami tukar rancangan. tengok cerita lain. cerita baru yang ada adalah songlap dan suatu malam kubur berasap. selepas mengambil kira waktu tayangan dan waktu solat, kami memilih suatu malam kubur berasap.

juga tidak ditakdirkan kepada kami.

nampaknya ini yang telah ditakdirkan.

ok, masa untuk reviu.

dari mula sampai habis, aku ada beberapa keraguan:

1.apa yang cuba disampaikan dalam cerita ni? plot cerita berterabur. aku tak tau siapa hero. aku tak tau macam mana jalan cerita.


2. ok ni filem komedi seram. sepatutnya 50% kelakar, 50% seram. tapi aku rasa, kelakarnya 2%, seramnya 5%. apa jadi dengan baki 93% tu?

3. adakah pengarah mesti cameo jugak dalam filem arahan dia? mungkin, tapi dalam filem ni aku rasa tak perlu. buat cerita ni makin serabut saja. oh bukan cameo pun, memang ada bahagian khas dalam plot yang ada muka dia. untuk pengetahuan orang ramai, cameo ni macam penampilan khas, selalunya muncul dalam masa tak sampai seminit pun. ni sampai 15minit lebih, cameo apanya?



ni contoh dari filem x-men: first class. ni masa xavier dengan magneto tengah rekrut manusia-manusia mutan. dalam dok jumpa orang pelik-pelik, tiba-tiba jumpa wolverine. tapi kejap jela. macam ni baru cameo.

4. sebab apa watak seorang yang sengau perlukan banyak sangat skrip? aku tak rasa ramai yang boleh faham pun apa yang dia cakap. maafkan aku, tapi aku tak rasa tindakan macam tu meningkatkan martabat orang-orang sengau.

5. sampai ke sudah aku tak paham apa relevan kubur berasap dengan jalan cerita ni.

6. sebab apa sikit-sikit nak kaitkan dengan kubur? nak bagi masyarakat makin takut nak ke kubur? bila kita rajin ke kubur, kita akan selalu ingat mati. bila selalu ingat mati, baru la kurang sikit buat benda-benda tak elok ni. adakah cerita ni bertujuan menjauhkan para belia dari mengingati mati?

7. sebab apa aku tengok pengarah dia, aku teringat kat sofwan md yusoff?




ada lagi point, tapi aku tak ingat. haha. kalau rajin aku kemas kini laa.

kepada yang bakal cakap: "ala ni filem hiburan ja. sebab apa nak serius sangat ha?" kat aku, aku sarankan hg baca balik point nombor 2.

kesimpulannya, jangan tengok filem ni. baik hgpa layan video ni.



pinter ngaji ngaji ngaji, ojo judi judi judi~

Monday, December 19, 2011

ejaan.

aku cuba sedaya-upaya untuk tidak terlalu skema ketika menulis. seingat aku, aku tak pernah guna gaya formal. siapa nak baca nanti?

tapi, menggunakan bahasa pasar tidak semestinya bermakna aku menggunakan ejaan pasar. memang hgpa tak akan jumpa la aku tulis 'aq nyew jew dhia saia' atau yang semafhum dengannya dalam blog ni. hahaha.

macam mana aku nak pastikan ejaan aku betul?

aku masuk ke portal dewan bahasa dan pustaka (dbp). pihak yang menerbitkan kamus dewan sehingga edisi kelima ni mesti mempunyai sistem semakan ejaan, atau yang hampir la.

klik sini.

antaramuka portal tu.

ok kat sini, kalau nak semak, taip saja apa yang nak disemak tu. kemudian cari padanan. kalau ejaannya betul, mesti ada dalam sistem kan.

untuk entri semalam, aku macam keliru dalam penggunaan kata imbuhan untuk perkataan banyak. aku nak guna kebanyakkan ka kebanyakan? makanya, aku masuk la portal ni.


ni untuk kebanyakkan


ni untuk kebanyakan
macam mana boleh ada 2 jenis ejaan untuk benda yang sama dalam sistem? kalau 2 benda yang berbeza, ok aku faham. untuk sebuah badan yang memperjuangkan bahasa melayu, kesalahan ejaan macam ni tak perlu ada. susah generasi baru nak rujuk. aku pun bukan guna sangat kamus dewan, sampai nak kena beli. hahaha.

aku cuba sedaya-upaya untuk tidak terlalu skema ketika menulis. seingat aku, aku tak pernah guna gaya formal. siapa nak baca nanti?

Sunday, December 18, 2011

Reviu: Maharaja Beruk.

aku suka tengok teater. sumber utama teater aku adalah daripada Tronoh Theatre Shop (TTS). TTS adalah kumpulan teater utp yang memang rajin buat pertunjukan. setiap semester mesti ada sekurang-kurangnya satu. bayaran tiket pun murah. rm5. memang menggalakkan pelajar untuk datang tengok teater la. lagipon. ahli rumah aku pon ada jugak dalam kumpulan ni. maka bertambah seronok la menonton.

ok, semalam ada show. tajuk dia Maharaja Beruk. ahli rumah aku ni, nik telah diberi kepercayaan untuk memegang watak utama. maka bertambah semangat la kami nak tengok.

pandangan pertama masa tengok tajuk teater, aku bajet cerita ni macam cerita journey to the west, dan maharaja beruk tu wukong.

nampaknya aku silap. (obviously)

maharaja beruk merupakan teater yang berkisar mengenai kepincangan dalam sesebuah negara. kelemahan pemimpin, kebencian rakyat, dan konspirasi menteri untuk menangguk di air keruh menyebabkan kerajaan itu semakin lemah.

dalam teater ni, terdapat banyak kutukan sosial yang dipaparkan. kebanyakannya disulami dengan kata perli, yang memerlukan seseorang yang membaca berita semasa untuk memahaminya.

aku tak mau cerita banyak. nak tau apa yang ada lagi, kenalah datang menonton sendiri. malam ni ada lagi.

ni tiket. jangan print, tak boleh guna dah.

menangkap gambar bersama maharaja selepas show.
secara keseluruhannya, aku puas hati menonton teater ni. keep up the good work!

Saturday, December 17, 2011

statistik

sejak aku malas blogging ni, memang ketara sangat penurunan pembaca. haha padan muka.

tapi kan, aku rajin jugak membaca statistik blog aku neh. boleh tau berapa ramai orang baca, apa yang orang suka baca, apa yang orang taip kat google yang menyebabkan mereka sampai kat blog aku ni.

cutting the crap, ni hasilnya.

overview statistik blog ni,
macam yang hgpa bole nampak. entri yang paling banyak dibaca adalah entri pasal konvoi ke kuala kangsar. (klik sini). seribu capaian lebih, berbanding entri kedua paling banyak dibaca, hanya 300 lebih saja. (klik sini untuk bagi naik sikit statistik. haha!)

nampaknya semua orang suka benar dengan topik ni. tapi topik ni lama sangat dah. takkanlah aku tak ada topik lain yang nak diceritakan. hahaha. nak buat macam mana, sibuk sangat-sangat. kata dah jadi budak final year. hahaha.

insyaAllah entri-entri lepas ni akan bertujuan meningkatkan capaian. bukanlah untuk riak, cuma nak lagi ramai yang dapat benda yang ingin aku sampaikan.

terima kasih kepada semua pembaca yang sudi membaca blog aku ni. haha

Wednesday, December 14, 2011

tahniah berganda~

sepanjang minggu lepas, ada beberapa perkara besar telah berlangsung dalam batch 0206 soksek.

1. my BFF dah dapat anak sulung! namanya ahmad wafi husaini bin muhammad azri silmi. rasa macam baru sangat ja profesor gori ni kahwin. tengok-tengok dah dapat anak dah. khabarnya dilahirkan pada 10 muharram. tarikh baik punya.



semoga profesor gori jr sama pro macam profesor gori sr. amin.

2. lagi seorang dalam batch yang mendirikan masjid. perempuan pertama dalam batch, tempat ketiga keseluruhan. aku ingatkan aku dengan dinda yang jadi pasangan pertama kahwin dalam batch. nampaknya semakin jauh kedudukan kami nanti. haha.


semoga perkahwinan yuhaifah dan suami, saiful adli dirahmati Allah, dan berkekalan hendaknya.

tahniah diucapkan kepada mereka. ok, lepas ni siapa pulak?

nota kaki: oh gambar-gambar ni aku curi kat facebook. hahahaha

Friday, December 9, 2011

nama.

disebabkan ramai sangat orang kerja dok keliru. aku guna nama sebenar ya. bukan muhamad azwan bakhtiar bin jamili.



indeed, it is muhamad azwan bin bakhtiar jamili. jangan panggil aku bakhtiar ye. tu nama abah aku. and yes, baddrol bakhtiar bukan abang aku. hahaha

Monday, December 5, 2011

puasa asyura.

oleh kerana banyak sangat ajakan dari rakan dan taulan di facebook, aku telah membetulkan niat, dan turut serta bersama-sama kebanyakan dari mereka berpuasa sunat sempena hari asyura.

sebelum tidur, aku tengok jadual waktu solat. kat tronoh masuk subuh pukul 5.49 pagi.

makanya, aku kunci jam pukul 530. oh ya, aku kalau bersahur, cukuplah kalau dapat beberapa teguk air kosong. haha.

--530 pagi---

aku terjaga, aku tengok jam. wei sebab apa awal sangat bangun ni? terus aku sambung tidur. tersedar balik pukul 615, dengan penuh penyesalan.

tak apa, puasa tetap puasa, insyaAllah. :) kepada yang tak join lagi, dan tak buat benda-benda batal puasa, marilah join~