Wednesday, October 17, 2012

oktoberfest? apa tu?

sejak hujung september baru-baru ni, ada iklan pasal oktoberfest. lepas tu, ramai jugak la kawan-kawan facebook yang like page tersebut.

lebih kurang macam ni la

sebagai orang yang hanya sekali pernah keluar dari malaysia, aku tak pernah dengar langsung pasal ni. maka, aku buat la sedikit pembacaan tentang oktoberfest ni. mana nak tau macam convofair ka, buat bulan oktober jugak di kebanyakan ipt di malaysia ni.

sebagai bekas pelajar universiti, aku tau kat mana tempat paling sesuai nak memulakan pencarian. ok, berdasarkan wikipedia, ini info yang aku dapat:


  1. oktoberfest adalah pesta meraikan arak yang diadakan pada setiap tahun ni munich, jerman. pesta ni akan berlangsung selama 16 hari, biasanya bermula dari hujung september, hingga ke hujung minggu pertama pada bulan oktober. pesta ni dah menjadi tradisi sejak 1810. 202 tahun dah pun.
  2. masa ni, memang semua orang akan minum arak tanpa henti. makanan tradisi munich jugak ada disediakan untuk para pengunjung.
  3. bukan sebarangan arak boleh menyertai sambutan ni. arak tersebut perlulah mempunyai kandungan alkohol minimum sebanyak 6%. arak tersebut juga mestilah disediakan dalam bandaraya munich jugak.
ada banyak lagi info pasal ni. ampa semua boleh baca sendiri. sebagai orang islam, haruslah kita ingat bahawa arak sangat ditegah dalam islam, sehinggakan Rasulullah SAW sendiri melaknat 10 golongan yang terlibat dalam arak iaitu:

  1. orang yang memerah arak (pembuatnya)
  2. orang yang meminta diperahkan arak (pengedarnya)
  3. orang yang meminum arak
  4. orang yang membawa arak
  5. orang yang minta dihantarkan arak
  6. orang yang menuangkan arak
  7. orang yang menjual arak
  8. orang yang membeli arak
  9. orang yang makan hasil jualan arak
  10. orang yang minta dibelikan arak
macam biasa, memang kita rasa kita tak terlibat dengan 10 golongan ni. akan tetapi. bila kita buat sesuatu dalam facebook, secara automatiknya aktiviti kita tu akan naik kat newsfeed facebook kawan-kawan kita. kita telah menjadi promoter secara tidak langsung. tanpa kita sedari, kita membantu penjualan arak wei! kan dah  termasuk dalam golongan ke-7 tu?

hentikanlah tabiat like apa-apa secara sebarangan kat facebook. jangan terlalu nak jadi mainstream sangat. banyakkan membaca, banyakkan mengkaji terlebih dahulu. jangan sampai kita dapat dosa percuma. 

semoga kita semua dijauhkan dari semua benda ni. tak pernah elok pon. banyak buruk dari baik. oh untuk yang tak pernah tau, johnnie walker tu sejenis arak jugak ye. jangan ikut suka ja dok like.


sumber:

Sunday, October 14, 2012

akhirnya.

emel yang dinanti-nantikan
ok, sekarang sudah disahkan. saya memang recommended. masa menunggu sudah bermula. semoga kami semua cepat dapat panggilan kerja. amin.

Saturday, September 8, 2012

misteri penjual minyak urut

ok ini cerita lama, lama sangat dah. masa intern kat bangi dulu ha. dah lama jugak nak cerita, tapi tak cerita-cerita pon.

kejadian terjadi di bangi. masjid bangi
latar masa: hari jumaat, sebelum solat jumaat
latar masyarakat: lelaki-lelaki yang ingin bersolat jumaat di masjid itu

kat masjid bangi, sebelum masuknya waktu zohor yang menandakan masuknya waktu solat jumaat, ada diadakan pasar siang. ada macam-macam yang dijual di situ, dan kebanyakannya menjual makanan, pakaian, dan perhiasan.

ok nasi briyani situ sedap, walaupun macam agak mahal, tapi aku selalu ja makan. rasa berbaloi. haha

dan, bila disebut saja pasar siang (atau pasar malam), tak dapat tidak mesti kita akan jumpa orang yang jual ubat. tak kisahlah ubat kuat ka, ubat urut ka. mesti ada punya.

gambar hiasan

selama ni aku tak ambil kisah pon dengan orang yang jual ubat-ubat ni, tapi hari tu kami tertarik nak tengok macam mana orang tu menjual minyak buatannya itu.

ok, pak cik ni, dia jual minyak urut. minyak ni, dikatakan dapat menghilangkan sengal-sengal badan. kalau hg sendiri yang sengal, rasanya tak ada kesan. selain itu, minyak ini jugak dikhabarkan dapat menyah toksin dalam badan kita. kita sapu sikit ja, nanti keluar toksin.

wow, menarik betul.

untuk membuktikan dakwaan pakcik tu, dia memanggil seorang sukarelawan untuk dijadikan bahan ujikaji. walaupun aku kelihatan seperti berusia 26 tahun masa tu (sebenarnya 22), memang terang dan nyata bukan aku sukarelawan tersebut. makanya, adalah seorang pakcik yang mengakui mengalami masalah sendi ka apa tah. maaf memang aku tak ingat secara terperinci.

pakcik sukarelawan tu duduk di kerusi yang disediakan sambil membuka baju tanpa menghiraukan manboobs beliau yang terdedah kepada khalayak umum. pakcik penjual minyak kemudian menyapu minyak urut tu ke seluruh bahagian belakang badan pakcik sukarelawan itu. sambil menyapu minyak, pakcik penjual ni petah mempromosikan minyak itu.

kemudian, pakcik penjual minyak urut menyembur air ke kawasan yang diliputi minyak urut tersebut. katanya, ini untuk mempercepatkan tindakan minyak itu terhadap toksin dalam badan.

tak lama lepas memercik air tu, kelihatan titik-titik merah di belakang badan pakcik sukarelawan. pantas pakcik penjual minyak urut mengambil tisu serta mengelap titik-titik tersebut. penuh tisu itu dengan warna merah. kemudian, pakcik sukarelawan disuruh berdiri dan cuba mengeliat. didapati masalah sengalnya itu telah hilang. dah sembuh.

gambar hiasan lagi

maka berduyun-duyunlah orang membeli minyak tersebut dengan harga rm10 sebotol.

macam biasa, bila aku tengok kejadian aneh macam tu, memang buat aku berfikir la. cuba mencari logik dalam kejadian tu. setelah difikir-fikirkan, terdapat beberapa persoalan yang timbul:


  1. apakah kaitan air yang disembur dengan masa yang diperlukan untuk minyak tu bertindak balas? bukankah bila air bercampur dengan minyak, akan menghasilkan sesuatu yang tidak diingini?
  2. apakah wujud placebo effects di situ?
aku terfikir, apakah percikan air tu sebahagian daripada persamaan kimia yang diperlukan untuk menghasilkan titik-titik berwarna merah tu?

macam ni la lebih kurang:

minyak + air + haba badan -------------> minyak berubah jadi warna merah

seingat aku, masa belajar kimia kat sekolah dulu, memang ada belajar pasal elemen-elemen yang boleh berubah warna bila bertindak balas dengan sesuatu. maaf aku memang lemah kimia, tak dapat nak ingat balik apa yang belajar 5 tahun dulu.

lepas tu, bercerita tentang placebo effects, bahasa mudahnya bermaksud kesan yang dirasai disebabkan psikologi kita sendiri. sebagai contoh: kita pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat demam. doktor bagi kita gula-gula, tapi dia cakap itu ubat demam. kita makan gula-gula tu sambil menyangka bahawa itu ubat demam. sepatutnya tak sembuh la, tapi sembuh jugak. macam mana tu?

itulah yang dinamakan placebo effects. psikologi pesakit yang mengatakan bahawa beliau sedang dirawat telah memperdayakan badannya sendiri bahawa beliau sedang sembuh.

begitu jugak la untuk kes pakcik sukarelawan ni. mungkin belakang badan beliau disapu dengan minyak biasa ja, tapi disebabkan beliau menyangka bahawa beliau sedang disapu dengan minyak urut sebenar, membuatkannya berfikir, dan berharap agar badannya dapat disembuhkan telah menyebabkan beliau merasa seperti sudah sembuh, tapi sebenarnya apa pun tak jadi.

the power of thinking.

sampai hari ni aku tak tau betul atau tak logik aku tu. sama ada pakcik penjual minyak itu memang penjual minyak urut yang sejati, ataupun hanyalah seorang penipu, itu urusan dia dengan Allah. 

apa-apa pun, sebagai pengguna, kita harus lebih bijak dan berhati-hati sebelum membuat pembelian. duit kita wei. janganlah mudah sangat kena scam dengan orang lain.

Wednesday, July 4, 2012

menghampiri penghujung jalan.

sedar-sedar dah dekat 5 tahun aku belajar dekat utp. ah, cepat betul masa berlalu.

secara ringkas, ni la rentetan perjalanan aku sejak tahun 2006.

2006
aku memang dah lama teringin nak masuk utp. boleh kata yang terpilih ja masuk utp. even yang hebat-hebat pon sanggup tak fly ke luar negara. lepas percubaan spm, utp bukak sesi pengambilan semester januari.

bersemangat aku dengan prem bayar duit untuk mendaftar, hanya untuk mendapati kami tak layak pon mengisi borang untuk temuduga kemasukan. utp buka untuk 40 orang saja untuk sekolah aku. disebabkan cikgu-cikgu kat sekolah aku nak bagi ramai lepas temuduga, dpa bagi untuk top 40 saja, tanpa mengira minat pelajar tersebut. kebanyakan top student kat sekolah aku semua nak mintak jadi doktor. apa guna mintak universiti engineering?

sampai hari ni aku tak faham sebab apa sekolah aku buat macam tu. maka, terlepas la peluang nak masuk utp pengambilan januari 2007. daripada 40 orang yang top tu, 2 orang ja dapat masuk.

2007
lepas keputusan spm keluar, aku dengan prem mengisi borang lagi sekali. kali ni, tak ada dah cikgu nak halang kami isi borang. borang diterima, dipanggil temuduga. aku diterima masuk utp sesi julai 2007, prem melanjutkan pengajian di luar negara. sama-sama di bawah tajaan petronas. alhamdulillah.

kalau dah rezeki, tak guna nak halang-halang. nanti sampai jugak. :)

2007-2012
hidup di utp ni ada naik dan turun. aku dah rasa semua benda: gagal subjek, pointer bawah 2.50 (siap kena amaran petronas lagi), anugerah dekan, tukar tempat latihan industri, bergaduh dengan tempat latihan lama. you name it, i've been there, and done that.

2012
akhirnya, sampai dah semester akhir. berkat usaha dan doa, pointer aku lepas keperluan petronas untuk masuk temuduga. kali ni temuduga untuk kerja dengan petronas. impian dari kecik.

hari tu masa sesi engagement, kami dah isi segala borang yang patut.

borang permohonan, curi dari instagram tamtam
lepas tu isi resume online pulak.


lepas tu menunggu dengan penuh kesabaran, tunggu bila giliran aku nak temuduga. akhirnya nama aku naik jugak.







nanti ada 2 sesi, SI (structured interview) dan CBI (competency based interview). esok dah mula dah. terasa gementar la jugak. tipu la kalau tak rasa apa-apa langsung. maafkan segala salah dan silap aku kat hgpa selama ni. doakan agar Allah beri yang terbaik untuk kita semua, amin.


sedar-sedar dah dekat 5 tahun aku belajar dekat utp. ah, cepat betul masa berlalu.

Tuesday, June 19, 2012

perlawanan boling antara kos batch july 07/08

malam minggu yang lepas, telah diadakan satu pertandingan boling antara kos untuk pelajar-pelajar utp ambilan julai 07/08 bertempat di ampang superbowl, ipoh parade. setiap kos kena hantar 6 pasukan. 3 pasukan lelaki dan 3 pasukan perempuan. satu pasukan kena ada 3 orang.

maka aku bagi la nama. masuk dengan jufri dan syafril.


aku, jufri, dan syafril

memang dah lama main boling, sejak hari ambil keputusan pmr 2004 lagi. tapi tak pernah pun masuk apa-apa pertandingan. memang main ikut suka hati ja. sebab tu kot gelabah lebih.


tapi dalam gelabah-gelabah pon, sempat lagi nak bercakap besar. kali ni, aku p cari chaknga. chaknga sebagai wakil civil engineering memang mudah ditemui. hahaha. seronok ja aku buat gaya yakin.


'wei badminton bole la hg tibai aku. boling ni, memang aku tak bagi can la'


kami semua bermain 2 game. pasukan yang mempunyai markah tertinggi keseluruhan akan mendapat tempat pertama, dan seterusnya. ada jugak hadiah individu untuk pemain yang mengutip jatuhan pin terbanyak.


selesai 2 game. berlagak punya berlagak, akhirnya chaknga jugak yang lagi berjaya. cis tiba-tiba semangat aku jatuh, habis gaya permainan terkesan.


cara baling pon dah pelik-pelik dah. huhu


akibatnya, aku dapat 69 mata untuk game pertama, dan 78 untuk yang kedua. keseluruhan aku duduk kat tempat ke-60. sikit nak mati. chaknga pulak, 75 dan 103. keseluruhan tempat ke-40. oh memang aku kena bahan kaw-kaw.


tibalah masa penyampaian hadiah. aku dah sedih masa ni.


tempat ke-7 dimenangi pasukan chaknga. oh lagi la sedih. kalau chaknga pon dapat nombor 7, mesti pasukan aku tak dapat hadiah. sedih sedih.


tiba-tiba, nama pasukan aku disebut untuk hadiah tempat ke-5. wow, aku lupa, jufri dengan syafril bermain dengan cemerlang kot. jufri siap tempat ke-4 individu. ah, kalaulah aku bermain dengan cemerlang jugak, mesti dapat nombor lagi elok.


apa-apa pun, yang penting, hadiah aku lagi besar dari hadiah chaknga. hahaha.


kembali berdamai. haha
seronok jugak main sukan antara kos ni. memang boleh merapatkan silaturrahim betul la. terima kasih kepada pihak penganjur yang berjaya merealisasikan pertandingan ni. lepas ni, bola tampar pulak!


pasukan electrical n electronics engineering

Monday, June 11, 2012

menjadi sukarelawan untuk projek tahun akhir orang.

disebabkan aku memang tak ada benda nak buat semester ni selain daripada projek tahun akhir aku tu, maka aku pon menyibuk la dengan projek orang lain.

hari tu sufi bagitau aku, lida tengah cari orang untuk tolong dia buat kajian tentang electroencephalography (EEG). apa bendanya itu? secara umum, EEG adalah teknik untuk merekod impuls elektrik otak. sebarang pergerakan seperti kelipan mata dan degupaan jantung dapat direkodkan dalam bentuk isyarat elektrik. untuk merekod, pengkaji perlu menggunakan sejenis jaring khas yang dipenuhi elektrod yang diletakkan di kepala.

disebabkan boleh mendapat upah, aku pon bersemangatlah mendaftarkan diri.

aku tak kira pulak ada berapa banyak elektrod yang ada kat atas kepala aku ni.

pandangan sisi. kat lengan pun letak, nak tengok nadi la kot.

lepas aku pakai benda ni, aku diberikan beberapa soalan untuk dijawab. jenis soalan, aku tak boleh bagitau. hahaha. tapi ambil masa setengah jam jugak. penat la jugak.

untuk yang ingin tahu, pakai benda ni tak sakit pon. bukannya dia inject elektrik ka apa, dia cuma rekod. tak rasa sakit pon, cuma rasa tak selesa sikit. ini sah untuk orang-orang tembam aje. kalau tak tembam, tak ada masalah kot. hahaha.

buat masa ni, masih ada lagi slot untuk sukarelawan. kepada pelajar-pelajar utp yang berminat, sila tinggalkan komen di ruangan yang disediakan.

projek aku pulak? nanti-nanti la aku cerita ya. haha

UPDATE:
kepada yang berminat, sila klik pada poster di bawah untuk maklumat lanjut. terima kasih.

klik untuk pembesaran.





Monday, June 4, 2012

kahwin lagi.

sekarang memang musim orang kahwin. terbaru, semalam, salah seorang sahabat baik aku kat utp, aizat aluwi, atau lebih dikenali dengan panggilan ayad, telahpun selamat mendirikan masjid dengan pilihan hatinya sekian lama, zaifadzmeen zakiah. majlis selamat berlangsung di kediaman pengantin perempuan, sarawak.

macam biasa, curi kat fb.
aku memang kenal sangat dua-dua orang ni. sama-sama utp jugak. tapi dah kawan sejak kat bangku sekolah lagi. alhamdulillah, berkekalan sampai ke alam perkahwinan. semoga hgpa 2 berbahagia sampai bila-bila la ye.

lepas honeymoon, mai balik utp aaa, fyp tak siap lagi ayad oi!

Saturday, June 2, 2012

hujung minggu yang lain macam.

kita mulakan entri ni dengan gambar ni:



pagi tadi, aku semangat nak membeli beras. maka, bersemangatlah aku membawa moto pergi ke tesco seri iskandar.



hari ni, memang lain macam punya ramai.memanglah hari ni hari cuti, tapi ramai dia lain macam. baru pukul 9pagi kot. sebab apa semua orang serbu teco ni ha?

maka aku tulislah status macam yg hgpa tengok kat gambar pertama tu. dan berdasarkan maklumbalas yang aku dapat, memang hari ni hari budak-budak baru uitm masuk mendaftar. selamat datang ke alam universiti. haha.

tapi yang aku nak cerita ni, keadaan dalam tesco tu sendiri. untuk pengetahuan pembaca di luar kawasan tronoh, tesco seri iskandar ni kecik ja. lot parking pon tak banyak. bila ramai orang datang, memang penuh laa. nasib baik aku naik moto.

masa aku masuk ja tesco tu, keadaan dia lebih kurang ni:



disebabkan aku berbadan besar (ya aku menyedari diri), aku mendapati diri ini susah untuk bergerak melepasi manusia yang ramai ni.

terus dok bajet macam altair dan ezio. oh kalau bole tolak orang sesuka hati macam ni kan seronok:


ok berangan jadi assassin secara melampau ni, argh~



kehidupan sebagai manusia tahun akhir di utp.

masuk hari ni, dah 2 minggu semester baru berjalan. disebabkan jadual aku kosong sangat-sangat semester ni, apa yang aku buat untuk mengisi masa senggang yang terlalu banyak?

1. cuba habiskan assassin's creed series. sekarang baru kat assassin's creed 2. brotherhood dan revelation menanti~

hai ezio

2. layan nba playoff 2012. terima kasih kepada skiptodsky yang selalu tolong download.


3. jadi penulis tetap untuk blog vendetta fc. pautan di sini.





selain daripada semua ni, aku jugak tengah cuba untuk beristiqamah untuk menghabiskan masa yang terluang dengan mengimarahkan surau dan masjid. serius, semester ni tak ada benda dah nak buat, apa salahnya kita menjaga solat berjemaah? lagipun sekarang dah rejab, tak lama lagi nak ramadhan dah. bolehlah persiapkan diri untuk menanti kehadiran bulan penuh barakah itu.

haha terasa macam orang dah pencen pulak, selalu p surau, p masjid. takpa, kurang-kurang, mengingatkan kita yang hidup ni sekejap ja. kejap ja dah lima tahun. kejap ja dah pencen. masa untuk hidup di muka bumi ni pon dah semakin berkurang. kena la ada bekalan yang cukup~

apa-apa pun, semoga semester ni penuh kegembiraan. amin.

Wednesday, May 30, 2012

penantian

akhirnya, setelah menanti selama empat tahun setengah, berjaya jugak aku mencapai tahap dekan. alhamdulillah. terima kasih kepada semua yang banyak membantu aku masa semester lepas.

tinggal lagi satu semester, harap-harap berjaya diharungi. :)

Tuesday, May 29, 2012

ahli kelab kahwin ke4.

pada hujung minggu yang lepas, telah berkahwin lagi seorang ahli batch 0206 soksek. kali ni farhana, atau lebih dikenali sebagai kak long, punya giliran. beliau telah selamat berkahwin dengan pilihan hati beliau, zool ikhsan.

edit: silap amek gambar. argh malu. dicuri dari fb jugak


tahniah! semoga bahagia sampai bila-bila. :)

jangan tanya bila aku punya turn. lambat lagi uwaaa

Sunday, May 20, 2012

semester mei 2012: semester akhir

esok bermulalah semester baru. semester mei 2012. untuk kebanyakkan penuntut kursus kejuruteraan pengambilan julai 2007 dan julai 2008, semester ni adalah semester terakhir. wow, dah dekat 5 tahun dah duduk utp rupanya.

disebabkan perubahan struktur pembelajaran di utp, batch kami disuruh menjalani tahun akhir dalam 3 semester. sebagai pelajar yang mengikut struktur kurikulum, aku dah pening. macam mana nak bahagi 30 jam kredit untuk 3 semester?

maka,

a) semester satu: 15 jam kredit
b) semester dua: 11 jam kredit
c) semester tiga: 4 jam kredit

ini menerangkan sebab apa aku tak sempat nak kemaskini blog sepanjang dua sem lepas. hahaha alasan~

habis tu, semester ni, subjek apa yang aku ambil? ini print screen ringkasan pendaftaran subjek aku untuk semester mei 2012 ni:

ya, projek tahun akhir sahaja. yeah!


oleh itu, secara kasar, inilah jadual untuk semester mei 2012:


pagi sampai petang, FYP saja.

tapi, disebabkan dah tahun akhir, jadual aku yang sebenarnya macam ni haa:

kalau aku tak boleh siapkan FYP dalam satu semester, aku tak tau nak cakap apa. hehe.

kepada junior, selamat mengharungi semester baru! kepada teman-teman seperjuangan, semoga kita menghabiskan pengajian kita dengan penuh kejayaan, insyaAllah.




Tuesday, May 8, 2012

friends with benefits.

before we start with my ranting tonight:

picture stolen from 9gag. 

ok, here we go.

first of all, i am with the majority. avengers is a very good movie. but the scene just before everybody fight each other (refer the picture above if you still haven't watch the movie anyway), made me think.

well, since it is rare for me to think nowadays, i think i should blog about this.

unless you are the forever alone guy, there are many reasons why people would consider to be your friend.

why me?

some of them would be attracted to the personality, energy that you brought, or you might be a dependable person. but those alone is not the only reasons. there are also some people who wanted to befriend you just for their own sake. this is what we call friends with benefit.

a popular example of this is kind of friendship is a friendship that based on wealth. "i hate walking. if i befriend this guy, he can always take me around with his car." or maybe, "i'm always short of money. he can lend me some of his money when i need it'.

but this kind of friendship usually did not last long. if suddenly this 'friend' become poor, he will lose all his friends, sadly.

as university students, there is another type of people, who other would crave to befriend. and they are the smart students. smart students are students who are excel in their studies, obviously.

these people are sought usually to help in finishing the assignments, tutorials, and also to teach during the tests and final exams.

now, that is not a bad thing.

here's the problem with smart people; sometimes, they tend to be arrogant. starting to be choosy and what not. declining to share their knowledge with needy people, by giving excuses.

"i still haven't finished studying."
"i still didn't cover that topic yet."
"this chapter is very hard, i am having a hard time understanding this."

all of this is said just before the test/exams. then, when the results released, that same person got the highest marks.

wtf. seriously, wtf?

it may be a case of a person trying to be humble. he might want to say that he did not have all the knowledge, as the our knowledge is very little compared to the Knowledge of God. but still, he should not bluff, telling lies all around.

is it really hard for them to just admit that they did not want to teach? if they explained clearly (if it is really the case), if they wanted to have some time for themselves, without any disturbance, i think most of us would understand, and accept that. we are not impatient ignorant, who always rush for things that we want.

fine, if you still want to behave arrogantly, you should remember this: people only sought you because of you are a smart ass. they only could stand your attitude because of the benefits that you can provide them.  if God Almighty decided to test you one day by erasing some of your knowledge, then we shall see who are still willing to be your friend.

exactly, why am i here again?
                                         
unless you are the IronMan (again, refer to the first picture above), all my ranting is useless.

i am sorry for my terrible choice of words. i am very busy this week. final exam yo! then again, i am not sorry for what i have wrote tonight. hahaha.

the thing is, be yourself and remember, you can always lie to other people, but don't lie to yourself.

ok that's the end of my rantings. time to return to reading for my final undergraduate final exam as an UTP student. damn time flies soooooo fast~

till i'm on my rage mood again, see you all.

Saturday, January 21, 2012

johor premium outlet: murah sangat ka?

sejak disember tahun lepas, ramai orang dok bising pasal tempat membeli-belah yang baru dibuka di johor ni. tak lain dan tak bukan, johor premium outlet (jpo). secara terus terang, aku tak pernah sampai pun. dekat ja dengan rumah. serius dekat. 15-20 minit saja.

mercu tanda jpo, boleh dilihat dari tepi lebuhraya plus. gambar dicuri dari sini.

terima kasih kepada dinda dan kawan dinda yang sudi ajak aku p buat pertama kali pada minggu lepas. hahahaha.

ok ada banyak kedai, memang semuanya berjenama. disebabkan aku tak biasa beli beg tangan, bila aku dok tengok semua beg tu, aku rasa mahal gila. hahaha. tapi dinda cakap harga dia boleh la tahan. aku terima jela. haha.

the only way for me to know whether it is really cheap or not, kena la p kedai yang aku biasa p. dalam kes ni, kedai barang sukan la.

hanya kali kedua aku p jpo barulah aku bersemangat nak masuk kedai nike. sebelum ni tak rasa ada keperluan, maka bila nampak kedai nike aku buat tak tau jela. haha.

sekarang ni, ketakutan sedang melanda diri, terasa terlebih berat sangat-sangat dah ni. kena aktif balik sukan. itulah sebabnya aku usahakan pencarian kasut yang sesuai.

bila masuk kedai nike, aku terasa macam, wow.

banyak gila wei kasut yang ada. ok gambar ni amek kat sini.

akibatnya, kasut ni yang aku beli.

nike lunarswift+ 2

saiz 10.5. haram besaq betoi kaki aku sekarang ni

dia tulis harga asal 359MYR, aku beli 210MYR.
mengikut tanda harga ni, aku telah mendapat penjimatan sebanyak 41% dari harga asal. wow banyaknya. but isn't this too good to be true? terasa macam gimik pon ada jugak. mana nak tau. harga dia memang 210MYR, tapi saja ja dia tulis harga lagi mahal. nak mainkan perasaan pembeli berpotensi. hahahaha.

bila balik rumah, aku pun bukalah laman sesawang kegemaran aku bila terasa nak shopping: sportsdirect~ oh sekarang tengah musim diskaun. ok ni hasil carian aku:

boleh tengok kat sini.

ok. harga asal 70 pound. harga lepas diskaun, 40 pound. berapa pulak kalau kita tukar jadi MYR? kita teruskan analisis kita menggunakan laman sesawang ni.

ni harga asal.

ni harga lepas diskaun.

keputusan analisis:
1. harga asal memang 300MYR lebih rupanya.
2. memang harga kat UK murah sikit daripada jpo, tapi kalau nak suruh kawan-kawan baik tolong belikan, kena tambah kos penghantaran lagi. akibatnya harga kasut tu jadi lagi mahal.

kesimpulannya, adalah lebih baik untuk membeli kasut sukan kat jpo. cumanya mungkin kasut-kasut ni dah bukan koleksi untuk musim tu la. in other words, jpo ni tempat nak habiskan stok-stok lama. tapi untuk orang macam kita, apa nak kisah? janji lagi murah. haha

cakap pasal stok lama, mari aku tunjuk macam mana nak tau usia sebenar kasut nike yang hgpa beli. ok yang ni sah untuk kasut nike asli sahaja ye.

mula-mula cari tag macam ni. selalunya kat belakang lidah kasut, tak pun kat bahagian dalam, belah-belah tepi sikit.
tengok kawasan dalam bulatan merah tu. kat situ tulis tarikh kasut ni dibuat. macam dalam contoh ni, kasut ni dibuat pada tahun 2010. ok tak lama sangat. kadang-kadang, kalau kasut tu stok lama sangat, tahun 2006 pon ada lagi dijual. oleh itu, kena la tengok betul-betul sebelum beli ye.

al-ikhsan? aku tak mau komen. haha.

oh ya, aku dah nampak dah kasut raya sasaran. seronok jugak tempat membeli-belah dekat dengan rumah ni. :D