Saturday, September 8, 2012

misteri penjual minyak urut

ok ini cerita lama, lama sangat dah. masa intern kat bangi dulu ha. dah lama jugak nak cerita, tapi tak cerita-cerita pon.

kejadian terjadi di bangi. masjid bangi
latar masa: hari jumaat, sebelum solat jumaat
latar masyarakat: lelaki-lelaki yang ingin bersolat jumaat di masjid itu

kat masjid bangi, sebelum masuknya waktu zohor yang menandakan masuknya waktu solat jumaat, ada diadakan pasar siang. ada macam-macam yang dijual di situ, dan kebanyakannya menjual makanan, pakaian, dan perhiasan.

ok nasi briyani situ sedap, walaupun macam agak mahal, tapi aku selalu ja makan. rasa berbaloi. haha

dan, bila disebut saja pasar siang (atau pasar malam), tak dapat tidak mesti kita akan jumpa orang yang jual ubat. tak kisahlah ubat kuat ka, ubat urut ka. mesti ada punya.

gambar hiasan

selama ni aku tak ambil kisah pon dengan orang yang jual ubat-ubat ni, tapi hari tu kami tertarik nak tengok macam mana orang tu menjual minyak buatannya itu.

ok, pak cik ni, dia jual minyak urut. minyak ni, dikatakan dapat menghilangkan sengal-sengal badan. kalau hg sendiri yang sengal, rasanya tak ada kesan. selain itu, minyak ini jugak dikhabarkan dapat menyah toksin dalam badan kita. kita sapu sikit ja, nanti keluar toksin.

wow, menarik betul.

untuk membuktikan dakwaan pakcik tu, dia memanggil seorang sukarelawan untuk dijadikan bahan ujikaji. walaupun aku kelihatan seperti berusia 26 tahun masa tu (sebenarnya 22), memang terang dan nyata bukan aku sukarelawan tersebut. makanya, adalah seorang pakcik yang mengakui mengalami masalah sendi ka apa tah. maaf memang aku tak ingat secara terperinci.

pakcik sukarelawan tu duduk di kerusi yang disediakan sambil membuka baju tanpa menghiraukan manboobs beliau yang terdedah kepada khalayak umum. pakcik penjual minyak kemudian menyapu minyak urut tu ke seluruh bahagian belakang badan pakcik sukarelawan itu. sambil menyapu minyak, pakcik penjual ni petah mempromosikan minyak itu.

kemudian, pakcik penjual minyak urut menyembur air ke kawasan yang diliputi minyak urut tersebut. katanya, ini untuk mempercepatkan tindakan minyak itu terhadap toksin dalam badan.

tak lama lepas memercik air tu, kelihatan titik-titik merah di belakang badan pakcik sukarelawan. pantas pakcik penjual minyak urut mengambil tisu serta mengelap titik-titik tersebut. penuh tisu itu dengan warna merah. kemudian, pakcik sukarelawan disuruh berdiri dan cuba mengeliat. didapati masalah sengalnya itu telah hilang. dah sembuh.

gambar hiasan lagi

maka berduyun-duyunlah orang membeli minyak tersebut dengan harga rm10 sebotol.

macam biasa, bila aku tengok kejadian aneh macam tu, memang buat aku berfikir la. cuba mencari logik dalam kejadian tu. setelah difikir-fikirkan, terdapat beberapa persoalan yang timbul:


  1. apakah kaitan air yang disembur dengan masa yang diperlukan untuk minyak tu bertindak balas? bukankah bila air bercampur dengan minyak, akan menghasilkan sesuatu yang tidak diingini?
  2. apakah wujud placebo effects di situ?
aku terfikir, apakah percikan air tu sebahagian daripada persamaan kimia yang diperlukan untuk menghasilkan titik-titik berwarna merah tu?

macam ni la lebih kurang:

minyak + air + haba badan -------------> minyak berubah jadi warna merah

seingat aku, masa belajar kimia kat sekolah dulu, memang ada belajar pasal elemen-elemen yang boleh berubah warna bila bertindak balas dengan sesuatu. maaf aku memang lemah kimia, tak dapat nak ingat balik apa yang belajar 5 tahun dulu.

lepas tu, bercerita tentang placebo effects, bahasa mudahnya bermaksud kesan yang dirasai disebabkan psikologi kita sendiri. sebagai contoh: kita pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat demam. doktor bagi kita gula-gula, tapi dia cakap itu ubat demam. kita makan gula-gula tu sambil menyangka bahawa itu ubat demam. sepatutnya tak sembuh la, tapi sembuh jugak. macam mana tu?

itulah yang dinamakan placebo effects. psikologi pesakit yang mengatakan bahawa beliau sedang dirawat telah memperdayakan badannya sendiri bahawa beliau sedang sembuh.

begitu jugak la untuk kes pakcik sukarelawan ni. mungkin belakang badan beliau disapu dengan minyak biasa ja, tapi disebabkan beliau menyangka bahawa beliau sedang disapu dengan minyak urut sebenar, membuatkannya berfikir, dan berharap agar badannya dapat disembuhkan telah menyebabkan beliau merasa seperti sudah sembuh, tapi sebenarnya apa pun tak jadi.

the power of thinking.

sampai hari ni aku tak tau betul atau tak logik aku tu. sama ada pakcik penjual minyak itu memang penjual minyak urut yang sejati, ataupun hanyalah seorang penipu, itu urusan dia dengan Allah. 

apa-apa pun, sebagai pengguna, kita harus lebih bijak dan berhati-hati sebelum membuat pembelian. duit kita wei. janganlah mudah sangat kena scam dengan orang lain.