Monday, February 2, 2015

cuti raya cina

februari. bulan yang menarik. bilangan hari sedikit. bilangan cuti agak banyak. orang-orang KL suka sangat la bulan februari ni.

department aku dah mula suruh kami isi borang pelan cuti untuk bulan februari sejak dua minggu lepas lagi. kerja dekat bahagian operations ni. memang perlukan orang standby dekat ofis. mana boleh tutup kedai. operasi kat pelantar 24/7. sepatutnya memang kena ada orang standby untuk setiap posisi.

aku saja gedik nak panjangkan cuti raya cina. maka setelah bersepakat dengan abang-abang. adalah sehari dua yang dapat ditambah. nak balik penang ni. so kena la cuti panjang sikit. penat laa nak bawak kereta jauh-jauh ni.

petang tadi. aku bersembang dengan seorang engineer. baru masuk department aku. kebetulan dia orang penang jugak. susah tau nak jumpa orang penang dekat terengganu ni. bila jumpa sorang. sama department pulak tu. rancak la sikit.

sembang punya sembang. masuk la bab cuti. dia cakap dia cuti hujung minggu ni.

oh. awal. mungkin cuti raya cina dia di terengganu kot. tak nak tersangkut dalam kesesakan musim perayaan.

masa tu aku ingatkan dia nak lajak cuti sehari dua. yela. jauh kot. tapi sangkaan meleset. dia cuti sebulan terus.

wow. aku ada ramai kawan yang suka melancong jauh-jauh. mesti mamat ni nak eurotrip ni.

salah lagi.

katanya dia nak buat pembedahan buah pinggang. aku dah hairan. tengok dia sihat ja. tak nampak macam sakit pon.

akhirnya dia bagitau aku cerita sebenar.

masa cuti ni. dia nak buat pembedahan. untuk derma buah pinggang dia dekat kakak dia. kakak dia dah lama menderita sakit buah pinggang. cuma baru-baru ni semakin teruk. dah gagal dah. lagi sikit nak kena pakai mesin dialisis. tapi hidup terlalu bergantung kepada ubat. dah makan ubat pon. kena kawal pemakanan jugak.

bila buat ujian saringan yang banyak. kawan aku punya buah pinggang ni didapati sepadan dengan kakak dia. dia pon setuju nak derma. katanya. dia lagi rela hidup dengan satu buah pinggang. daripada tengok kakak dia hidup dengan mesin dialisis.

terdiam aku. pertama kali jumpa penderma organ. tak tau nak respon macam mana. kaget.

tapi aku memang kagum la dengan dia. sejujurnya aku sendiri tak sanggup nak derma organ.

hangpa macam mana?

Thursday, January 22, 2015

rumah sewa

*ini adalah entri pemanas jari. penuh dengan throwback. sabar jela ye.*

2013

pertama kali jejak kaki dekat Terengganu. masa tu nak menjejak rumah sewa. awal-awal ni menumpang rumah Obe dulu. katanya rumah tu dekat Taman Sejati 3, Paka.

puas aku pusing-pusing Paka. tak jumpa. kami tanya orang dekat-dekat situ pon. depa tak pasti kat mana. kau ni biar betul Obe. akhirnya jumpa la jugak taman perumahan tersebut.

terkedu kejap.

aku telah dididik sejak kecil lagi bahawa 'taman perumahan' ni selalunya ada banyak rumah. berpuluh-puluh unit. tak pon beratus-ratus.

ini ada 6 bijik rumah saja. wow.

lepas tu. baru aku perasan. dekat sini memang banyak taman yang berkonsep serupa. satu taman ada dalam 6-8 buah rumah saja. patutlah susah orang nak tau. banyak sangat taman-taman kecil.

kebanyakan taman kat sini ni jenis standalone. ada tanah dalam 1-2 ekar. pecah geran. panggil kontraktor. buat rumah. jual.

dari satu segi. bagus macam ni. pembeli tak payah fikir bab nak buat rumah. senang.

cuma satu ja yang aku tak berapa berkenan. disebabkan hampir semua taman kat sini standalone. tiada integrasi berskala besar. dari segi susunan saja teratur. aku tak nampak pon sistem perparitan yang bersepadu. saliran hanya setakat taman sendiri. tiada parit besar. agak pelik memandangkan sistem saliran ni sangat penting pada musim tengkujuh.

bila tanya. mereka kata. kalau luar tanah ni. dah masuk bawah majlis daerah.

betul. tapi membawa kesusahan jangka panjang. ni masalah bila fikir nak cepat ja.

nasib baik dekat kawasan taman kami duduk ni tak pernah lagi banjir. kalau kau pergi tengok dekat Chukai. sudahlah kawasan rendah. saliran pun tak bersepadu. maka tak hairan la kalau tiap-tiap tahun banjir.

semoga lepas ni sistem perparitan tak dipandang remeh lagi. kita ubah apa yang kita boleh ubah. jangan penuhkan longkang dengan sampah. longkang tersumbat. lagilah cepat air naik.

tapi kalau dah buat macam-macam tapi banjir jugak. itu tandanya Allah memang nak uji kita. dan ingatlah, ujian tu tanda kita disayangi Allah.

comeback

almost 3 years of hiatus. a comeback. would be nice.

let's see how long this determination will last.